Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

19 March, 2010

BSMM cabang Sri Aman anjur bengkel Ketua Belia 2010


Caption: UNTUK ALBUM...Ahli BSMM cabang Sri Aman ketika merakamkan gambar kenang-kenangan bersama para peserta sebaik sahaja tamat Bengkel Ketua Belia 2010 berkenaan.

SRI AMAN, Jumaat –Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) cabang Sri Aman telah menganjurkan Bengkel Ketua Belia 2010 bertempat di Pusat Kegiatan Guru Sri Aman baru-baru ini.

Jurucakap penganjur, Isaac Stalin ketika ditemui berkata Bengkel Ketua Belia 2010 ini telah melibatkan penyertaan seramai 20 orang guru penasihat BSMM dari sekolah menengah dan sekolah rendah dari sekitar Bahagian Sri Aman serta Betong.

“Misi utama Bengkel Ketua Belia 2010 ini diadakan adalah adalah untuk memantapkan lagi pergerakan BSMM menerusi teknik atau kaedah pengajaran yang lebih berkesan dalam semua aktiviti kokurikulum sekolah.

“Justeru untuk menjayakan pergerakan BSMM di sekolah sekitar Sri Aman dan Betong maka bahan bantu mengajar telah dibekalkan kepada semua guru penasihat sebagai rujukan dalam aktiviti persatuan di sekolah selepas ini,” menurut beliau yang juga Komandan VAD (Voluntary Aid Detachment) BSMM cabang Sri Aman.

Antara topik utama di bangkitkan dalam bengkel ini menurut beliau adalah Pendidikan Bulan Sabit Merah di mana pelajar akan didedahkan dengan sejarah dan pergerakan BSMM, Pertolongan Cemas, Pemanasan Global dan Undang Undang Kemanusian Atarabangsa.

Topik Pemanasan Global jelas Isaac yang dikendalikan oleh beliau, Voon, Johnek Henry dan Cikgu Niklas Eddie itu bertujuan untuk memberi kesedaran awal kepada para pelajar berhubung isu terbabit.

“Menerusi topik terbabit misalannya pihak kami telah memberi peluang terhadap setiap sekolah (yang diwakili penasihat) untuk melaksanakan Satu Sekolah Satu Projek bagi menjayakan lagi matlamat kami selepas ini,” katanya.

Sementara itu di penghujung penganjuran bengkel berkenaan Setiausaha Kehormat BSMM cabang Sri Aman iaitu Charles Tay telah menasihatkan para guru penasihat untuk memanfaatkan pengunaan bahan bantu mengajar yang diberi secara percuma oleh pihaknya.

Penggunaan bahan bantu mengajar yang disalur menerusi bengkel ini menurut beliau adalah amat penting bagi memastikan mereka dapat mempratikkan segala ilmu pengetahuan yang diperolehi menerusi bengkel berkenaan di masa akan datang.

“Bengkel ini akan diadakan lagi pada masa akan datang dan sekolah dalam kawasan Sri Aman yang berminat bolehlah menghubungi atau menemui pihak BSMM cabang Sri Aman untuk keterangan lanjut

“Justeru pihak BSMM cabang Sri Aman berharap agar semua sekolah yang terlibat dalam bengkel ini dapat bekerjasama dengan pihak kita demi menjayakan penganjuran pelbagai aktiviti bersama ahli kita selepas ini,” menurut beliau.

Tamat.

No comments:

Post a Comment