Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

17 March, 2010

Keputusan pertandingan badminton terbuka dan tertutup sri aman / betong


Caption: UNTUK KENANGAN...Abang Shamshuddin (tengah) ketika merakamkan gambar kenang-kenangan bersama pemenang dan penaja pertandingan ketika tamat pertandingan tersebut.

- 17 Mac

Pasangan Lui Min Hua dan T.C Seng dari Kuching muncul juara Kategori Beregu Lelaki Terbuka bagi Kejohanan Badminton Terbuka dan Tertutup Peringkat Bahagian Sri Aman / Betong 2010 bertempat di Dewan Serbaguna Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Sri Aman baru-baru ini.

Pasangan Lui dan Seng muncul juara kategori berkenaan setelah menewaskan pasangan Wan Kian Hee dan Theng Thong Yan juga dari Kuching pada perlawanan akhir yang berlangsung pada hari Ahad lepas.

Dengan kemenangan ini Lui dan Seng memperoleh wang tunai RM300 beserta dengan dua batang raket badminton dan piala kejuaraan manakala pasangan Wan dan Theng pula membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM200 beserta dengan dua batang raket badminton dan piala.

Manakala itu pasangan Tan Kun Gee dan Nur Azam dari Kuching muncul pemenang tempat ke-3 yang dikongsi bersama dengan pasangan M.Hasrullah dan M. Ikhwan dari Sarikei. Kedua-dua pasangan ini membawa pulang hadiah berupa wang tunai bernilai RM100 dan piala.

Kategori Beregu Lelaki Tertutup pula menyaksikan pasangan Kamaludin dan Guru dari Sri Aman muncul juara sambil diikuti oleh pasangan Jawawi dan Johari juga dari Sri Aman yang menduduki tempat ke-2 bagi kategori ini.

Tempat ke-3 pula dikongsi bersama oleh pasangan Bala dan Syamsuri serta pasangan Razak dan Ibrahim. Kesemua pemenang tempat pertama hingga tempat ke-3 dalam kategori berkenaan memperoleh nilai hadiah yang sama dengan hadiah bagi kategori terbuka.

Sementara itu pasangan Wong Hui Cing dan Rachel dari Saratok muncul juara bagi kategori wanita. Kejayaan ini turut disusuli dengan kemenangan pasangan Chin Geor Eng dan Juliet dari Lubok Antu yang memperoleh kedudukan naib juara.

Tempat ke-3 pula dikongsi bersama oleh pasangan Ruslina dan Nurlidah serta pasangan Bona Mui Tuan dan Sia Hui Yin. Kesemua pemenang tempat pertama hingga tempat ke-3 dalam kategori berkenaan memperoleh nilai hadiah yang sama dengan hadiah bagi kategori terbuka.

Kategori Perseorangan Lelaki Tertutup menyaksikan Chong Sze Meng dari Sri Aman muncul juara dan membolehkan beliau membawa pulang hadiah berupa wang tunai bernilai RM150, satu raket badminton dan piala kejuaraan.

Kedudukan naib juara disandang oleh Jesry Mida yang memperoleh hadiah wang tunai RM100, satu raket badminton dan piala manakala pemenang kedudukan tempat ke-3 secara bersama iaitu Abang Ibrahim dan Eddy memperoleh hadiah wang tunai RM50 dan piala.

Majlis perasmian dan penyampaian hadiah yang mendapat tajaan Morza Solution cawangan Sri Aman dan Mutiara Sport Centre bersempena Kejohanan Badminton Terbuka dan Tertutup Peringkat Bahagian Sri Aman / Betong 2010 ini telah disempurnakan oleh Residen Bahagian Sri Aman, Abang Shamshuddin Abang Seruji.

Hadir sama ialah Pengurus Morza Solution cawangan Sri Aman, Mohammed Yaakub Morshidi dan Pengurus Mutiara Sport Centre, Chong Cheng Hua.

Tamat.

No comments:

Post a Comment