Please jump to our new blog --> www.newsriamannews.blogspot.com

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

23 March, 2010

46 penduduk sertai kursus CIDB di Betong


Caption: TAHNIAH...Mashan (kanan) ketika menyampaikan Kad Hijau CIDB kepada seorang peserta iaitu Ekhwan bin Darani (kiri) ketika tamat kursus berkenaan.


BETONG, Selasa (23 Mac) – Seramai 46 orang penduduk mengambil bahagian dalam Kursus Induksi Keselamatan Dan Kesihatan Untuk Pekerja Binaan yang berlangsung di Dewan Jubli, Betong pada 21 Mac lalu.

Kursus berkenaan yang juga dikenali sebagai Kursus Kad Hijau CIDB adalah merupakan anjuran syarikat M-CORP Sendirian Berhad Kuching dan berlangsung selama sehari di dewan berkenaan.

Pengendali kursus iaitu Mashan Haji Ahmad Rais ketika ditemui memberitahu bahawa Kursus Kad Hijau CIDB adalah wajib untuk dihadiri oleh semua mereka yang terlibat dalam industri pembinaan

“Kursus yang melibatkan golongan pekerja am, penyelia tapak, pekerja professional dan kontaktor itu bertujuan untuk mendedahkan semua peserta tentang aspek-aspek keselamatan di tapak pembinaan.


Disamping itu semua peserta turut diberi kesedaran tentang pentingnya penggunaan alat-alat keselamatan / Personal Protective Equipment (PPE) seperti helmet keselamatan, safety boot dan sebagainya semasa bekerja di tapak pembinaan,” menurut beliau.

Peserta menerusi kursus ini menurut beliau juga telah diberitahu mengenai kehendak Akta Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (OSHA) tentang kewajiban am majikan dan kewajipan am pekerja terhadap pematuhan aspek keselamatan di tapak pembinaan.

Kegagalan majikan dan pekerja untuk mematuhi aspek keselamatan di tapak binaan kata Mashan secara tidak langsung akan menyebabkan mereka dikenakan hukuman penjara atau denda menurut akta berkenaan.

“Selain itu kad hijau juga merupakan pengiktirafan CIDB tentang kemahiran seseorang pekerja yang mana setiap maklumat pekerja akan disimpan dalam pengkalan maklumat CIDB selepas itu.

“Semua pemegang kad hijau juga adalah dilindungi oleh skim perlindungan insuran takaful. Justeru diharap agar kesemua peserta memanfaatkan sepenuhnya maklumat yang mereka perolehi menerusi kursus berkenaan selepas ini,” katanya.

Terdahulu beliau menerusi kursus berkenaan telah menyampaikan Kad Hijau CIDB dan helmet keselamatan kepada semua 46 orang peserta yang mengambil bahagian dalam kursus berkenaan.


Tamat.

No comments:

Post a Comment