Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

04 March, 2010

Mesyuarat agung PIBG Simanggang 6 Mac ini

SRI AMAN, Khamis (4 Mac) – Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Simanggang akan menganjurkan Program Seminar Keibubapaan bertempat di Dewan Rafflesia sekolah terbabit pada 6 Mac ini bermula jam 8 pagi.

Setiausaha PIBG SMK Simanggang, Ambrose Buntuk menerusi kenyataan medianya memberitahu turut diadakan juga pada hari tersebut adalah Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SMK Simanggang Kali Ke-15 di lokasi yang sama.

“Tujuan pertama dan kedua Mesyuarat Agung Tahunan ini diadakan adalah untuk mendengar perbentangan laporan daripada setiausaha dan bendahari PIBG SMK Simanggang disamping perbincangan usul daripada ibubapa pelajar sekolah ini.

“Manakala tujuan ketiga dan keempat pula ialah perbentangan laporan aktiviti tahunan sekolah dan ceramah keibubapaan yang bakal disampaikan oleh pencemarah dari Yayasan Sarawak iaitu Haji Mohd Shuib,” jelas beliau.

Program Seminar Keibubapaan itu pula menurut beliau bertujuan untuk memberi pendedahan terhadap ibubapa tentang kepentingan akademik terhadap masa depan hidup anak-anak selepas ini.

Dengan adanya pendedahan menerusi seminar itu katanya ibubapa selepas ini akan menjadi lebih faham dan seterusnya mendorong anak-anak untuk lebih serius dan bersemangat bagi mencapai taraf kecemerlangan akademik masing-masing.

“Bagi menjayakan lagi Mesyuarat Agung Tahunan SMK Simanggang ini, ibubapa yang tinggal jauh dari kawasan bandar Sri Aman akan diberikan penginapan oleh pihak sekolah terbabit,” katanya.

Ibubapa pelajar katanya juga akan diberikan jamuan ringan dan makan tengahari ketika berlangsungnya Mesyuarat Agung Tahunan SMK Simanggang pada 27 Jun ini nanti.

“Justeru ibubapa dijemput untuk datang beramai-ramai ke Dewan Rafflesia SMK Simanggang bagi menjayakan aspirasi sekolah demi kecemerlangan anak-anak sekalian,” katanya.

No comments:

Post a Comment