Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

14 March, 2010

JKKK perlu utamakan hal ehwal keselamatan kampung - Harden


Caption: TAHNIAH...Harden (kanan) menyampaikan hadiah insentif kepada seorang penerima (kiri) sambil disaksikan oleh Benjamin (tengah) ketika berlangsungnya majlis malam tadi.

SRI AMAN, Jumaat (12 Mac) – Jawatankuasa Keselamatan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dinasihat agar mengutamakan hal ehwal keselamatan dalam kawasan pentadbiran masing-masing selepas ini kata Menteri Muda Kemajuan Tanah, Datuk Francis Harden anak Hollis.

Menurut beliau keamanan dan peningkatan hal ehwal ekonomi penduduk bergantung kepada usaha penuh pihak JKKK untuk menjayakan fungsi jawatankuasa masing-masing selepas ini.

“Peranan JKKK bukan hanya terhad kepada hal kemajuan dan pendidikan sahaja malah berperanan penting dalam memastikan tahap keselamatan kawasan pentadbiran masing-masing terjaga sepanjang masa.

“Impak positifnya ialah dari segi aktiviti ekonomi di kawasan pentadbiran masing-masing. Jika aspek keselamatan diselia sepanjang masa nescaya penduduk akan dapat melaksanakan aktiviti ekonomi masing-masing tanpa sebarang masalah selepas ini,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Makan Malam 2010 anjuran JKKK Kampung Resak Jalan Tawi Sli di Dewan Suarah Sri Aman baru-baru ini.

Selain itu Harden juga mahu semua ahli JKKK untuk mengenepikan kepentingan peribadi masing-masing demi mengelakkan berlakunya perselisihan faham dalam jawatankuasa mereka selepas ini.

“Kepentingan peribadi biasanya menyumbang kepada pertelingkahan para ahli. Justeru saya menasihatkan semua ahli agar mengutamakan kepentingan JKKK daripada mengutamakan kepentingan peribadi selepas ini,” menurut beliau.

Terdahulu beliau pada majlis itu telah mengumumkan peruntukan bernilai RM3,000 kepada JKKK Kampung Resak Jalan Tawi Sli. Hadir sama ialah Pengerusi JKKK Kampung Resa Jalan Tawi Sli, Benjamin Timban, Ex- Temenggung Michael Pilo dan para AJK JKKK yang lain.

Turut berlangsung pada majlis itu ialah majlis penyampaian insentif pelajar cemerlang, penyampaian cenderahati kepada mendiang balu Micheal Edward (bekas naib pengerusi JKKK), persembahan lagu sponsor dan cabutan tiket bertuah.

Tamat.

No comments:

Post a Comment