Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

04 March, 2010

Meriahkan kempen derma darah 6 Mac ini di Mini Stadium

SRI AMAN, Khamis (4 Mac) – Orang ramai dijemput untuk mengambil bahagian dalam aktiviti Kempen Derma Darah 2010 yang akan berlangsung di Mini Stadium, Majlis Daerah Sri Aman (MDSA) pada 6 Mac ini nanti.

Jurucakap penganjur ketika dihubungi menjelaskan kempen terbabit yang juga merupakan bersama oleh Lembaga Lada Malaysia cawangan Sri Aman dan Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) cabang Sri Aman itu akan bermula dari jam 9 pagi hingga jam 1 petang menerusi tarikh dan waktu yang telah dinyatakan.

“Kempen Derma Darah ini juga bertujuan untuk menampung keperluan Bank Darah Hospital Sri Amanbagi kegunaan para pesakit yang memerlukan bekalan darah untuk sepanjang masa.

“Malahan Kempen Derma Darah ini juga turut memberi peluang kepada orang ramai khususnya dari sekitar kawasan Sri Amman untuk membuktikan keprihatinan mereka terhadap keperluan pesakit di hospital selama ini,” katanya.

Selain itu pihaknya juga telah mensasarkan penglibatan seramai 100 peserta pada kempen derma darah ini nanti yang terdiri daripada orang awam, kakitangan kerajaan dan agensi swasta dari bandar ini.

Untuk itu pihak Lembaga Lada Malaysia cawangan Sri Aman katanya telah menghantar surat kepada beberapa buah agensi kerajaan swasta dari sekitar bandar ini demi menjayakan kempen terbabit kelak.

“Justeru katanya diharap agar orang ramai dapat datang beramai-ramai Kempen Derma Darah 2010 yang bakal berlangsung di Mini Stadium MDSA pada 6 Mac ini nanti bermula jam 9 pagi.

“Disamping membantu menambah bekalan darah di Bank Darah Hospital Sri Aman, kempen ini nanti juga secara tidak langsung dapat mengeratkan lagi hubungan perpaduan di antara mereka,” menurut beliau.

Tamat.

No comments:

Post a Comment