Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

16 March, 2010

Bapa marah anak kena cubit guru sampai lebam



Caption: WAJAR ATAU TIDAK? Gambar yang diberikan kepada Utusan Sarawak menunjukkan kesan lebam dan merah pada dada anak lelaki si pengadu berkenaan dipercayai akibat perbuatan guru terbabit.

SRI AMAN, Selasa (16 Mac) – Seorang bapa melahirkan rasa kecewa dan terkilan berhubung sikap seorang guru dari sebuah sekolah menengah dalam bandar ini yang bertindak mencubit kedua-dua anaknya sehingga merah dan meninggalkan kesan lebam.

Si bapa ketika tampil menemui Utusan Sarawak hari ini mendakwa kejadian terbabit yang telah terjadi pada 9 Mac lalu disedari oleh isterinya ketika waktu sesi rehat di sekolah menengah berkenaan.

“Kedua-dua anak saya (pasangan kembar) adalah pelajar tingkatan 1 sekolah berkenaan. Mereka didakwa tidak menyiapkan kerja sekolah yang diberikan oleh guru mereka walhal mereka berada di kelas pemulihan ketika guru terbabit mengeluarkan arahan berhubung kerja rumah tersebut.

“Akibatnya ialah anak lelaki saya dicubit di bahagian dada manakala anak perempuan saya pula dicubit di bahagian puting susu. Cubitan terbabit meninggalkan kesan merah dan lebam akibat tindakan ustazah mereka iaitu guru berkenaan,” kata si bapa.

Si ibu yang marah berhubung tindakan guru berkenaan kata bapa kemudiannya bertindak membuat laporan di Balai Polis Sri Aman sebelum menarik semula laporan polis terbabit atas dasar kompromi.

Setelah menarik semula laporan polis terbabit, si bapa terbabit bersama isteri dan anaknya terus ke Pejabat Pelajaran Daerah Sri Aman untuk membuat laporan berhubung perkara terbabit bagi tujuan tindakan lanjut.

“Bagaimanapun setelah laporan dibuat berhubung insiden ini, guru terbabit kemudiannya bertindak memulaukan pembelajaran anak-anak saya termasuk seorang lagi yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun ini.

“Tambahan pula ustazah terbabit langsung tidak menemui saya dan isteri untuk meminta maaf berhubung insiden terbabit. Perkara ini amat mengesali saya dan isteri memandangkan tindakan beliau langsung tidak mencerminkan sifat mulia yang perlu ada dalam diri seorang guru,” katanya.

Beliau juga menambah bahawa anaknya hanya wajar dihukum oleh gurunya dengan merotan tapak tangan atau kerja amal sekiranya dia benar-benar bersalah kerana hukuman itu termaktub dalam garis panduan hukuman dan salahlaku pelajar sekolah.

“Namun mencubit hingga lebam tidak termaktub dalam garis panduan hukuman berkenaan. Justeru saya meminta pihak Jabatan Pelajaran Daerah Sri Aman untuk menyiasat perkara terbabit demi mengelakkan kejadian yang sama berulang,” menurut beliau.

Tamat.

5 comments:

  1. saya tertarik memebaca berita ini...tapi kamudian terfikir; adakah wajar tindakan yang dibuat oleh ibu dan bapa pelajar terbabit wajar??? adakah kasih sayang sepenuhnya terhadap anaknya tersebut mengatasi kewajaran dan kewarasan berfikir tanpa mengenal pasti apakah punca guru tersebut bertindak sedemikian. Pasti ada sesuatu yang mendorong guru tersebut bertindak sedemikian...jangan mudah untuk meletakkan kesalahan secara total terhadap guru...selidiki lah dahulu perkara tersebut...dan perlu diingat guru bukan insan maksum...guru insan biasa (apa yang saya tahu siibu dan siayah pada pelajar ini adalah guru yang berpangkat guru penolong kanan hem - ibu dan ayah adalah guru besar di sebuah sekolah rendah dibahagian sri aman )
    Sebenarnya perkara tersebut telah ditangani dengan baik oleh pihak PPD Sri Aman...cuma kesungguhan penjaga membawa berita sedemikian menimbulkan satu lagi persoalan : nak tunjuk rasa ketidakpuasaan hati penjaga tersebut...dalam aduan kepada penulis berita ini siibu dan siayah ada bercakap tentang garis panduan Kementerian Pendidikan...adakah dengan membawa berita ini ke akhbar ada dalam garis panduan juga.
    Dalam aduan ini ada dinyatakan tentang "pemulauan" anaknya oleh guru terbabit...adakah betul pernyataan ini...dengan sifat pendidik yang ada pada ibu dan ayah pelajar berkenaan...logikkah perkara ini berlaku? selidik dan tangani perkara ini dengan kewajaran dan kewarasan pemikiran...jangan dengan api kemarahan...utarakan berita yang tepat dan betul...jangan terus mendefinisikan sesuatu perkara dengan melulu.

    ReplyDelete
  2. Sememangnya wajar bagi ibubapa pelajar tersebut bertindak sedemikian rupa. Bayangkan seandainya kita yang berada dlm situasi tersebut? Bagaimana perasaan kita kalau anak kita sendiri atau anak saudara kita yang diperlakukan sedemikian rupa. Tak berhatiperutlah kita, tapi mungkin juga pengomen di atas tidak pernah merasa sakit beranak atau ada anak pun mungkin anak angkat sebab tu tidak tahu betapi peritnya melahirkan anak dan rentetan itulah tindakan sewajarnya dilakukan oleh ibubapa pelajar tersebut; apakah seorang guru tidak boleh melaporkan salahlaku guru yang memang tidak dapat disorok lagi? Apakah selamanya ibubapa yang menjadi guru harus menyembunyikan pekung yang akan menyebabkan kanser di kalangan guru sendiri? Oleh itu fikirlah wahai saudara. Jangan kita menafikan hak guru sebagai ibubapa. Nasib baik juga ibubapa pelajar tu masih ada hati perut dan bertolak ansur dengan perbuatan guru agama tersebut dan menarik balik segala laporan polis tapi kalau saya berada dalam keadaan tersebut guru agama tersebut akan diseret ke muka pengadilan ; dalam akhbar awal bulan lalu juga Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia ; kalau tak silap ; mengatakan bahawa guru dan murid tidak dibenarkan bersentuhan fizikal ini dinyatakan semasa mengulas guru agama mencubit hingga lebam pelajar OKU ada persamaan dengan kes di atas, guru agama lagi yang terlibat. Apakah wajar gara-gara tidak menyiapkan kerja rumah oleh pelajar pemulihan kita telah menghukum pelajar sedemikan rupa, sepatutnya guru mengajar murid belajar. Kemana hilangnya slogan "SEKOLAHKU SYURGAKU" dan dalam menghadapi dugaan guru agama yang lebih mengetahui hukum hakam harus lebih kesabarannya berbanding guru biasa.

    ReplyDelete
  3. jangan nak bertapok kamek tahu siapa kita.banyak kerja yang dilakukan oleh kita sik dapat dilakukan.

    ReplyDelete
  4. Guru dulu lain..
    Guru sekarang dah lain..
    Ibubapa dulu pun lain..
    Ibubapa sekarang lagilah dah lain..

    Guru ada emosi. Ibubapa pun ada emosi. Apa yang penting KERJASAMA untuk mencari penyelesaian. Bukannya nak 'merancakkan' suasana.

    Jangkamasa panjang, siapa yang rugi?? Guru oh guru... (siibubapa pun guru juga)

    ReplyDelete