Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

14 March, 2010

SK Muton anjur majlis permuafakatan


Caption: FOKUS...Ibubapa dan para murid SK Muton ketika sedang menghadiri majlis permuafakatan di situ kelmarin.

DEBAK, Jumaat (12 Mac) – Sekolah Kebangsaan Muton dalam daerah kecil Debak, Betong telah menganjurkan Majlis Permuafakatan Ibubapa dan Guru 2010 bertempat di sekolah berkenaan kelmarin.

Majlis yang berlangsung di ruang bawah bangunan Makmal Komputer sekolah berkenaan telah bermula jam 8.30 pagi dan dihadiri oleh 60 orang ibubapa serta ketua kaum daripada sekitar kawasan Debak.

Jurucakap penganjur ketika ditemui menjelaskan majlis ini untuk memberi pendedahan serta kesedaran kepada ibu dan bapa pelajar tentang betapa pentingnya aspek persefahaman dan kerjasama di antara ibubapa dengan pihak sekolah selepas ini.

“Selain itu ia juga bertujuan untuk mengatasi masalah disiplin dikalangan murid disamping meningkatkan prestasi akademik masing-masing untuk Ujian Peperiksaan Sekolah Rendah (UPSR) SK Muton di masa akan datang.

“Program yang telah dirancang pada awal tahun ini adalah program yang julung kalinya diadakan disini. Justeru pihak sekolah berharap agar prestasi murid sekolah dapat dipertingkatkan dengan adanya kerjasama lebih erat di antara kedua-dua pihak selepas ini,” katanya.

Menerusi majlis itu katanya Guru Besar SK Muton, Jamali Seman mengajak ibubapa murid untuk bersama pihak sekolah meleraikan sebarang masalah yang mampu mengugat prestasi akademik murid selepas ini.

Beliau yang mula menjadi Guru Besar SK Muton semenjak pertengahan 2008 katanya telah berusaha untuk melonjakkan keputusan UPSR sekolah berkenaan berhubung perolehan keputusan yang tidak menentu untuk ujian terbabit semenjak tiga tahun kebelakangan ini.

“Pihak sekolah berazam untuk melonjakkan prestasi akademik murid-murid menerusi peperiksaan UPSR bagi tahun ini. Namun ia bergantung kepada usaha yang dimainkan oleh ibubapa dan guru untuk memastikan kejayaan pencapaian ini kelak,” menurut beliau.

Hadir sama ialah Pegawai Pelajaran Daerah Betong, Mahli bin Rosli, Pegawai Kaunselor Pentadbir Pejabat Pelajaran Daerah Betong, Philip anak Galang dan wakil dari Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Betong iaitu Lans Koperal Rahimi Ahim dan Lans Koperal Zamrul bin Sabturani.

Majlis Permuafakatan Ibubapa dan Guru SK Muton Debak ini telah berakhir sekitar jam 1.00 tengahari dan dimeriahkan lagi dengan sesi majlis makan tengahari di ruang makmal komputer sekolah berkenaan.

Tamat.

No comments:

Post a Comment