Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

14 March, 2010

Luangkan masa dengan anak-anak- Mahlil


Caption: BINCANG...Philip (kiri) sedang membincangkan sesuatu dengan Jemali (kanan) ketika berlangsungnya majlis berkenaan baru-baru ini.

DEBAK, Jumaat (12 Mac) – Ibubapa perlu membahagikan masa mereka untuk bersama dengan anak-anak ketika berada di rumah demikian nasihat Pegawai Pelajaran Daerah Betong, Mahli bin Rosli.

Ini kerana ibubapa menurut beliau adalah merupakan golongan ‘pendidik’ yang paling dekat dengan anak-anak ketika berada di rumah masing-masing berbanding dengan para guru di sekolah.

“Peranan untuk mendidik anak-anak bukan sahaja terletak di bahu para guru malah juga menjadi tanggungjawab setiap ibubapa memandangkan mereka adalah golongan individu yang paling dekat dengan anak-anak di rumah.

“Mereka perlu diberi perhatian dan didikan yang sewajarnya kerana mereka umpama ‘Permata yang amat berharga, harta yang tidak ternilai harganya’. Justeru saya mahu ibapa menilai perkara ini sedalam-dalamnya,” menurut beliau.

Mahli berkata demikian ketika berucap pada Majlis Permuafakatan Ibubapa dan Guru 2010 Sekolah Kebangsaan (SK) Muton bertempat di makmal sekolah berkenaan dalam daerah kecil Debak, Betong kelmarin.

Selain itu beliau juga mahu ibubapa murid untuk mengeratkan hubungan masing-masing terhadap para guru menerusi Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) demi kebaikan masa depan pendidikan mereka anak selepas ini.

“Malahan hubungan terbabit secara tidak langsung dapat mewujudkan budaya perkongsian ilmu antara ibu bapa dan pihak sekolah dalam mempertingkat prestasi akademik anak-anak di masa akan datang,” katanya.

Hadir sama ialah Guru Besar SK Muton, Jemali Seman, Pegawai Kaunselor Pentadbir Pejabat Pelajaran Daerah Betong, Philip anak Galang dan wakil dari Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Betong iaitu Lans Koperal Rahimi Ahim dan Lans Koperal Zamrul bin Sabturani

Majlis yang berlangsung di ruang bawah bangunan Makmal Komputer sekolah berkenaan telah bermula jam 8.30 pagi dan dihadiri oleh 60 orang ibubapa serta ketua kaum daripada sekitar kawasan Debak.

Tamat.

No comments:

Post a Comment