Please jump to our new blog --> www.newsriamannews.blogspot.com

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

06 March, 2010

Gereja perlu bantu kerajaan jaga keamanan



Caption: TERIMALAH...Harden (kanan) menyampaikan cek geran kepada Benet (kiri) ketika berlangsungnya upacara terbabit kelmarin.

SRI AMAN, Sabtu (6 Mac) – Rumah ibadat memainkan peranan penting dalam membantu kerajaan untuk mewujudkan keamanan dan kesejahteraan penduduk dalam negara ini demikian menurut Menteri Muda Kemajuan Tanah, Datuk Francis Harden anak Hollis.

Katanya rumah ibadat termasuk masjid, gereja atau kuil berperanan dalam mendidik dan mengajar para penganut agama masing-masing untuk tidak melakukan perkara yang bercanggah dengan nilai ajaran agama dari masa ke semasa.

“Rumah ibadat menjadi pusat perhimpunan para penganut untuk menunaikan kewajipan agama mengikut kepercayaan masing-masing selama ini dan diajar untuk mengamalkan nilai tolenrasi, kebaikan dan serta hormat-menghormati di antara satu sama lain.

“Justeru di sini kerajaan telah melihat akan betapa pentingnya peranan rumah ibadat dalam membantu mewujudkan keamanan dan kesejahteraan penduduk berbilang kaum dan agama selama ini,” katanya.

Harden yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang berkata demikian ketika ditemui pemberita pada upacara penyampaian geran bantuan kerajaan kepada pihak Parish Council Gereja Katolik Sri Aman di Jalan Tawi Seli lewat petang kelmarin.

Selain itu semua pihak menurut beliau juga harus sedar bahawa rumah ibadat turut menyumbang kepada faktor kestabilan politik negeri yang lebih kukuh dari masa ke semasa.

Ia menurut Harden secara tidak langsung telah membantu kerajaan untuk mentadbir negeri dengan lebih mudah tanpa adanya masalah perselisihan agama atau persengketaan kaum di antara penduduk selepas ini.

“Sebab itulah kerajaan turun padang untuk menyumbang bantuan berupa kewangan dan sebagainya kepada rumah ibadat dalam negeri ini kerana kita sedar peranan yang dimainkan oleh mereka selama ini.

“Oleh itu diharapkan agar rumah ibadat memanfaatkan sepenuhnya bantuan yang mereka terima daripada kerajaan selama ini agar mereka dapat melaksanakan peranan dengan lebih berkesan di masa akan datang,” katanya.

Terdahulu menerusi upacara ringkas berkenaan Harden telah menyampaikan geran kerajaan bernilai RM5,000 kepada Pengerusi Parish Council Gereja Katolik Sri Aman iaitu George Benet.

Tamat.

No comments:

Post a Comment