Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

15 March, 2010

Jangan buang sampah dalam sungai - Nyalau


Caption:SEMPURNA...Nyalau (tengah) ketika memukol gong sebagai tanda penutupan majlis itu. Turut kelihatan ialah Paul (dua kiri).

LUBOK ANTU, Isnin (15 Mac) – Jangan jadikan sungai sebagai lubok pembuangan sampah masing-masing selepas ini demikian menurut nasihat Ahli Parlimen Lubok Antu, William Nyalau anak Badak kepada penduduk yang tinggal di tepi sungai dalam negeri ini.

Nyalau mendakwa penghuni rumah panjang yang tinggal di kawasan tepi sungai sering membuang bahan buangan masing-masing termasuk bangkai binatang ke dalam sungai selama ini.

“Tindakan membuang sampah terutamanya bangkai binatang ke dalam sungai secara tidak langsung boleh mencemarkan ekosistem dan hidupan akuatik dalam sungai itu sendiri.

“Bukankah tindakan itu merugikan penduduk yang bergantung hidup kepada sumber air sungai selama ini? Justeru saya menasihatkan mereka berhenti bertindak demikian selepas ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Program Rakan Alam Sekitar Bersama Ahli Parlimen Lubok Antu William Nyalau di rumah panjang Ipang, Nanga Delok, Lubok Antu anjuran Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar Sarawak baru-baru ini.

Penduduk terutamanya mereka tinggal di tepi sungai menurut Nyalau harus membina sebuah tempat pembuangan khas yang terletak jauh dari kawasan tebing sungai bagi mengelakkan berulangnya masalah pencemaran sungai selepas itu.

“Gali sebuah lubang khas yang dalam untuk tujuan pembuangan sampah. Tujuannya ialah agar penduduk yang tinggal di tepi sungai tidak lagi membuang sampah ke dalam sungai sebaliknya di lubang berkenaan.

“Dengan cara ini, penduduk secara tidak langsung dapat memelihara sumber air sungai masing-masing. Hidupan air juga tidak akan mudah pupus dan sebaliknya boleh dijadikan sebagai sumber makanan penduduk itu sendiri,” katanya.

Dalam majlis itu Nyalau mengumumkan peruntukan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) kepada JKKK Nanga Delok bernilai RM15,000 dan RM3,000 untuk biro wanita rumah panjang berkenaan. Beliau juga turut mengumumkan peruntukan bernilai RM10,000 membina jambatan di rumah panjang Nanga Delok berkenaan.

Hadir sama Penolong Senior Pengawalan Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar Sarawak, Paul Ponar Sinjeng, wakil Pejabat Daerah Lubok Antu, Edwin Mat dan kakitangan kerajaan dari sekitar daerah Lubok Antu.

Tamat

No comments:

Post a Comment