Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

22 March, 2010

Rakyat tak perlu sokong PKR - Nyalau

LUBOK ANTU, Isnin (22 Mac) – ‘Keruntuhan’ Parti KeAdilan Rakyat (PKR) di Semenanjung Malaysia sejak akhir-akhirnya ini seharusnya dijadikan sebagai renungan untuk penduduk dalam negeri ini.

Justeru, Ahli Parlimen Lubok Antu, William anak Badak melihat tiada sebabnya untuk penduduk dalam negeri ini masih mahu menyokong dan menyertai perjuangan parti pembangkang berkenaan selepas ini.

“Parti pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim iaitu PKR sedang berpecah-belah ekoran timbul perasaan tidak puas dikalangan ahli parti terbabit terhadap corak pimpinan para ketua mereka.

“Untuk itu mengapakah perlu bagi penduduk di sini menyokong PKR? Tindakan menyertai parti berkenaan hanya akan membuang masa dan merugikan diri mereka sendiri di masa akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat 2010 yang dirasmikan oleh Menteri Muda Permodenan Pertanian, Mong anak Dagang bertempat di Rumah Jubang anak Bin, Sebangki Panjai dalam daerah Lubok Antu, Sri Aman kelmarin.

Selain itu pihak pembangkang kata Nyalau hanya akan muncul dikalangan penduduk ketika menjelang pilihan raya dan lesap selepas itu berbanding dengan pihak wakil rakyat Barisan Nasional (BN) yang sentiasa ‘turun padang’ untuk menemui penduduk dalam kawasan masing-masing.

“Ia menunjukkan bahawa pihak pembangkang tidak ikhlas mahu berkhidmat untuk penduduk berbanding BN. Niat mereka menemui penduduk ketika menjelang pilihan raya hanya untuk meraih sokongan politik semata-mata.

“Kita tidak bertindak begitu kerana BN akan turun padang memantau kebajikan dan masalah hidup tanpa mengira waktu. Inilah kelebihan BN yang harus direnungkan oleh penduduk selepas ini,” katanya.

Beliau pada majlis itu mengumumkan peruntukan bernilai RM15,000 untuk Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Sebangki Panjai dan RM5,000 untuk biro wanita rumah panjang berkenaan.

Hadir sama ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Engkilili, Dr Johnnical Rayong anak Ngipa, Pegawai Tadbir Sarawak (SAO) dari Pejabat Daerah Sri Aman, Douglass Amut, Pegawai Penerangan JASA Parlimen Sri Aman, Whelton Lumpoi dan Pegawai Penerangan JASA Parlimen Lubok Antu, Jeffery Baja anak Ricky Maba.

Tamat.

No comments:

Post a Comment