Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

22 March, 2010

Kenalpasti tanaman berpotensi - Mong


Caption: UNTUK ALBUM....Mong (lima kanan), Nyalau (tiga kanan) dan Dr Rayong (tengah) ketika merakamkan gambar kenangan bersama penduduk rumah panjang Jubang, Sebangki Panjai pada majlis itu.


LUBOK ANTU, Isnin (22 Mac) – Penduduk luar bandar terutama golongan petani dalam negeri ini harus mengenalpasti jenis tanaman yang mampu mendapat tempat di pasaran dan memberikan keuntungan kepada mereka.

Menteri Muda Permodenan Pertanian (Penyelidikan dan Penyelarasan), Mong anak Dagang berkata saranan ini amat penting memandangkan terdapat golongan petani yang tidak berjaya menjual hasil tanaman masing-masing berdasarkan kepada faktor pasaran.

“Bagaimana hasil tani dapat dijual di pasaran sekiranya tiada pembeli? Ia menuntut kebijaksanaan golongan petani kita untuk mengetahui hasil tani yang mempunyai rangkaian pembeli dalam setiap pasaran masing-masing.

“Jika berbuat demikian saya yakin mereka akan menjadi golongan petani jaya. Justeru adalah amat penting untuk golongan petani rajin menghadiri pelbagai kursus yang berkaitan dengan pertanian di kawasan masing-masing selepas ini,” katanya.

Mong yang juga Menteri Muda Pelancongan dan Warisan berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Pemimpin Bersama Rakyat 2010 di Rumah Jubang anak Bin, Sebangki Panjai dalam daerah Lubok Antu, Sri Aman kelmarin.

Selain itu beliau juga turut menasihatkan pemilik Tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) untuk mengusahakan pertanian secara komersial seperti getah dan kelapa sawit selepas ini.

“Bagaimanapun saya tidak mengalakkan penduduk untuk mengusahakan tanaman Jeatropha memandangkan produk berkenaan belum mendapat tempat di pasaran tempatan pada masa sekarang,” katanya.

Mong menerusi majlis itu mengumumkan peruntukan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) sebanyak RM5,000 kepada Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) Sebangki Panjai dan RM5,000 lagi kepada biro wanita rumah panjang berkenaan.

Hadir sama ialah Ahli Parlimen Lubok Antu, William Nyalau Badak, ADUN Engkilili Dr Johnical Rayong anak Ngipa , Pegawai Penerangan JASA Parlimen P.202 Sri Aman, Whelton Lumpoi, Pegawai Penerangan Parlimen JASA P.203 Lubok Antu, Geoffery Baja anak Ricky Maba, Pegawai Penerangan Lubok Antu, James Roselly anak Robert Resa dan ketua kaum di sini.

Tamat.....

No comments:

Post a Comment