Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

15 March, 2010

Awasi anak-anak guna internet - Simoi


Caption: SEDIA! Simoi (tiga kiri) sedang meniup wisel sambil diperhatikan oleh Sharifah (dua kiri), Abang Shamshuddin (tengah), Rohana (tiga kanan) ketika menyempurnakan upacara lepas mula pertandingan tarik tali pada majlis itu.

SRI AMAN, Isnin (16 Mac) – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Hajah Simoi Haji Peri menasihatkan ibubapa untuk mengawas atau menapis segala maklumat yang anak-anak peroleh menerusi perkembangan pesat Teknologi Komunikasi dan Maklumat (ICT) pada masa sekarang.

Ini kerana beliau bimbang anak-anak akan mudah terpengaruh dengan segala maklumat berunsur negatif yang mereka peroleh menerusi teknologi terbabit sekiranya tidak dipantau sepanjang masa.

“Nasihat saya tidak bermaksud untuk menghadkan kebebasan anak-anak bagi mengakses segala maklumat atau pengetahuan yang mereka perolehi menerusi kemudahaan ICT terbabit.

“Semua pihak sedia maklum bahawa kemudahan ICT menawarkan maklumat positif dan negatif. Jika maklumat positif yang mereka peroleh maka itu adalah hasil yang baik namun jika sebaliknya negatif maka kesannya akan dilihat pada fasa tumbesaran anak-anak itu kelak,” menurut beliau.

Simoi berkata demikian ketika berucap merasmikan Sukan Rakyat Peringkat Umur 7 hingga 12 Tahun dan 13 hingga 17 Tahun anjuran Pasukan Perlindungan Kanak-Kanak Bahagian Sri Aman bertempat di Padang Kementerian Pembangunan Sosial dan Urbanisasi (KPSU) Lama Sri Aman baru-baru ini.

Selain itu beliau juga mahu ibubapa untuk membantu menyemai sifat jati diri dikalangan anak masing-masing sejajar dengan perkembangan pesat era globalisasi pada masa akan datang.

“Ibubapa memainkan peranan penting dalam perkara ini. Kita tidak mahu peningkatan masalah sosial dikalangan beliau adalah berpunca daripada kegagalan mereka untuk menghadapi penularan maklumat dari kemudahan ICT sebelum itu,” katanya.

Hadir sama Residen Bahagian Sri Aman, Abang Shamshuddin Abang Seruji, Penolong Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Bahagian Sri Aman, Sharifah Ranimah Wan Hashim, Pengerusi Pasukan Perlindungan Kanak-Kanak (PAKK) Bahagian Sri Aman, Rohana Isnawi, Pegawai Pelajaran Daerah Sri Aman, Walter Lamat Kiyai, Pengerusi Pusat Aktiviti Kanak-Kanak (PAKK) Kampung Hilir Bahagian Sri Aman, Mohd Yusop Lugom, para ketua jabatan serta kakitangan PAKK Bahagian Sri Aman yang lain.

Simoi pada majlis itu telah mengumumkan peruntukan berjumlah RM3,000 kepada PAKK Bahagian Sri Aman bagi tahun 2010.

Beberapa acara menarik berlangsung pada acara sukan rakyat berkenaan antaranya ialah Senaman Beramai-Ramai, Lari Kasih Sayang, Meniti Bata, Bowling Kelapa, Guni Bot, Sambut Jangan Pecah dan Hantu Pocong.

Tamat.....

No comments:

Post a Comment