Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

06 March, 2010

40 penduduk hadir kempen derma darah MPB



Caption: UNTUK ALBUM...Norseman (empat kiri) bersama kakitangan MPB dan BSMM Sri Aman ketika berlangsungnya kempen derma darah di sini hari ini.


SRI AMAN, Sabtu (6 Mac) – Seramai 40 kakitangan kerajaan, swasta dan orang awam mengambil bahagian dalam Kempen Derma Darah 2010 yang berlangsung di Mini Stadium, Majlis Daerah Sri Aman (MDSA) hari ini.

Kempen Derma Darah 2010 anjuran Lembaga Lada Malaysia (MPB) cawangan Sri Aman dan Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) cabang Sri Aman itu telah bermula dari jam 9 pagi hingga jam 1 petang tadi.

Pegawai Penyelia MPB cawangan Sri Aman, Norseman Sharkawi ketika ditemui menjelaskan bahawa kempen ini merupakan salah satu program tahunan yang dilaksanakan oleh pihak beliau menerusi Kelab Sukan dan Sosial (KESUDA) MPB Sri Aman.

“KESUDA pernah menganjurkan kempen derma darah yang sama pada bulan November tahun 2008 dahulu menerusi penyertaan sejumlah 20 orang penduduk dalam kempen terbabit.

“Untuk kempen kali ini kita mensasarkan sejumlah 50 orang peserta. Bagaimanapun kehadiran sejumlah 40 penduduk menunjukkan adanya peningkatan dalam kempen kali ini berbanding dengan kempen sebelumnya,” katanya.

Selain itu pihaknya menurut Norseman juga mahu menyedarkan penduduk bahawa kempen derma darah ini sebenarnya merupakan perintis kepada usaha penyatuan penduduk menerusi perlaksanaan konsep 1Malaysia.

Ini kerana penderma darah itu sendiri menurut beliau tidak mengetahui bahawa darahnya akan digunakan oleh mana-mana penduduk yang memerlukan tanpa mengira golongan kaum penerima darah itu sendiri.

“Anda tidak akan tahu bahawa darah anda akan didermakan kepada orang Cina, Melayu atau lain-lain kaum dalam negara ini. Justeru kempen ini merupakan salah satu peluang penduduk untuk sama-sama menjayakan perlaksanaan konsep 1Malaysia,” katanya.

Norseman turut menambah bahawa kempen ini juga secara tidak langsung dapat membantu menambah bekalan darah di Bank Darah Hospital Bahagian Sri Aman selepas ini.

Turut serta dalam program berkenaan ialah Naib Pengerusi BBSM Sri Aman, Paul Lu, Setiausaha Kehormat BBSM Sri Aman, Charles Tay, Pengerusi Bencana BSMM Sri Aman, Mas Mashore Haji Maslem, para ahli BBSM Sri Aman dan juga kakitangan MPB Sri Aman yang lain.
 
Tamat.
 

No comments:

Post a Comment