Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

10 March, 2010

Pastikan anak tak terjebak anasir jahat - Harden


Caption: UNTUK ALBUM...Harden (tiga kanan) dan Masir (kanan beliau) ketika merakamkan gambar kenang-kenangan pada majlis berkenaan baru-baru ini.


SRI AMAN, Rabu (10 Mac) – Ibubapa dinasihat agar memantau pergerakan anak-anak sepanjang masa demi mengelakkan mereka terjebak dalam kegiatan anasir jahat selepas ini demikian kata Menteri Muda Kemajuan Tanah, Datuk Francis Harden anak Hollis.

Menurut beliau terdapat sesetengah golongan ibubapa yang terlalu memberikan tumpuan terhadap kerja masing-masing sehingga mengabaikan perhatian mereka terhadap anak-anak di dalam dan luar rumah.

“Ada juga di antara mereka (ibubapa) yang mengharapkan peranan para guru di sekolah untuk mendidik sifat disiplin dan nilai pengetahuan moral dalam diri anak-anak dari masa ke semasa.

“Sikap sebegini tidak betul. Ibubapa sebenarnya harus turun padang untuk bekerjasama dengan pihak sekolah demi memastikan anak-anak tidak terpesong ke arah kegiatan tidak bermoral yang boleh mengancam masa depan mereka selepas ini,” katanya.

Harden yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Pembukaan Biro Wanita Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) Kampung Teratai bertempat di salah sebuah restoran tempatan di sini baru-baru ini.

Selain itu beliau juga menasihatkan JKKK untuk memanfaatkan peruntukan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) yang disalurkan oleh kerajaan sebelum ini untuk peningkatan akademik anak-anak muda di rumah panjang masing-masing.

“Perkara ini cukup penting memandangkan anak-anak muda di rumah panjang juga boleh menyumbang ke arah pembangunan hidup penduduknya apabila mereka berjaya mencapai kejayaan suatu hari kelak.

“Justeru saya berharap agar semua JKKK dalam kawasan Sri Aman memberi lebih fokus terhadap pembangunan akademik anak-anak muda di rumah panjang atau kampung masing-masing selepas ini demi kebaikan semua pihak pada masa akan datang,” katanya.

Hadir sama ialah Ahli Parlimen Sri Aman, Masir anak Kujat dan Pengerusi JKKK Kampung Teratai Tuai Rumah Dunstan Bato anak Jawah, para ahli JKKK dan biro wanita Kampung Teratai.

Harden menerusi majlis itu mengumumkan peruntukan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) bernilai RM3,000 manakala Masir turut mengumumkan peruntukan MRP bernilai RM3,000 kepada JKKK berkenaan untuk tahun ini.

Tamat.

No comments:

Post a Comment