Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

10 March, 2010

Kelab Gimnasium Rakyat Sri Aman dilancar secara rasmi


Caption: UNTUK ALBUM...Harden (duduk empat kanan) merakamkan gambar kenang-kenangan bersama ahli jawatankuasa Kelab Gimnasium Rakyat Sri Aman dan tetamu hadirin yang lain sebaik sahaja selesai majlis itu malam kelmarin.

SRI AMAN, Rabu (10 Mac) – Kelab Gimnasium Rakyat Sri Aman telah dirasmikan secara rasmi oleh Menteri Muda Kemajuan Tanah, Datuk Francis Harden anak Hollis menerusi majlis makan malam yang berlangsung di Rumah MAKSAK Sri Aman.

Majlis yang berlangsung pada jam 8 malam itu turut dihadiri oleh wakil Pegawai Pejabat Belia dan Sukan Sri Aman, Osman Rosli, wakil Residen Bahagian Sri Aman, Zaidi Sarkawi, Timbalan Pengerusi Majlis Daerah Sri Aman, Jimmy Chong serta 40 orang tetamu jemputan yang lain.

Dengan adanya majlis perasmian dan peruntukan Projek Kecil Luar Bandar bernilai RM10,000 oleh Harden, Kelab Gimnasium Rakyat Sri Aman kini telah diiktiraf dalam melaksanakan fungsi serta operasinya semenjak kelab itu didaftarkan secara sah oleh pihak Badan Pertubuhan Pendaftar (ROS) pada 10 Februari 2009.

Kelab terbabit akan melaksanakan fungsi serta operasinya di bawah seliaan dan naungan Kementerian Belia dan Sukan dalam mengendalikan peralatan gimnasium serta lain-lain alatan yang terdapat dalam Rumah MAKSAK Sri Aman berkenaan.

Terdahulu Kelab Gimnasium Rakyat Sri Aman telah dipengerusikan oleh Zulhairil bin Sulaiman bagi penggal tahun 2009 hingga 2010 menerusi mesyuarat agung pertama kelab berkenaan pada bulan Ogos tahun lepas.

Jawatan Timbalan Pengerusi Kelab Gimnasium Rakyat Sri Aman ini pula disandang oleh Elison anak Lingoh manakala jawatan Naib Pengerusi I dan Naib Pengerusi II masing-masing disandang oleh Erwin anak Lamat dan Rogayah binti Ali.

Kedua-dua mereka iaitu Erwin dan Rogayah juga turut menyandang jawatan Setiausaha serta Bendahari bagi Kelab Gimnasium Rakyat Sri Aman terbabit.

Manakala itu Yakub Zamahari menyandang peranan Jawatankuasa Pembangunan sambil disusuli oleh Morgan Alban (Jawatankuasa Teknikal), Philip Aron (Jawatankuasa Kewangan), Valentine Ngumbang (Jawatankuasa Pemilihan), Awang Kelana (Jawatankuasa Pertandingan) dan Vyonnie Maclean Pugie (Jawatankuasa Tatatertib).

Kemudahan Gimnasium Rakyat yang terletak di Rumah MAKSAK Sri Aman, Jalan Kolam Air, Sri Aman ini dibuka kunjungan terhadap orang ramai pada setiap hari kecuali hari Sabtu bermula dari jam 5 petang hingga 8 malam dengan bayaran RM1 seorang.

Tamat.

No comments:

Post a Comment