Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

17 March, 2010

SMK Saratok juara kejohanan balapan mss Bahagian Betong




Caption:
1. PENGHARGAAN...Pengarah kejohanan sukan, Dr Hajah Norisah Suhaili (kiri) menyampaikan cenderahati kepada Daud Mohamad (kanan) ketika berlangsungnya majlis penangguhan kejohanan terbabit.


2. CEMERLANG...Peserta kejohanan iaitu Nur Aisyah berjaya memecahkan catatan masa rekod kebangsaan kebangsaan bagi acara 5000 meter menerusi kejohanan berkenaan.


Pic n Fact by Saleman Senin


BETONG, Rabu (17 Mac) – Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Saratok muncul juara kategori Sekolah Menengah (13, 14, 15 dan 18 Tahun) bagi Kejohanan Padang dan Balapan Majlis Sukan Sekolah (MSS) Bahagian Betong 2010 yang berlangsung di Kompleks Sukan Betong baru-baru ini.


SMK Saratok muncul juara keseluruhan temasya sukan ini apabila berjaya mencatat sejumlah 794.5 mata menerusi pungutan sebanyak 48 pingat emas, 45 pingat perak dan 29 pingat gangsa semenjak bermulanya kejohanan ini dari 7 hingga 11 Mac lalu.


Kedudukan naib juara pula telah disandang oleh SMK Saint Augustine Betong yang mencatat sejumlah 377.5 mata menerusi pungutan sebanyak 21 pingat emas, 17 pingat perak dan 16 pingat gangsa.


Manakala itu SMK Bahasa Malaysia (BM) Saratok pula menduduki tempat ke-3 dalam kejohanan terbabit setelah mencatat sejumlah 303 mata menerusi pungutan sebanyak 10 pingat emas, 17 pingat perak dan 15 pingat gangsa.


Sementara itu Kategori Sekolah Rendah (10, 11 dan 12 Tahun) menyaksikan Zon Betong muncul sebagai juara setelah mengutip sejumlah 184 mata dengan pungutan sebanyak 10 pingat emas, 8 pingat perak dan 9 pingat gangsa menerusi 42 acara yang dipertandingkan untuk kategori berkenaan.


Zon Kabong pula dinobatkan sebagai naib juara untuk kategori terbabit setelah mengutip 132 mata menerusi pungutan sebanyak 8 pingat emas, 5 pingat perak dan 7 pingat gangsa pada kejohanan itu.


Tempat ke-3 bagi kategori ini disandang oleh Zon Saratok yang mengutip sebanyak 128.5 mata menerusi pungutan sebanyak 4 pingat emas, 6 pingat perak dan 6 pingat gangsa.


Majlis Penangguhan Kejohanan yang disempurnakan oleh Pegawai Pelajaran Daerah (PPD) Saratok, Daud bin Mohamad turut menyaksikan Nur Aisyah memecahkan rekod kebangsaan dalam acara 5000 meter jalan kaki Kategori Perempuan 18 tahun dengan catatan tangan 25:43:11s mengatasi catatan kebangsaan sebelum ini iaitu 26:03:27s.


Terdahulu seramai 1489 orang atlit dari 14 buah sekolah menengah dan sekolah-sekolah rendah dari lapan buah zon dalam Bahagian Betong berentap untuk memastikan pasukan masing-masing muncul juara dalam kejohanan terbabit.


14 buah sekolah menengah terbabit adalah SMK Datuk Patinggi Kedit, SMK Saint Augustine, SMK Ulu Layar, SMK Spaoh, SMK Saribas, SMK Pusa, SMK Beladin, SM Vokasional Betong, MRSM Betong, SMK Kalaka, SMK Saratok, SMK BM Saratok, SMK Kabong dan SMK Agama Sri Aman Saratok.


Manakala kategori sekolah rendah bagi Kejohanan Padang dan Balapan Majlis Sukan Sekolah (MSS) Bahagian Betong 2010 ini dibahagi kepada 8 Zon antaranya ialah Zon Betong, Zon Spaoh, Zon Debak, Zon Pusa, Zon Krian, Zon Saratok, Zon Roban dan Zon Kabong.

Tamat.

No comments:

Post a Comment