Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

02 March, 2010

Mussen jadi pengerusi PRS Bahagian Batang Ai yang baru


Caption: 1MALAYSIA....Mussen (duduk dua kiri) bersama ahli yang lain ketika menunjukkan isyarat tangan berupa tanda 1Malaysia sebaik selesai mesyuarat itu di Lubok Antu.

LUBOK ANTU, Selasa (2 Mac) – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batang Ai, Malcom Mussen anak Lamoh telah dipilih sebagai Pengerusi Parti Rakyat Sarawak (PRS) Bahagian Batang Ai bagi mengantikan mantan pengerusinya iaitu mendiang Datuk Dublin Unting anak Ingkot sebelum ini.

Mussen memegang jawatan pengerusi terbabit apabila menang tanpa bertanding menerusi mesyuarat pemilihan Perwakilan PRS Batang Ai di Dewan Perbadanan Pembekalan Elektrik Sarawak (Sesco) Batang Ai disini baru-baru ini.

Beliau menerusi ucapan pada perasmian mesyuarat itu berkata PRS akan sentiasa memberikan kerjasama yang baik kepada parti komponen Barisan Nasional yang lain seperti parti Persaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) dan Parti Progresif Demokratik Sarawak (SPDP) selepas ini.

“Malah saya akan berusaha gigih untuk memastikan kesemua empat komponen parti di bawah payung BN ini memenangi kesemua 71 buah kerusi pada pilihanraya negeri akan datang.

“Kami akan sentiasa memberi kerjasama yang jitu kepada rakan kami dalam parti PBB, SUPP dan SPDP untuk mempastikan BN-Sarawak menag besar dalam pilihanraya akan datang,” jelas beliau.

Selain itu juga Mussen mengajak para ahli PRS Batang Ai agar sentiasa turun padang bagi membantunya memajukan kawasan ini yang pada hakikatnya masih jauh ketinggalan dari semua segi aspek.

“Jadi saya menaruh harapan agar anda semua bersama saya untuk membantu membela nasib hidup penduduk di luar bandar dalam negeri ini terutamanya bagi kawasan Batang Ai,” katanya.

Dalam pemilihan perwakilan itu, Vicker Enting Andrew telah dipilih semula untuk memegang jawatan Ketua Pergerakan Pemuda PRS Batang Ai manakala Janythia Melai pula dipilih sebagai Ketua Pergerakan Wanita.

Meyuarat Tahunan Agung (TDC) parti itu dijangka akan diadakan di Park City Hotel, Bintulu. pada 15 Mei depan. Hadir sama ialah Timbalan PRS Batang Ai, Gerang Juben dan Timbalan Pergerakan Pemuda PRS Batang Ai, Edwin Raoh

Tamat....


No comments:

Post a Comment