Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

23 March, 2010

Penghuni Jalan Batang Lupar dilemma masalah banjir dan jalan rosak



Caption: SERIUS...Gambar yang diemailkan kepada pemberita menunjukkan air bah yang memasuki kawasan rumah di kawasan Jalan Batang Lupar ketika hujan lebat turun.

SRI AMAN, Selasa (23 Mac) – Seorang penghuni dari kawasan perumahan Jalan Batang Lupar dalam bandar ini mahu pihak berkuasa tempatan lebih serius menangani masalah banjir yang melanda kawasan penempatan mereka semenjak setahun yang lalu.

Sarah Wong menerusi mail elektroniknya kepada penulis kelmarin memberitahu kejadian banjir yang sering melanda kediaman beliau dan penghuni kawasan Jalan Batang Lupar selama ini adalah disebabkan sistem peparitan yang kurang sempurna di kawasan berkenaan.

“Apabila hujan lebat turun sistem peparitan yang sedia ada di kawasan perumahan kami tidak akan dapat menampung jumlah takungan air hujan yang begitu banyak.

“Akibatnya air hujan akan melimpah keluar dari sistem peparitan yang kecil di sini. Ia secara tidak langsung menyebabkan berlakunya banjir sehingga air hujan masuk ke rumah kami acapkali berlakunya hujan lebat,” menurut beliau.

Wong yang tinggal di Lot 183, Jalan Batang Lupar juga mendakwa hujan lebat telah menyebabkan air bertakung di dalam lubang jalan raya yang timbul ekoran kekerapan kenderaan berat melalui jalan berkenaan selama ini.

Kerosakan berupa lubang yang wujud di atas jalan raya terbabit katanya menyebabkan pengguna kenderaan sukar mengenalpasti lubang atas jalan raya terbabit ketika berlakunya hujan lebat.

“Saya bersama lain-lain penduduk yang mendiami kawasan Jalan Batang Lupar membayar cukai pintu sebanyak RM198 setahun untuk perkhidmatan jalan raya dan tong sampah.

“Namun begitu adalah tidak adil untuk kami sekiranya pihak berkuasa tempatan tidak memberikan perkhidmatan yang setimpal dengan cukai pintu yang kami bayar. Justeru saya merayu pihak berkuasa tempatan bertindak secepat mungkin untuk menyelesaikan isu terbabit selepas ini,” kata Sarah.

Tamat.

No comments:

Post a Comment