Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

23 March, 2010

Hanya BN layak bangunkan hidup penduduk - Rayong


Caption: PENGHARGAAN...Rayong (kanan) menerima penghargaan daripada Tr Jubang (kiri) sambil disaksikan (tengah) oleh Mong dan Nyalau pada majlis itu.


LUBOK ANTU, Selasa (23 Mac) – Hanya kerajaan Barisan Nasional (BN) sahaja yang layak memberikan kesenangan terhadap penduduk menerusi rancangan pembangunan yang konsisten dan mantap demikian menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Engkilili, Dr Johnnical Rayong anak Rayong.

Menurut beliau Kerajaan Negeri yang dipimpin oleh Ketua Menteri Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud bijak merangka dan melaksanakan pelan pembangunan yang sememangnya memberi faedah terhadap penduduk dari masa ke semasa.

“Projek pembangunan BN sentiasa konsisten. Sebab itulah Sarawak kini berubah wajah bermula dari sebuah negeri yang mundur sehinggalah menjadi salah sebuah negeri yang termaju di Malaysia pada masa sekarang.

“Ia merupakan hasil kebijaksanaan Taib dan pemimpin BN yang lain dalam meneraju proses pembangunan negeri ini semenjak 30 tahun dahulu dan penduduk haruslah melihat hasil ini sebagai faktor untuk terus menyokong kerajaan selepas ini,” katanya.

Rayong berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat 2010 di Rumah Jubang anak Bin, Sebangki Panjai dalam daerah Lubok Antu, Sri Aman baru-baru ini.

Selain itu beliau juga mahu penduduk terutama sekali dari kawasan luar bandar untuk terus menolak kehadiran kumpulan pembangkang yang mahu meraih sokongan politik daripada mereka selepas ini.

“Pihak pembangkang tidak berniat untuk berkhidmat kepada penduduk. Mereka hanya mahu memperoleh sokongan politik demi menentang kerajaan ketika menjelang pilihan raya.

“Justeru tolak kehadiran mereka. Adalah lebih berhasil bagi penduduk untuk menyokong kerajaan yang sentiasa memberikan nikmat pembangunan terhadap mereka berbanding pembangkang itu sendiri,” katanya.

Hadir sama ialah Menteri Muda Pelancongan dan Warisan, Mong anak Dagang, Ahli Parlimen Lubok Antu, William Nyalau Badak, Pegawai Penerangan JASA Parlimen P.202 Sri Aman, Whelton Lumpoi, Pegawai Penerangan Parlimen JASA P.203 Lubok Antu, Geoffery Baja anak Ricky Maba, Pegawai Penerangan Lubok Antu, James Roselly anak Robert Resa dan ketua kaum di sini.

Tamat.

No comments:

Post a Comment