Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

14 March, 2010

sedia pengurusan kewangan yang rapi - Simoi

SRI AMAN, Khamis (11 Mac) – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Hajah Simoi Haji Peri mahu ibubapa merangka pengurusan kewangan yang rapi untuk masa depan pendidikan anak masing-masing mulai sekarang.

Menurut beliau masa depan hidup anak-anak bergantung kepada bajet pengurusan kewangan yang dikendalikan oleh ibubapa mereka dalam mengendalikan hal pendidikan anak masing-masing sebelum ini.

“Ada anak-anak yang tidak dapat menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi kerana kegagalan ibubapa masing-masing untuk menyediakan sumber kewangan yang kukuh untuk mereka sebelum itu.

“Bagi ibubapa yang bijak mereka akan mula menabung atau menyimpan wang untuk anak masing-masing di dalam saham ketika mereka masih di bangku sekolah. Tindakan ini wajar kerana mereka tidak mahu kesempitan wang apabila anak-anak berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi di masa akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Penyampaian Insentif Ujian Peperiksaan Sekolah Rendah (UPSR) 2008 dan 2009 Sekolah Kebangsaan Gran Stumbin di sini kelmarin.

Selain itu Simoi juga mahu ibubapa mengalakkan anak-anak untuk menyimpan cita-cita bagi meningkatkan motivasi mereka dalam mencapai tahap keputusan akademik yang lebih cemerlang selepas ini.

“Anak-anak perlu ada satu sasaran hidup masa depan. Jika mereka mahu menjadi doktor maka ibubapa harus berusaha mengalakkan anak-anak mencapai sasaran itu dengan memotivasikan mereka dalam pembelajaran masing-masing untuk sepanjang masa.

“Justeru saya berharap agar ibubapa lebih serius untuk memastikan anak-anak berjaya dalam mencapai cita-cita hidup mereka di masa akan datang menerusi pencapaian akademik yang cemerlang selepas ini,” menurut beliau.

Hadir sama ialah Yang Dipertua PIBG SK Gran Stumbin, Steele Resa dan Guru Besar SK Gran Stumbin, Alban Morse. Simoi menerusi majlis berkenaan telah menyampaikan geran Projek Kecil Luar Bandar bernilai RM5,000 kepada sekolah berkenaan.

Majlis Penyampaian Insentif Ujian Peperiksaan Sekolah Rendah (UPSR) 2008 dan 2009 SK Gran Stumbin dimeriahkan lagid engan persembahan nyanyian Nasyid, poco-poco dan koir sekolah.

Tamat.

No comments:

Post a Comment