Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

31 March, 2010

Two Years Rolling Plan untuk bangunkan Sarawak menjelang 2020 - Jabu




Caption:

1. SEDIA BERTUGAS...Kanselor Thomas Agas (kiri) sedang menandatangi surat perlantikan jawatan sambil disaksikan oleh Jabu (dua kanan), Mujah (tengah) dan Lolita (kanan sekali) hari ini.

2. UNTUK ALBUM...Jabu (tengah) sambil diapit oleh Nyalau (kanan), Mujah (kiri), Rayong (tiga kiri) bersama tetamu undangan dan ahli majlis MDLA ketika bergambar kenangan hari ini.

ENGKILILI, Rabu (31 Mac) – Kerajaan Negeri akan menggunakan pendekatan Pelan Pembangunan Pusingan Dua Tahun (Two Years Rolling Plan) untuk menjayakan perlaksanaan projek pembangunan di negeri ini dalam tempoh 10 tahun akan datang.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu anak Numpang berkata Pelan Pembangunan Pusingan Dua Tahun akan membolehkan kerajaan menimba lebih banyak pengalaman bagi membangunkan negeri ini menerusi peruntukan yang disalurkan oleh Kerajaan Pusat selepas ini.

“Pelan Pembangunan Pusingan Dua Tahun ini amat diperlukan bagi membangunkan negeri khususnya kawasan luar bandar secara berkesan menerusi peruntukan yang disalurkan pada Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK10) dan RMK11 kelak.

“Untuk itu Kerajaan Negeri akan menilai progres pembangunan yang berlangsung dalam seluruh kawasan Sarawak menerusi peruntukan yang sedia bagi tempoh dua tahun pertama ini iaitu 2011-2012,” katanya.

Beliau yang juga Menteri Permodenan Pertanian berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Istiadat Perlantikan Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan Ahli-Ahli Majlis, Majlis Daerah Lubok Antu (MDLA) bagi Tahun 2010 – 2011 di Dewan Masyarakat Engkilili, Sri Aman hari ini.

Pengalaman yang ditimba oleh kerajaan pada dua tahun pertama ini nanti kata Jabu akan digunakan oleh kerajaan untuk mencari strategi terbaik bagi membangunkan Sarawak bagi tempoh tahun 2013 hingga 2015 di bawah RMK10.

“Kerajaan Negeri seterusnya akan mensasarkan liputan pembangunan secara menyeluruh terhadap semua rakyat dalam negeri ini khususnya dari kawasan luar bandar menerusi RMK11 iaitu dari tahun 2016 hingga 2020.

“Justeru saya meminta kerjasama semua pihak iaitu ketua kaum dan rakyat dalam negeri ini untuk sama-sama membantu kerajaan bagi menjayakan Pelan Pembangunan Pusingan Dua Tahun dan seterusnya pembangunan menyeluruh Sarawak menjelang tahun 2020 ini kelak,” menurut beliau.

Hadir sama ialah Ahli Parlimen Lubok Antu, William Nyalau Badak, ADUN Engkilili, Dr Johnnical Rayong Ngipa, Setiausaha Tetap Kementerian Alam Sekitar dan Kesihatan Awam, Dr Penguang Panggil, Residen Sri Aman, Abang Shamshuddin Abang Seruji, Pengerusi MDLA, Nelson Mujah Girie, Setiausaha MDLA, Jaimie Lolita James dan Walikota Sri Aman, Piau Inggot.

Seramai 26 orang ahli majlis, MDLA mengangkat sumpah pada majlis itu. Empat dari 26 orang majlis berkenaan adalah muka baru bagi mengantikan empat orang ahli majlis yang telah bersara.

Tamat.

Jabu label forumer internet sayap kiri politik sebagai Hantu Net

ENGKILILI, Rabu (31 Mac) – Individu atau kumpulan yang sering menghentam kerajaan menerusi laman web atau blog harus dilabelkan sebagai ‘Hantu Net’ selepas ini demikian menurut Timbalan Ketua Menteri, Datuk Patinggi Alfred Jabu anak Numpang.

Ini kerana golongan terbabit katanya telah menyalahgunakan blog atau laman web untuk mempengaruhi minda pengguna internet yang lain bagi membenci kerajaan yang sedia pada masa sekarang.

“Golongan terbabit tidak berhenti mengulangi fitnah mereka untuk memburukkan kerajaan Barisan Nasional (BN) dikalangan pengguna internet yang lain menerusi blog dan lain-lain laman web di internet selama ini.

“Inilah pihak yang boleh saya labelkan sebagai ‘Hantu Net’. Tindakan menghentam kerajaan menerusi internet tidak akan mendatangkan simpati rakyat kepada golongan terbabit sebaliknya akan dianggap mendatangkan idea tidak bernas oleh orang lain selepas ini,” katanya.

Beliau yang juga Menteri Permodenan Pertanian berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Istiadat Perlantikan Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan Ahli-Ahli Majlis, Majlis Daerah Lubok Antu (MDLA) bagi Tahun 2010 – 2011 di Dewan Masyarakat Engkilili, Sri Aman hari ini.

Golongan terbabit kata Jabu pula haruslah mengutarakan idea serta kritikan yang membina kepada kerajaan menerusi blog atau lain-lain laman web yang terdapat di internet.

“Jika internet digunakan secara baik maka hasilnya akan menjadi lebih baik juga. Jadi daripada menghentam kerajaan atau ahli politik menerusi internet adalah lebih baik sekiranya mereka mengutarakan idea yang cukup bernas bagi membangunkan negeri ini.

“Jangan menghina atau menabur fitnah tanpa usul periksa di internet. Tindakan sebegini tidak akan mendatangkan hasil dan keuntungan kepada diri golongan itu sendiri,” menurut beliau.

Hadir sama ialah Ahli Parlimen Lubok Antu, William Nyalau Badak, ADUN Engkilili, Dr Johnnical Rayong Ngipa, Setiausaha Tetap Kementerian Alam Sekitar dan Kesihatan Awam, Dr Penguang Panggil, Residen Sri Aman, Abang Shamshuddin Abang Seruji, Pengerusi MDLA, Nelson Mujah Girie, Setiausaha MDLA, Jaimie Lolita James dan Walikota Sri Aman, Piau Inggot.

Seramai 26 orang ahli majlis, MDLA mengangkat sumpah pada majlis itu. Empat dari 26 orang majlis berkenaan adalah muka baru bagi mengantikan empat orang ahli majlis yang telah bersara.

Tamat.

Zon Saratok unggul - kategori berpasukan 12 Tahun Kebawah di Bahagian Betong




Caption:
1. KAMI JUARA...Pasukan Zon Saratok merakamkan gambar kenangan sebaik sahaja muncul pemenang pada kejohanan terbabit.

2. TAHNIAH...Mahli sedang menyampaikan hadiah kepada para peserta kejohanan berkenaan.
oleh Saleman Senin

DEBAK, Rabu (31 Mac) – Pasukan Zon Saratok telah membuktikan mereka adalah merupakan kuasa Sepak Takraw bagi kategori berpasukan 12 Tahun Kebawah di Bahagian Betong apabila muncul juara Kejohanan Sepak Takraw MSS 12 Tahun Kebawah Bahagian Betong.


Zon Saratok muncul juara kejohanan berkenaan setelah berjaya menundukkan saingan pasukan Zon Spaoh dengan memenangi dua set regu (2-0) berturut-turut pada perlawanan akhir yang berlangsung kelmarin.


Dengan kemenangan terbabit Zon Saratok yang merupakan atu-satunya wakil daripada Daerah Saratok ke kejohanan kali ini telah berjaya mempertahankan kejuarannya untuk kali kedua bagi kejohanan yang sama pada tahun lepas.


Manakala itu pasukan Zon Pusa pula telah muncul pemenang tempat ke-3 apabila berjaya menewaskan pasukan Zon Debak dengan kemenangan dua set beregu secara berturut-turut menerusi perlawanan untuk merebut kedudukan tempat ke-3.


Terdahulu pasukan Zon Saratok telah mara ke perlawanan akhir kejohanan terbabit setelah berjaya menewaskan pasukan pasukan Zon Pusa dengan keputusan set regu 2-1 pada perlawanan peringkat separuh akhir sebelumnya.


Pasukan naib juara iaitu Zon Spaoh pula berjaya mara ke perlawanan akhir kejohanan berkenaan setelah menundukkan saingan pasukan Zon Debak pada perlawanan separuh akhir menerusi kemenangan set regu 2-0.


Majlis penangguhan dan penyampaian hadiah kepada para pasukan yang muncul sebagai pemenang pada kejohanan itu telah disempurnakan oleh Pegawai Pelajaran Daerah Betong, Mahli bin Rosli.


Hadir sama ialah Guru Besar SK Suri Debak, Rashid bin Talip, Guru Besar SK Datuk Bandar Debak, Rapaie bin Bulat dan para pengerusi Zon serta lain-lain kakitangan sekolah di bahagian Betong.


Kejohanan yang disertai oleh pasukan dari Zon Pusa, Zon Spaoh, Zon Betong dan Zon Saratok telah berlangsung di Sekolah Kebangsaan (SK) Datuk Bandar Debak bermula 29 hingga 30 Mac ini tadi.


Kejohanan anjuran Pejabat Pelajaran Daerah Betong sambil dikelolakan oleh Zon Debak itu bertujuan untuk memilih pemain bagi mewakili pasukan Betong ke kejohanan peringkat Negeri Sarawak di Bahagian Betong sekitar bulan Mei nanti.


Tamat.

Ubah pemikiran mulai sekarang - Isik


Caption: AMANAT...Isik ketika sedang menyampaikan amanat pada majlis berkenaan dekat kelmarin.

BETONG, Rabu (31 Mac) – Rakyat harus mengubah pemikiran masing-masing sekirangnya ingin maju seiring dengan kepesatan pembangunan pada masa akan datang kata Setiausaha Politik Kepada Ketua Menteri, Isik Utau.

Perubahan pemikiran rakyat kata beliau adalah mencakupi pandangan serta matlamat masing-masing terhadap hal ehwal pembangunan ekonomi semasa dalam diri masing-masing selepas ini.

“Rakyat dari kawasan luar bandar misalannya boleh melibatkan diri dalam projek pembangunan tanah seperti penanaman sawit, getah dan lada yang diperkenalkan oleh kerajaan selama ini untuk mempertingkatkan pendapatan diri masing-masing.

“Rakyat harus bijak memanfaatkan segala peluang yang disediakan terhadap mereka selepas ini. Jika tidak mereka akan ketinggalan dari segi pencapaian kemajuan berbanding lain-lain rakyat yang terlebih dahulu berbuat demikian berbanding mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap semasa merasmikan Program Mesra Rakyat anjuran Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Bahagian Betong bertempat di Rumah Meropie, Pasa Atas di Betong kelmarin.

Dalam pada itu, Isik turut memuji langkah KEMAS dalam usaha untuk menggerak pemikiran rakyat disamping mempertengahkan pelbagai ilmu untuk dikongsi secara bersama mereka selama ini.

“Usaha KEMAS adalah tepat pada masanya dalam usaha mengubah pradigma serta pemikiran rakyat untuk terus maju ke hadapan,” kata Isik.

Hadir sama dalam majlis itu, Setiausaha Politik Menteri Sumber Asli, Dr Richard Rapu, Pegawai JASA Betong, Tony Malang, Penyelia Kanan KEMAS Betong, Norkursani Bujang, penyelia dan kakitangan KEMAS, tuai-tuai rumah dan penduduk setempat.

Tamat...

Taman Batang Lupar jadi tumpuan lihat benak


SABAR MENUNGGU...Dua orang pengunjung sedang menunggu di Taman Tebingan Sungai Batang Lupar di Bandar Sri Aman lalu untuk menyaksikan kedatangan fenomena Benak di Sungai Batang Lupar, Sri Aman pada 29 Mac lalu. Benak menyusuri Sungai Batang Lupar pada jam 3 petang hari berkenaan dengan ketinggian ombak yang amat rendah. Taman Tebingan Sungai Batang Lupar menjadi lokasi tumpuan pengunjung pada setiap hari untuk menyaksikan fenomena Benak di sungai terbabit pada setiap hari. - 31 Mac

30 March, 2010

KSK Simanggang anjur Senam cergas Hujung Minggu 10 April ini


Caption: PENGUMUMAN...Harden (dua kiri) ketika mengumumkan penganjuran program berkenaan sambil diperhatikan oleh Sii (kiri) dan Kuek (dua kanan).


SRI AMAN, Selasa (30 Mac) – Kelab Sukan Komuniti (KSK) DUN N27 Simanggang akan menganjurkan Program Senam Cergas Komuniti Hujung Minggu 2010 bertempat di Padang Kementerian Pembangunan Sosial dan Urbanisasi (KPSU) Lama, Sri Aman pada 10 April ini.


Program yang bakal berlangsung dari jam 7 pagi dan berakhir sekitar jam 10 pagi itu nanti adalah merupakan anjuran bersama dengan Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sri Aman.


Menteri Muda Kemajuan Tanah, Datuk Francis Harden anak Hollis merangkap pengerusi KSK DUN N.27 Simanggang berkata dianggarkan seramai 1,500 penduduk dari kawasan DUN Simanggang menyertai program itu nanti.


“Program yang bakal dianjurkan ini nanti akan melibatkan hampir keseluruhan kelab, persatuan, pertubuhan, pejabat kerajaan, pihak swasta, pelajar sekolah serta pengundi di DUN Simanggang.


“Oleh yang demikian menerusi program ini nanti kita mahu kesemua penduduk yang mengundi di kawasan DUN Simanggang untuk turun padang bagi sama-sama menjayakan program itu nanti,” katanya ketika ditemui pemberita sebaik sahaja selesai mesyuarat berhubung program berkenaan malam tadi.


Selain itu antara tujuan penganjuran program itu nanti juga katanya adalah bagi memastikan setiap lapisan masyarakat dalam kawasan DUN Simanggang melibatkan diri di dalam aktiviti kecergasan yang membawa manfaat dari segi aspek kesihatan dan perpaduan.


Malahan program ini kata Harden akan menyediakan peluang peningkatan pengetahuan dan kemahiran di dalam aktiviti senamrobik disamping meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan mengamalkan cara hidup cergas dan sihat selepas ini.


“Program Senam Cergas Komuniti Hujung Minggu 2010 ini juga bertujuan untuk memupuk budaya hidup cergas, sihat dan bersatu kepada semua lapisan masyarakat hingga ke peringkat akar umbi,” katanya.


Tambah Harden lagi, pihaknya juga turut menyediakan sebanyak 30 buah hamper untuk cabutan nombor bertuah. Hadir sama pada mesyuarat berkenaan ialah wakil Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sri Aman iaitu, Osman Rosli dan Mary Leroy Anthony, Pemanca Sii Toh Peng, Kapitan Kuek Aik Seng serta ahli Jawatankuasa KSK yang lain.

Tamat....

Harden rasmi kempen chikungunya di Empadi.


Caption: BASMI...Harden (lima dari kiri) sedang menyempurnakan simbolik perasmian majlis ketika berlangsungnya program itu kelmarin.


SRI AMAN, Selasa (30 Mac) - Pejabat Kesihatan Bahagian Sri Aman telah mengiatkan usaha untuk membenteras penularan wabak demam denggi dan penyakit Chikungunya dikalangan penduduk di Bahagian Sri Aman.

Ia terbukti apabila Unit Promosi Kesihatan dan unit rancangan bekerjasama dengan Kolej Kesihatan telah menganjurkan Program Promosi Pencegahan Penyakit Chikungunya Bersama Pemimpin bertempat di Rumah Sali, Empadi Tengah, Batu Lintang Sri Aman kelmarin.

Pegawai Penerangan Pejabat Kesihatan Bahagian Sri Aman, Gabriel Alexis berkata, tujuan utama program tersebut dijalankan adalah untuk mendidik masyarakat mengenai cara-cara pencegahan penyakit Chikungunya.

“Program Promosi Pencegahan Penyakit Chikungunya Bersama Pemimpin ini telah berlangsung selama di tiga hari itu bermula dari 25 Mac hingga 29 Mac lepas di Empadi Tengah, Batu Lintang Sri Aman.

“Program ini merupakan salah satu usaha pihak Pejabat Kesihatan Bahagian Sri Aman untuk mendidik orang ramai terutamanya masyarakat rumah panjang di sekitar Batu Lintang Sri aman cara-cara untuk mencegah penyakit Chikungunya dari lebih berleluasa di kawasan ini,” katanya.

Antara aktiviti yang telah dijalankan adalah seperti ceramah, pengedaran risalah, poster mengenai bahaya penyakit Chikungunya. Malah aktiviti gotong-royong juga turut diadakan bagi memusnahkan tempat-tempat pembiakan nyamuk di ketiga-tiga rumah panjang berkenaan.

Majlis perasmian penutupan program berkenaan telah disempurnakan oleh Menteri Muda Kemajuan Tanah iaitu Datuk Francis Harden anak Hollis merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri N.27 Simanggang.

Hadir sama ialah wakil Ahli Parlimen YB Tuan Masir Kujat, P202 Sri Aman iaitu Abah Unggi, Pegawai Daerah Sri Aman iaitu Bujang Haji Budin, Niponi anak Undek, Pengarah Kolej Kesihatan Awam Sarawak dan ketua-ketua jabatan kerajaan yang lain.

Tamat.

Larian Jogathon KRT Kampung Muhibbah 4 April ini

SRI AMAN, Selasa (30 Mac) – Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kampung Muhibbah akan menganjurkan Larian Jogathon 2010 di kawasan Kampung Muhibbah, Sri Aman pada 4 April ini.

Jurucakap penganjur iaitu Ramli Abu Sera ketika dihubungi memberitahu Larian Jogathon 2010 ini terbuka kepada semua penduduk Kampung Muhibbah dan KRT di bahagian Sri Aman mengikut kategori yang telah ditetapkan.

“Terdapat lapan kategori diketengahkan menerusi Larian Jogathon 2010 ini. Kategori A dan B ialah untuk Warga Emas 50 Tahun ke atas lelaki serta wanita, Kategori C dan D ialah untuk Remaja Lelaki 18 Tahun ke atas Lelaki dan Wanita, Kategori E dan F untuk Kanak-kanak Tahun 1 – 3 Lelaki dan Wanita.

“Dua lagi kategori iaitu G dan H adalah untuk Kanak-Kanak Tahun 4 – 6 bagi Lelaki dan Wanita. Larian Jogathon 2010 akan bermula pada jam 6.30 pagi bermula dari Masjid Darul Syarikin,” katanya.

Bayaran penyertaan untuk kategori warga Emas dan Remaja menurut Ramli ialah RM10 seorang manakala bayaran penyertaan bagi kategori Kanak-Kanak untuk Larian Jogathon ini pula ialah RM5 seorang.

Semua borang penyertaan katanya harus dikembalikan semula kepada pihak Urusetia KRT Kampung Muhibbah pada 2 April ini sebelum jam 5 petang iaitu Julaihi Bujang (019-856703), Ramli Abu Sera (013-8082173), Latifah Mantali (014-3925976), Yakub Mohammad (013-8476533) dan Ramlee Abdul Rahman (014-5864846).

“Setiap peserta hendaklah menggunakan nombor pelekat yang diberikan oleh pihak penganjur semasa pertandingan dimulakan. Sebarang bantahan tidak akan diterima atau dilayan dan keputusan pihak penganjur atau juri hakim adalah muktamad.

“Pihak kami juga tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kemalangan atau kecederaan terhadap peserta,” katanya sambil menambah bahawa hadiah akan diberikan kepada pemenang mengikut kategori dari tempat pertama hingga tempat ketiga sahaja.

Tamat.


Double R juara Petanque Sri Aman


Caption: UNTUK ALBUM...Shamshuddin (tengah belakang) merakamkan gambar kenangan bersama pasukan pemenang sebaik sahaja tamat pertandingan terbabit.

by Zaidil Haji Ripin


SRI AMAN, Selasa (30 Mac) – Pasukan Double R telah muncul sebagai juara Pertandingan Petanque Double Tertutup Bahagian Sri Aman / Betong 2010 yang berlangsung di Rumah MAKSAK, Sri Aman kelmarin.

Pasukan Double R yang dianggotai oleh Abang Rosni bin Abang Morsidi dan Radzuan Zerain telah membawa pulang hadiah berupa wang tunai bernilai RM300 dan piala setelah muncul juara untuk pertandingan tersebut.

Manakala itu kedudukan tempat ke-2 dalam pertandingan ini pula telah dimenangi oleh pasukan D’Pakit yang dianggotai oleh Napiee Abang dan Ismail Lidi.

Napiee dan Ismail berjaya membawa pulang hadiah berupa wang tunai bernilai RM200 dan sebuah piala setelah menduduki tempat ke-2 dalam Pertandingan Petanque Double Tertutup Bahagian Sri Aman / Betong 2010 itu.

Kedudukan tempat ke-3 dalam Pertandingan Petanque Double Tertutup Bahagian Sri Aman / Betong 2010 ini menyaksikan pasangan Anthoney Augustine dan Sham Judin muncul sebagai pemenang.

Pasangan Anthoney dan Sham menerusi pasukan Trio C telah berjaya membawa pulang hadiah berupa wang tunai bernilai RM100 beserta dengan piala pada pertandingan berkenaan.

Sementara itu tempat ke-4 dalam Pertandingan Petanque Double Tertutup Bahagian Sri Aman / Betong 2010 ini pula dimenangi oleh pasukan Bujang Simanggang yang dianggotai oleh Bahtiar Junaidi dan Lazarus Mason Andrew.

Majlis penyampaian hadiah kepada pasukan yang menang dalam Pertandingan Petanque Double Tertutup Bahagian Sri Aman / Betong 2010 ini telah dirasmikan oleh Residen Sri Aman, Abang Shamshuddin bin Abang Seruji.

Hadir sama ialah Setiausaha Jawatankuasa Rumah MAKSAK Sri Aman, Zaidil Haji Ripin. Sejumlah 25 buah pasukan telah mengambil bahagian dalam pertandingan yang berlangsung di Rumah MAKSAk Sri Aman terbabit.

Tamat.

Kemaskini alamat tempat tinggal kata Harden kepada pengundi


Caption: USAHA KERAJAAN...Harden (kiri) menyampaikan replika kunci kepada wakil penerima sambil disaksikan oleh hadirin dan penduduk di sini kelmarin.


SRI AMAN, Isnin (30 Mac) – Penduduk terutamanya para pengundi berdaftar harus sentiasa mengemaskini kedudukan alamat tempat tinggal masing-masing dengan pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mulai sekarang.

Menteri Muda Kemajuan Tanah, Datuk Francis Harden anak Hollis berkata tindakan ini merupakan langkah awal untuk para pengundi sendiri bagi menghadapi musim pilihan raya negeri atau umum ini kelak.

“Misalannya terdapat para pengundi berdaftar yang masih mempunyai alamat tempat tinggal di Kuching namun sudah menetap di bandar Sri Aman atas alasan perkahwinan atau pun kerja.

“Akibatnya ialah orang itu tidak akan dapat mengundi ketika berlangsungnya pilihan raya jika tidak mengemaskini alamat tinggalnya. Perkara ini harus dipandang serius oleh orang itu sendiri demi kepentingan kemajuan hidup masing-masing selepas itu,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Terima Kasih Kepada Pemimpin Serta Kerajaan Negeri Sarawak bertempat di Rumah Umbek Achat, Kampung Dayak Baru Kejatau petang kelmarin.

Selain itu Harden juga mahu Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) untuk membantu kerajaan menjayakan proses banci yang berlangsung di penempatan masing-masing selepas ini.

“JKKK termasuk Ketua Kampung atau Tuai Rumah perlu mengenalpasti jumlah penduduk baru dalam kawasan masing-masing untuk setiap 10 tahun sekali demi menjayakan proses banci di situ oleh kerajaan.

“Rekod jumlah penduduk di kawasan penempatan masing-masing menerusi proses banci itu kelak akan membolehkan kerajaan merangka pelan pembangunan yang terbaik untuk penduduk di masa akan datang,” katanya.

Hadir sama ialah Pegawai Perpaduan dan Integrasi Nasional Sri Aman, Mohd Yusli Nassir, Pegawai Belia dan Sukan Sri Aman, Syennier Jean Serit, wakil Pejabat Daerah Sri Aman, Rickson Jawa, wakil Ahli Parlimen Sri Aman, Abah Uggie, SAO Henry Kerang, Pengerusi JKKK KRT Kejatau, Sarap Bada dan Tuai Rumah Umbek Achat.

Harden menerusi majlis itu mengumumkan peruntukan bernilai RM3,000 untuk JKKK Rumah Umbek dan RM2,000 untuk biro wanita kampung berkenaan.

Seramai 10 orang penduduk dari kampung berkenaan menerima rumah baru hasil dari Program Bantuan Rumah (PBR) di bawah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) yang mencatatkan kos pembinaan bernilai RM40,000 bagi setiap satu rumah berkenaan.

Tamat.

Banjir daa


MINTA TINDAKAN SEGERA...Penduduk dari kawasan Taman Bayu B, Sri Aman merayu Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) menyelesaikan masalah banjir yang sering melanda kawasan penempatan mereka apabila hujan lebat turun selama 10 minit sebelum ini. Penduduk di situ mendakwa bahawa kegagalan sistem peparitan untuk menampung jumlah takungan air hujan yang banyak telah menyebabkan berlakunya banjir di Taman Bayu B. Difahamkan bahawa PBT pernah tampil untuk mengubahsuai semula sistem peparitan di situ namun masih gagal menyelesaikan masalah terbabit sehingga sekarang. - 30 Mac

pix by Evelyn from Bayu B

Manfaatkan segala kemudahan pendidikan


Caption: TERIMA KASIH...Lawson (kanan) ketika menerima cenderamata daripada Jubin (kiri) pada majlis berkenaan.

DEBAK, Isnin (30 Mac) – Penduduk di kawasan Betong harus memanfaatkan kemudahan pendidikan yang terdapat di Bandar Betong demi masa depan hidup masing-masing selepas ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Saban, Robert Lawson Chuat berkata Betong kini boleh dikatakan sebagai salah sebuah hub pendidikan dalam kawasan wilayah tengah Sarawak yang seharusnya dimanfaat sebaik mungkin oleh penduduk tempatan di sini mulai sekarang.

“Kini anda dapat menyaksikan bahawa Betong mempunyai banyak sekolah termasuk Maktab Rendah Sains Mara yang dibina oleh kerajaan menerusi usaha gigih para wakil rakyatnya iaitu Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang dan Dato Sri Douglas Uggah Embas.

“Lagipun kerajaan juga sedang dalam perancangan untuk membina sebuah politeknik di Betong selepas ini. Justeru jika kemudahan pendidikan ini tidak dimanfaatkan sepenuhnya maka ia memberi kerugian terhadap penduduk itu sendiri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Merarau 2010 anjuran Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan (JKKK) dan Biro Wanita Babu Tengah dalam kawasan daerah kecil Debak, Betong kelmarin.

Selain itu Lawson juga mahu penduduk Betong menilai sedalam-dalamnya sumbangan yang diberikan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam membangunkan hidup mereka selama ini.

“Projek Agropolitan Bukit Sadok di Betong juga bakal mengubah hidup penduduk dari segi ekonomi selepas ini menerusi perlaksanaan pelbagai projek pertanian di situ pada masa akan datang.

“Justeru penduduk haruslah menyokong penuh BN untuk merasai nikmati kemajuan yang berterusan dari kerajaan selepas ini,” kata beliau yang seterusnya mengumumkan peruntukan RM5,000 kepada JKKK rumah panjang berkenaan.

Hadir sama ialah Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Dato Sri Douglas Uggah Embas, Pegawai Daerah Betong, Friday Belik, Penolong Pengarah Jabatan Pertanian Bahagian Betong, Wilson Entebang, Setiausaha Politik kepada Uggah iaitu Dr Richard Rapu, Tuai Rumah Babu Tengah, Jawat Danggat, Pengerusi JKKK Babu Tengah, Jubin Alap, para pegawai kerajaan dan ketua kaum dari kawasan Betong.

Tamat.





28 March, 2010

Jangan malu adu masalah kepada YB - simoi


Caption: MINAT...Simoi (dua kanan) sedang mendengar penerangan dari Balkis (dua kanan) tentang menu masakan pada majlis itu. Turut kelihatan ialah Golnar (kanan sekali) dan Norhayati (kiri sekali).

SRI AMAN, Ahad (28 Mac) – Rakyat tidak harus segan untuk mengadu masalah diri atau komuniti masing-masing terhadap wakil rakyat dalam kawasan mereka demikian menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Hajah Simoi binti Haji Peri.

Katanya rakyat tidak harus segan untuk berbuat demikian memandangkan wakil rakyat bertanggungjawab bagi menyelesaikan segala masalah yang timbul dikalangan rakyat dalam kawasannya selama ini.

“Wakil rakyat tidak akan tahu masalah yang melanda rakyat dalam kawasannya jika rakyat segan untuk melaporkan masalah membabitkan diri mereka atau komuniti masing-masing selepas ini.

“Setiap masalah yang dilapor akan kita cuba kita selesaikan. Jika masalah itu serius kami sebagai wakil rakyat akan cuba bawa isu terbabit ke peringkat lebih tinggi dan jika tidak mungkin hanya akan kami selesaikan di peringkat kawasan sahaja,” katanya.

Simoi berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Jamuan Tea (Suai Kenal) anjuran Pergerakan Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) N.23 Lingga bertempat di Stesen Pemerhati Benak, Sri Aman kelmarin.

Selain itu beliau juga menasihatkan rakyat dalam kawasan DUN Lingga untuk menolak segala hasutan oleh pihak pembangkang lebih-lebih lagi ketika menjelang pilihan raya negeri kelak.

“Saya berharap agar rakyat bijak menilai mana-mana pihak yang pernah memberikan sumbangan terhadap pembangunan hidup mereka selama ini sebelum melakukan tindakan seterusnya pada pilihan raya nanti.

“Kerajaan akan terus membangunkan hidup rakyat. Justeru bernaung di bawah kerajaan Barisan Nasional (BN) adalah merupakan satu tindakan bijak untuk kemajuan hidup diri,” katanya.

Hadir sama ialah Ketua Pergerakan Wanita PBB N.23 Lingga, Balkis Haji Abdul Hamid, Pengerusi MAKSAK Wanita Sri Aman, Golnar Daud, Pengerusi PERKEP Sri Aman, Rohana Ismawi dan wakil Timbalan Residen Sri Aman, Norhayati Ahmad.

Majlis diceriakan lagi dengan pertandingan gubahan, masakan, jualan, persembahan karaoke, permainan tersembunyi atau misteri, ratu anggun, cabutan tiket bertuah dan jamuan minuman serta makanan untuk para hadirin.

Tamat.

PTK bakal transformasikan Sarawak


Caption: RASMI...Uggah (tengah) sambil diapit oleh Lawson (dua kanan) dan tetamu jemputan khas yang lain ketika menyempurnakan upacara memotong kek sempena majlis itu hari ini.

DEBAK, Ahad (28 Mac) – Perlaksanaan Program Transformasi Kerajaan (PTK) dijangka mampu mengimbangi tahap pembangunan di antara Sarawak dengan lain-lain negeri di Semenanjung Malaysia selepas ini.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Dato Sri Douglas Uggah anak Embas berkata perlaksanaan PTK yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Najib Tun Razaj juga tepat pada masanya untuk merapatkan lagi jurang pembangunan antara penduduk Bumiputera dan Bukan Bumiputera dalam negara ini.

“Banyak faedah hasil dari program atau projek pembangunan yang dilaksanakan oleh kerajaan tidak sampai secara menyeluruh kepada penduduk khususnya Bumiputera sebelum ini.

“Justeru PTK diperkenal untuk membolehkan jabatan dan agensi kerajaan bekerja lebih pantas berbanding had masa sebelumnya untuk melaksana dan menyelesaikan segala masalah pembangunan penduduk selepas ini,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Betong berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Merarau 2010 anjuran Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan (JKKK) dan Biro Wanita Babu Tengah dalam kawasan daerah kecil Debak, Betong hari ini.

Selain itu pengenalan PTK menurut Uggah juga secara tidak langsung membuktikan bahawa pelaksanaan konsep 1Malaysia sebelum ini bukanlah hanya sekadar retorik politik oleh Najib.

“PTK seperti mana juga seperti perlaksanaan KPI dan NKRA menunjukkan komitmen penuh Perdana Menteri dalam mewujudkan proses pembangunan lebih menyeluruh untuk semua penduduk berbilang kaum dalam negara ini selaras dengan perlaksanaan konsep 1Malaysia.

“Ini adalah merupakan usaha gigih pihak kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk mempertingkatkan taraf hidup ke arah lebih tinggi bag semua penduduk dalam Malaysia pada masa akan datang,” katanya.

Uggah menerusi majlis itu mengumumkan peruntukan bernilai RM50,000 untuk menyelesaikan masalah tanah runtuh yang berlaku berhampiran dengan Rumah Panjang Babu Tengah, Debak sebelum itu.

Beliau juga turut mengumumkan peruntukan bernilai RM5,000 untuk JKKK Rumah Jawat anak Danggat. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Saban, Robert Lawson Chuat yang turut hadir pada majlis berkenaan juga mengumumkan peruntukan bernilai RM5,000 kepada JKKK rumah panjang berkenaan.

Hadir sama ialah Pegawai Daerah Betong, Friday Belik, Penolong Pengarah Jabatan Pertanian Bahagian Betong, Wilson Entebang, Setiausaha Politik kepada Uggah iaitu Dr Richard Rapu,, Tuai Rumah Babu Tengah, Jawat Danggat, Pengerusi JKKK Babu Tengah, Jubin Alap, para pegawai kerajaan dan ketua kaum dari kawasan Betong.

Tamat.

Jangan terpedaya dengan fitnah internet


Caption: PENGHARGAAN...Rayong (kanan) bersalaman dengan Tr Pawi sebaik sahaja menerima cenderahati berupa Baju Burung ketika berlangsungnya majlis berkenaan.

ENGKILILI, Ahad (28 Mac) – Rakyat dinasihat agar tidak mudah terpedaya dengan fitnah yang memburuk-burukan wakil rakyat Barisan Nasional (BN) di laman web internet pada masa sekarang.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Engkilili, Dr Johnnical Rayong anak Ngipa berkata telah timbul fitnah di beberapa buah laman web internet yang mendakwa bahawa wakil rakyat BN bertindak menjual tanah milik rakyat sebelum ini.

“Jika rakyat mempunyai bukti yang cukup berhubung perkara ini maka saya mencabar mereka untuk tampil mendakwa wakil rakyat yang bertanggungjawab ke mahkamah selepas ini.

“Fitnah itu sebenarnya tidak benar sama sekali. Wakil rakyat BN sebenarnya telah turun padang untuk membantu rakyat membangunkan tanah masing-masing dan bukannya menjual tanah mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Berandau / Forum Penanaman Getah di Rumah Pawi anak Lamoh, Danau dalam daerah kecil Engkililili pada hari Khamis lepas.

Rakyat kata Rayong seharusnya perlu menghulurkan kerjasama masing-masing terhadap wakil rakyat demi membolehkan kerajaan melaksana pelbagai projek pembangunan di tanah mereka selepas ini.

“Fitnah dalam internet berhubung isu ini sentiasa diwar-warkan oleh pihak tertentu demi kepentingan politik masing-masing disamping cubaan untuk melemahkan sokongan rakyat itu sendiri terhadap kerajaan BN.

“Jangan percaya fitnah seperti itu. Sebaliknya marilah kita bersama-sama untuk menjayakan gelombang ke-2 politik pembangunan yang diilhamkan oleh Ketua Menteri, Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud,” katanya.

Hadir sama ialah Menteri Kemajuan Tanah, Datuk Francis Harden Hollis, Menteri Muda Permodenan Pertanian (Pertubuhan Peladang dan Koperasi), Datuk Peter Nyarok Entrie, Ahli Parlimen Lubok Antu, William Nyalau Badak, ADUN Batang Ai, Malcom Mussen Lamoh,Setiausaha Tetap Kementerian Kemajuan Tanah, Datu Jaul Sameon dan pemangku Pengurus Besar PPK Sarawak, Peter Umak.

Tamat.

Penduduk Kampung Serabang Betong bakal terima masjid baru


Caption: IKHLAS...Wahbi (kiri) menyampaikan replika cek kepada Hajemi (kanan) sambil disaksikan oleh Ustaz Hassanudin AJK Pengurusan Pembinaan Masjid Baru Kampung Serabang yang lain.


BETONG, Ahad (28 Mac) – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Saribas, Dr Haji Wahbi Junaidi telah menyumbang sebanyak RM20,000 bagi membantu membina sebuah masjid baru untuk penduduk Kampung Serabang, Betong pada tahun ini.

Beliau telah menghulurkan sumbangan bernilai RM20,000 berkenaan menerusi Majlis Penyampaian Cek kepada Tabung Pengurusan Pembinaan Masjid Baru Kampung Serabang bertempat di Masjid Darul Naim, Kampung Serabang, Betong baru-baru ini.

Masjid baru berkonkrit yang bakal dibina itu nanti dijangka menelan kos pembinaan sebanyak RM500,000 dan akan dibuka tendernya pada bulan April tahun ini.

Terdahulu Wahbi menerusi ucapan ringkasnya pada majlis berkenaan berharap agar penduduk Kampung Serabang dapat menganjurkan lebih banyak aktiviti keagamaan di masjid baru itu kelak.

Beliau mahu masjid baru itu nanti berfungsi untuk menjadi pusat aktiviti keagamaan yang aktif di Kampung Serabang dan bukan hanya sekadar menjadi tempat untuk menunaikan ibadat sembahnyang.

“Ia merupakan salah satu langkah untuk menegak dan menyebarkan syiah Islam di kalangan penduduk dalam kawasan ini khususnya di Kampung Serabang Betong.

“Selain menjadi bukti keprihatinan kerajaan dalam membangunkan hidup penduduk sumbangan ini juga sekaligus menunjukkan komitmen kerajaan untuk menjadikan agama sebagai elemen keamanan di negeri ini,” katanya.

Beliau juga mahu Ahli Jawatankuasa (AJK) masjid baru itu kelak untuk berperanan sebagai penggerak utama dalam apa jua aktiviti yang menjurus kepada peningkatan akidah dan akhlak khususnya kepada golongan generasi muda.

Hadir sama dalam majlis itu Pengerusi AJK Pengurusan Pembinaan Masjid Baru Kampung Serabang iaitu Mohd Hajemi bin Haji Omar, Ustaz Hassanudin bin Bujang dari Jabatan Agama Islam Betong dan Imam Masjid Darul Naim, Haji Jamil bin Karim.

Tamat.

Lundu dan Sri Aman dipilih untuk projek benih padi


Caption: PENJELASAN...Rohani ketika menyampaikan ucapannya pada majlis terbabit baru-baru ini.

SRI AMAN, Ahad (28 Mac) – Dua buah lokasi di Sarawak telah dipilih bagi menjayakan Projek Perintis Pengeluaran Padi MR219 menerusi penganjuran Hari Ladang Mardi di negara ini demikian menurut Timbalan Menteri Pertanian, Datuk Hajah Rohani Abdul Karim.

Menurut beliau dua buah lokasi di Sarawak yang dipilih untuk menjayakan Projek Perintis Pengeluaran Padi MR219 ini ialah Kampung Melayu Sekait, Sri Aman dan Tanjung Purun, Lundu.

Projek Perintis Pengeluaran Padi MR219 di Kampung Sekait, Sri Aman kata Rohani membabitkan penyertaan sejumlah 21 orang peserta dengan tanah berkeluasan lima hektar manakala projek di Tanjung Purun, Lundu pula membabitkan penyertaan seramai 41 orang peserta menerusi tanah berkeluasan 10.17 hektar.

“Ia merupakan salah satu projek di bawah strategi pelaksanaan Dasar Jaminan Bekalan Makanan, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia bagi tahun 2008 hingga 2010 yang menelan belanja RM270,000 (Sekait dan Purun).

“Matlamat projek yang dijayakan dengan sinergi MARDI, Jabatan Pertanian Bahagian Sri Aman, Pertubuhan Peladang Kawasan Batang Lupar dan Pejabat Residen Sri Aman. ini adalah untuk meningkatkan purata pengeluaran hasil padi sekurang-kurangnya satu tan perhektar pada tahun terakhir 2010,” katanya.

Rohani yang juga Ahli Parlimen Batang Lupar berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Pelancaran Hari Ladang Mardi (Projek Perintis Pengeluaran Padi MR219 Kawasan Batang Lupar) di Kampung Melayu Sekait, Sri Aman baru-baru ini.

Selain itu kerajaan katanya akan menggunakan benih padi MR219 untuk jangkamasa menanam sehingga tiba musim menuai dalam tempoh 105 hari nanti di kedua-dua lokasi projek perintis berkenaan.

Asas pelaksanaan projek perintis kata Rohani adalah berdasarkan kepada pakej teknologi seperti dalam Manual Teknologi Penanaman Padi Lestari manakala kaedah penanaman yang digunakan adalah dengan cara menanam terus ke ladang daripada tapak semaian benih padi (25-30 hari).

“Sebenarnya projek yang menelan belanja sebanyak RM4.22 juta ini dilaksanakan di lapan kawasan jelapang dan lima kawasan luar jelapang dalam seluruh Malaysia melibatkan luas kawasan tanah penanaman sebanyak 247.23 hektar menerusi penyertaan 201 orang petani.

“Keseluruhan pencapaian projek perintis pada musim pertama (2008 / 2009) telah meningkat dengan ketara berbanding sebelum projek dilaksanakan menerusi rekod hasil antara 3.63 hingga 4.6 tan perhektar bagi kawasan luar jelapang dan dari 4.01 hingga 7.99 tan perhektar bagi kawasan jelapang

Justeru Rohani berharap agar projek perintis dapat dilaksana dengan jayanya selaras dengan hasrat kerajaan untuk mewujudkan Jelapang Padi Ke-9 Negara di kawasan Bijat / Stumbin, Lingga.

“Kementerian telah memohon peruntukan sebanyak RM250 juta bagi pelaksanaan projek ini dalam RMK Ke-10 daripada pihak agensi pusat disamping menubuhkan sebuah IADA di kawasan ini bagi menguruskan jelapang padi terbabit,” tambah beliau.

Hadir sama ialah Pegawai Daerah Sri Aman, Bujang Mudin dan Timbalan Residen Sri Aman, Desmond Douglass Jerukan.

Tamat.

Betong sambut ulangtahun ke-8 jadi Bahagian



Caption:

1.TERIMA KASIH...Luta (kanan) menyampaikan cenderamata kepada Romie (kiri) ketika berlangsungnya kempen itu kelmarin.

2.MERIAH...Antara penduduk yang turun padang untuk menjayakan kempen Gotong-Royong di Bandar Betong kelmarin.

By Saleman Senin, Pejabat Pelajaran Daerah Betong

BETONG, Sabtu (27 Mac) – Sambutan ulang tahun Ke-8 Betong menjadi Bahagian Ke-11 dalam Sarawak menjadi cukup bermakna apabila sejumlah 450 orang penduduk turun padang untuk menjayakan Kempen Gotong Royong Membersih Bandar Betong bermula jam 7.30 pagi kelmarin.

Kesemua penduduk yang turun padang dalam program berkenaan adalah dari 41 buah jabatan kerajaan, pertubuhan, persatuan, Badan Bukan Kerajaan (NGO), kampung dan agensi yang ada dalam bahagian Betong terbabit.

Program anjuran Majlis Daerah Betong yang turut diserikan lagi dengan kehadiran kakitangan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Betong itu telah dirasmikan Residen Bahagian Betong, Datu Romie Sigan Daniel.

Romie ketika berucap pada majlis berkenaan menjelaskan bahawa program terbabit bertujuan untuk memeriahkan lagi suasana Sambutan Ulang Tahun ke-8 Betong menjadi Bahagian Ke-11 dalam negeri Sarawak.

“Sambutan telah diadakan pada setiap tahun semenjak gabungan daerah Betong dan Saratok diiktiraf oleh kerajaan menjadi Bahagian Ke-11 dalam negeri ini pada 26 Mac 2002.

“Pelbagai aktiviti telah dirancang bagi menjayakan sambutan. Justeru diharap agar penduduk Betong dapat menghargai nikmat pembangunan dan keamanan yang mereka kecapi semenjak lapan tahun yang lepas,” katanya.

Selain Romie juga menyeru kepada penduduk Betong untuk bersama-sama bagi menyumbang usaha ke arah pembangunan dan kesejahteraan Bandar Betong di masa akan datang.

Betong menurut beliau tidak lagi dianggap sebagai sebuah pekan sebaliknya telah diiktiraf sebagai sebuah bandar yang membangun menerusi hasil usaha kerajaan sebelum ini.

“Pembinaan kawasan rekreasi juga telan dirancang. Pembangunan kawasan bandar baru Betong akan lebih memberi tumpuan kepada kehadiran pelancong-pelancong dari luar untuk datang ke Betong.

“Pembangunan yang pesat di Bahagian Betong membuktikan bahawa kerajaan prihatin dalam merealisasikan visi ‘Rakyat didahulukan Pencapaian diutamakan’ selama ini,” katanya.

Turut hadir dalam majlis berkenaan ialah Setiausaha Majlis Daerah Betong, Anthony Luta. Pelbagai program telah dirancang oleh Pejabat Residen bersempena dengan sambutan berkenaan antaranya ialah Majlis Makan Malam di Dewan Datuk Amar Stephen Kalong Ningkan malam ini.

Tamat.

selesai pertelingkahan tanah sebelum join projek tanah kerajaan - Harden


Caption: ADAT...Harden (tengah) bersama (dari kanan) Nyalau, Nyarok, Rayong dan Sameon ketika sedang menyempurnakan upacara miring di Rumah Pawi kelmarin.

ENGKILILI, Sabtu (27 mac) – Pemilik Tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) harus menyelesaikan persengketaan berhubung hal tanah masing-masing sebelum bersetuju menyertai program pembangunan tanah yang akan dilaksana oleh kerajaan selepas ini.

Menteri Muda Kemajuan Tanah, Datuk Francis Harden anak Hollis berkata terdapat beberapa kes penangguhan program pembangunan tanah di sesuatu kawasan dalam negeri ini berhubung persengketaan yang berlaku dikalangan pemilik NCR sebelum itu.

“Projek pembangunan tanah bukan sahaja membabitkan projek pertanian secara komersial di kawasan tanah berkenaan malahan turut membabitkan kerja penyediaan kemudahan jalan raya dan lain-lain infrastruktur di situ.

“Jika ada pemilik tanah NCR untuk salah satu kawasan tanah dalam lingkungan projek berkenaan bersengketa dengan pemilik tanah yang lain maka program terbabit tidak akan berjalan dengan lancar. Lebih malang lagi ia mungkin akan terbatalkan,” menurut beliau.

Beliau yang juga Pengerusi Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Negeri Sarawak berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Berandau / Forum Penanaman Getah di Rumah Pawi anak Lamoh, Danau dalam daerah kecil Engkililili kelmarin.

Harden yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang mahu semua pemilik tanah NCR sebulat suara untuk setuju sebelum menyertai program pembangunan tanah yang mahu dilaksakana oleh kerajaan selepas ini.

“Lagipun pemilik tanah NCR harus sedar bahawa program pembangunan tanah di kawasan masing-masing akan memberi faedah pembangunan terhadap penduduk dalam kawasan masing-masing.

“Justeru lakukan ini demi kebaikan anak-anak anda di masa akan datang,” katanya sambil menambah bahawa pembabitan penduduk dalam program pembangunan tanah akan membolehkan tanah NCR masing-masing didokumentasi oleh kerajaan selepas itu.

Harden menerusi majlis berkenaan telah mengumumkan peruntukan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) bernilai RM3,000 kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan (JKKK) Rumah Pawi manakala RM3,000 untuk biro wanita rumah panjang berkenaan.

Hadir sama ialah Menteri Muda Permodenan Pertanian (Pertubuhan Peladang dan Koperasi), Datuk Peter Nyarok Entrie, Ahli Parlimen Lubok Antu, William Nyalau Badak, ADUN Batang Ai, Malcom Mussen Lamoh, ADUN Engkilili, Dr Johnnical Rayong Ngipa, Setiausaha Tetap Kementerian Kemajuan Tanah, Datu Jaul Sameon dan pemangku Pengurus Besar PPK Sarawak, Peter Umak.

Tamat

Petani digalak amal konsep pertanian itu perniagaan - Nyarok


Caption: PENGHARGAAN...Tr Pawi (kiri) berjabat tangan dengan Nyarok (kanan) sebaik sahaja menyampaikan cenderahati berupa ‘Baju Burung’ pada majlis itu kelmarin.


ENGKILILI, Sabtu (27 Mac) – Golongan petani dari kawasan luar bandar digalak untuk mengamalkan konsep ‘pertanian adalah perniagaan’ untuk meningkatkan taraf hidup masing-masing selepas ini.

Menteri Muda Permodenan Pertanian (Pertubuhan Peladang dan Koperasi), Datuk Peter Nyarok Entrie berkata amalan konsep ini amat penting untuk menukar minda golongan petani yang hanya gemar mengamalkan aktiviti pertanian sara diri.

“Malahan konsep ‘pertanian adalah perniagaan’ juga bertujuan untuk menyedarkan golongan pemilik Tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) supaya memanfaatkan tanah yang tidak diusahakan oleh mereka sebelum ini bagi tujuan pertanian secara komersial.

“Jika golongan petani luar bandar dapat mengamalkan konsep ini nescaya mereka mampu menikmati pendapatan yang lebih tinggi iaitu RM700 hingga RM2,000 sebulan ketika negara berada dalam era abad ke-21 pada masa sekarang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Berandau / Forum Penanaman Getah anjuran Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Negeri Sarawak di Rumah Pawi anak Lamoh, Danau dalam daerah kecil Engkililili kelmarin.

Selain itu Nyarok juga tidak mahu pemilik tanah NCR berasa gusar sekiranya mahu menyertai projek pertanian komersial yang ditawarkan oleh kerajaan kepada mereka dengan kerjasama pemaju yang sah selepas ini.

“Ia cukup mudah kerana kerajaan dan pemaju akan menyediakan peruntukan kewangan manakala pemilik tanah NCR pula hanya menyediakan tanah bagi mejayakan projek pertanian komersial di tanah masing-masing.

“Apabila projek terbabit membuahkan hasil maka pemilik tanah NCR itu sendiri akan menikmati faedah pelaburan menerusi penyertaan terhadap projek pembangunan tanah yang telah mereka setujui sebelum itu,” katanya.

Justeru beliau berharap agar pihak tertentu tidak menjadikan hal penggunaan tanah penduduk untuk tujuan pertanian komersial menjadi satu isu bagi tujuan politik di masa akan datang.

Hadir sama ialah Menteri Muda Kemajuan Tanah, Datuk Francis Harden Hollis, Ahli Parlimen Lubok Antu, William Nyalau Badak, ADUN Batang Ai, Malcom Mussen Lamoh, ADUN Engkilili, Dr Johnnical Rayong Ngipa, Setiausaha Tetap Kementerian Kemajuan Tanah, Datu Jaul Sameon dan pemangku Pengurus Besar PPK Sarawak, Peter Umak.

Tamat

Kukuhkan hubungan dengan polis kata Wahbi kepada rakyat


Caption: PENGHARGAAN...Bukhori (kanan) ketika menyampaikan cenderamata kepada Wahbi (kiri) pada majlis itu.

by Abang Daud, IPD Betong

BETONG, Sabtu (27 Mac) – Penduduk harus mengukuhkan lagi hubungan kerjasama mereka terhadap pihak polis demi keselamatan dan kesejahteraan hidup selepas ini demikian menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Saribas, Dr Haji Wahbi Junaidi.

Katanya pihak polis memerlukan kerjasama yang cukup tinggi daripada orang ramai demi membenteras kemungkinan berlakunya kes jenayah di kawasan penempatan masing-masing dari masa ke semasa.

“Polis merupakan sebuah pasukan keselamatan yang unggul. Fungsi mereka akan lebih menyerlah sekiranya penduduk sama-sama turun padang untuk menjayakan kerja polis menjaga keselamatan penempatan masing-masing.

“Justeru saya berharap agar penduduk lebih serius berhubung isu ini. Keselamatan hidup dan harta benda masing-masing bergantung sepenuhnya kepada hubungan kerjasama masing-masing dengan polis selepas ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Tahlil dan Doa Selamat bersempena dengan Peringatan Hari Polis Ke-203 bertempat di Surau An-Najah, Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Betong malam kelmarin.

Terdahulu Majlis Tahlil dan Doa Selamat anjuran Bahagian Agama dan Kaunseling [BAKA] IPD Betong dengan kerjasama AJK Surau An-Najah, IPD Betong telah dimulakan dengan Solat Maghrib.

Majlis diteruskan dengan bacaan tahlil dan doa selamat sempena hari polis ke 203 sebelum disusuli dengan Tazkirah oleh penceramah jemputan iaitu Ustaz Kamaruddin bin Mohamad iaitu Guru Agama dari Sekolah Kebangsaan Abang Abdul Kadir Betong.

Sambil merakamkan ucapan tahniah terhadap Sarjan Mejar Mohd. Hajemi Bin Hj Omar dan Kopral Rozman bin Tahassan yang dinaikkan pangkat sebelum ini Wahbi juga turut menyumbangkan peruntukan berjumlah RM8,000 kepada Surau An-Najah, IPD Betong.

Hadir sama ialah Ketua Polis Daerah Betong, DSP Mohd Bukhori Saffai, Pengerusi Surau An-Najah IPD Betong, Inspektor Jumazanzahir, Setiausaha Surau An -Najah IPD Betong, SM Mohd Hajemi Haji Omar Tuan Imam Masjid Jamek Betong, Abang Dahlan bin Abg Yaman.

Majlis diakhiri dengan solat isya berjemaah dan jamuan ringan yang telah disediakan oleh PERKEP IPD Betong.

Tamat.

Bank Rakyat Sri Aman anjur kempen guna tali pinggang keselamatan


Caption: UTAMAKAN KESELAMATAN...Roslan sedang menyampaikan sticker kempen kepada seorang pengguna ketika berlangsungnya program terbabit.

SRI AMAN, Sabtu (27 Mac) – Bank Rakyat cawangan Sri Aman telah menganjurkan Kempen Keselamatan Pengunaan Tali Pinggang Keselamatan bertempat di hadapan Hospital Bahagian Sri Aman baru-baru ini


Pengurus Bank Rakyat cawangan Sri Aman, Roslan Ali ketika ditemui berkata kempen terbabit bertujuan untuk menyedarkan penggunaan kenderaan termasuk kereta dan lori untuk menggunakan tali pinggang keselamatan ketika memandu untuk sepanjang masa.

“Saya percaya masih ramai pengguna kenderaan di bandar Sri Aman yang tidak menitikberatkan penggunaan tali pinggang keselamatan ketika memandu kenderaan masing-masing di atas jalan raya.

“Justeru pihak Bank Rakyat telah mengadakan kempen ini untuk menyedarkan pengguna kenderaan agar mengutamakan keselamatan diri dengan memakai tali pinggang keselamatan masing-masing selepas ini,” katanya.

Untuk menjayakan kempen ini kata Roslan, pihak Bank Rakyat Sri Aman telah mengedarkan sticker kesedaran penggunaan tali pinggang keselamatan kepada 15 orang pengguna kenderaan pertama ketika berlangsungnya kempen itu kelak.


Malahan pihak beliau juga telah mengedarkan risalah mengenai produk-produk yang ditawarkan oleh Bank Rakyat cawangan Sri Aman kepada pengguna kenderaan dalam bandar ini.


“Kami berharap agar Kempen Keselamatan Pengunaan Tali Pinggang Keselamatan ini dapat menyedarkan semua pengguna kenderaan dalam bandar Sri Aman di masa akan datang.


“Menerusi kempen ini kami ingin membuktikan kepada semua pihak bahawa Bank Rakyat bukan hanya sekadar mengutamakan hal perniagaan kewangan malah turut menitikberatkan keselamatan pengguna kenderaan dalam bandar ini,” katanya


Kempen Keselamatan Pengunaan Tali Pinggang Keselamatan yang akan berlangsung berdekatan dengan kawasan Jejantas di laluan Jalan Hospital terbabit telah bermula dari jam 9 hingga jam 10 pagi.

Hadir sama ialah kakitangan Bank Rakyat cawangan Sri Aman iaitu Zamari Rajali Rajak, Abdul Harun Sa’adi, Azmil Sulaiman dan anggota polis trafik dari Ibupejabat Polis Daerah Sri Aman.


Tamat.

25 March, 2010

Sri Aman belum perlukan Balai Polis Bergerak - Jusoh


Caption: SELAMAT ULANGTAHUN...Jusoh (tengah) sambil diapit oleh Simoi (kanan) dan Wahbi (kiri) ketika memotong kek sempena ulangtahun Ke-203 Peringatan Hari Polis di IPD Sri Aman hari ini.

SRI AMAN, Khamis (25 Mac) – Sri Aman belum berada di peringkat ‘terdesak’ untuk memerlukan perkhidmatan Balai Polis Bergerak (BPB) seperti yang telah diluluskan di bawah inisiatif Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) sebelum ini.

Terdahulu NKRA telah meluluskan penggunaan sejumlah 30 buah bas mini dan 60 buah van bagi tujuan perkhidmatan BPB di kawasan-kawasan yang ‘panas’ dari segi kegiatan jenayah dalam negara ini.

Ketua Polis Daerah Sri Aman, DSP Mat Jusoh bin Muhammad berkata perkhidmatan BPB masih belum diperlukan memandangkan Sri Aman masih mencatat kadar indeks jenayah yang amat rendah pada masa sekarang.

“Kita percaya bahawa perkhidmatan BPB akan dihantar ke Sri Aman pada masa akan datang. Bagaimanapun buat masa kini kawasan Sri Aman masih mencatatkan indeks kadar jenayah yang masih rendah.

“Justeru pihak Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Sri Aman masih belum terdesak untuk mendapatkan perkhidmatan BPB ini buat masa sekarang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Utusan Sarawak sebaik sahaja selesai Majlis Perhimpunan Memperbaharui Ikrar sempena dengan Peringatan Hari Polis Ke-203 bertempat di Padang Kawad, IPD Sri Aman hari ini.

Sementara itu Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa bin Tan Sri Haji Hassan menerusi perutusannya yang dibacakan oleh Jusoh pada perhimpunan terbabit menyeru semua warga polis untuk ‘bersikap berani kerana benar, berintegriti demi jati diri’ mulai sekarang.

“Ia penting supaya kita dapat bergerak keluar dari ‘kemuraman awam mendung’ persepsi negatif rakyat disamping mempamerkan keutuhan diri yang berkualiti tinggi di masa akan datang,” katanya.

Hadir sama ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Hajah Simoi Haji Peri, ADUN Saribas, Dr Haji Wahbi Junaidi, Majistret Sri Aman, Zulhairil Sulaiman, para pegawai kanan, anggota pangkat rendah dan kakitangan awam IPD Sri Aman.

Sejumlah 400 orang anggota polis, anggota polis bantuan SESCO dan kadet polis dari beberapa buah sekolah dalam bandar ini menghadiri Majlis Perhimpunan Memperbaharui Ikrar sempena dengan Peringatan Hari Polis Ke-203 di Padang Kawad, IPD Sri Aman bermula jam 7.45 pagi hari ini.

Tamat.

Budayakan penyebaran Quran - Simoi



Caption:

1.SERIUS...Simoi (tengah) ketika sedang menyaksikan Majlis Tilawah Al-Quran dan Pertandingan Nasyid yang berlangsung malam tadi.

2.FOKUS...Seorang peserta Qari ketika sedang bertanding dalam Majlis Tilawah Al-Quran malam tadi.

SRI AMAN, Khamis (25 mac) - Usaha untuk menghargai ajaran yang terkandung dalam kitab Al-Quran perlu dijadikan sebagai sebuah budaya yang berterusan dikalangan masyarakat Islam dalam bandar Sri Aman selepas ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Hajah Simoi binti Haji Peri berkata budaya ini amat penting demi memastikan ajaran suci yang terkandung dalam kitab Al-Quran terus disemai dan terpelihara dikalangan umat Islam dari masa ke semasa.

“Disamping itu kewujudan budaya terbabit juga amat penting untuk mengelakkan umat Islam khususnya para belia dari terjebak dalam kegiatan tidak moral yang boleh mengoncang akidah masing-masing terhadap agama.

“Malahan dengan adanya budaya berterusan seperti itu masyarakat Islam khusus sekali di kawasan Sri Aman akan menghafal dan melafazkan ayat Al-Quran dengan lebih baik selepas ini,” katanya.

Simoi berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Tilawah Al-Quran dan Pertandingan Nasyid Peringkat Bahagian Sri Aman 1431H / 2010M bertempat di Masjid Darul Syakirin, Kampung Muhibbah Sri Aman malam tadi.

Selain itu masyarakat Islam menurut beliau juga harus memperkuatkan mental dan kekuatan fizikal masing-masing dengan menguasai segala ilmu pengetahuan yang sedia ada pada masa sekarang.

“Dengan berbuat demikian mereka (masyarakat Islam) akan lebih dihormati oleh lain-lain komuniti dan tidak akan dipandang selangkah ke belakang selepas ini,” katanya.

Hadir sama pada majlis itu ialah Residen Sri Aman, Abang Shamshuddin Abang Seruji, Timbalan Pegawai Pelajaran Sri Aman, Abdul Rahman Muhiyuddin, para pegawai kerajaan dan para ketua kaum di sini.

Terdahulu Mas Azizul Suhaili telah dinobatkan sebagai pemenang Kategori Qari Tilawah Al-Quran manakala Norazah Razanah Abdullah pula diumumkan sebagai pemenang untuk kategori Qariah.

Manakala itu kumpulan Insyirah dari Kampung Hulu pula dinobatkan sebagai johan Pertandingan Nasyid yang berlangsung malam tadi. Seramai 12 orang peserta Qari dan Qariah mengambil bahagian dalam Tilawah Al-Quran manakala lima buah kumpulan lagi berentap dalam pertandingan nasyid.

Tamat.

SK Spaoh peroleh markah tertinggi pertandingan kuiz

By Salemin Senin

BETONG, Khamis (25 Mac) - Seramai 44 orang pelajar dari 11 buah sekolah rendah dalam kawasan Daerah Betong telah menyertai Kuiz Kesihatan Sekolah Rendah Peringkat Daerah Betong 2010 anjuran Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak hari ini.

11 buah sekolah terbabit adalah Sekolah Kebangsaan (SK) Abang Abdul Kadir Betong, SK Saint Augustine Betong, SK Nanga Ajau Betong, SJK Chung Hua Betong, SK Spaoh, SK Datuk Bandar Debak, SK Saint Christopher Debak, SK Tui Debak, SK Pusa, SK Tambak Pusa dan SK Beladin Pusa.

Program yang dikendalikan oleh Unit Pengurusan Pembangunan kemanusiaan dengan kerjasama Pusat Kegiatan Guru Betong telah berlangsung di Pusat Kegiatan Guru Betong yang bermula dari jam 9.30 pagi hingga 10.30 pagi.

Kuiz Kesihatan Sekolah Rendah Peringkat Daerah Betong 2010 yang diadakan selama satu jam itu menyaksikan tiga buah sekolah mendapat markah tertinggi dalam pertandingan berkenaan.

Sekolah rendah terbabit adalah SK Spaoh, SK Ng Ajau dan SK Datuk Bandar. Manakala Danerick Aley anak Nora dari SK Spaoh telah mendapat tertinggi bagi kategori individu dalam pertandingan tersebut.

Ketiga-tiga buah sekolah berkenaan yang berjaya mendapat markah tertinggi dalam Kuiz Kesihatan Sekolah Rendah Peringkat Daerah Betong 2010 ini dipilih untuk mewakili Daerah Betong untuk persaingan di peringkat negeri kelak.

Seorang jurucakap penganjur memberitahu kuiz yang berlangsung selama sejam itu bertujuan untuk mendedahkan para pelajar tentang kepentingan kesihatan yang bermula di peringkat sekolah rendah.

“Ia juga selaras dengan saranan kerajaan untuk membentuk modal insan yang sihat dan berilmu di kalangan pelajar. Kesemua pelajar telah diminta untuk menjawab segala soalan bertulis telah dikeluarkan oleh Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak pada kuiz tersebut,” katanya.

Tamat.

24 March, 2010

Ruangan Iklaneka


Anda mahu sihat? Anda mahu cergas 24 jam? Andu mahu body anda berketul-ketul (untuk lelaki sahaja) ? Atau mahu tubuh anda macam Arnold Terminator?

Kalau berminat silalah berkunjung ke Pusat Gimnasium Rakyat Sri Aman di Jalan Kolam Air (tak jauh dari Dewan Suarah Sri Aman).

Pusat Gimnasium mempunyai tiga ruang senaman. Satu untuk golongan wanita manakala dua lagi untuk lelaki.

Gim ini dibuka setiap hari (kecuali hari Sabtu) bermula jam 5 petang hingga 8 malam.

Bayar masuk RM1 satu kepala tanpa had masa. Marilah bermain di sini sambil kita bersenam-senam sambil berkenalan sesama sendiri. Hahaha.

KOMEN:

1. Yakub (kiri) : "Semenjak aku bermain di sini, badan aku semakin gagah dan mendapat perhatian mak nyah di Bandar Sri Aman. Terima kasih kepada Gimnasium Rakyat Sri Aman kerana membuatkan tubuh aku sasa dan menarik,"

2. Elison (kanan. Tak berbaju) : "Dulu perut aku buncit dan dada aku kecil macam ayam kampung. Sekarang lihatlah aku semakin macho dan lengan aku semakin membesar dengan sihat. Terima kasih kepada Gimnasium Rakyat Sri Aman kerana tanpanya aku menjadi insan hina. Kalau dulu umur aku 47 sekarang mungkin jadi 27. ek ek ek,".

Lagi kes banjir di Taman Tiara, Sri Aman




Caption:

1. BERISIKO...Seorang remaja sedang menunggang motorsikalnya ketika meredah banjir yang berlaku di Taman Tiara sebelum ini.

2. MALANG...Air kelihatan memasuki ruang parkir kediaman penghuni Taman Tiara ketika berlakunya kejadian banjir di situ pada hari Isnin lepas.

SRI AMAN, Rabu (24 Mac) – Setelah masalah mengenai banjir diutarakan oleh penduduk kawasan Jalan Batang Lupar terhadap media kelmarin, beberapa orang penghuni dari kawasan Taman Tiara pula tampil hari ini untuk mengutarakan masalah banjir yang melanda kawasan penempatan mereka sebelum ini.

Terbaru cuaca hujan lebat yang melanda kawasan Taman Tiara pada hari Ahad dan Isnin lalu telah menyebabkan air banjir naik setinggi satu kaki setengah untuk tempoh beberapa jam.

Seorang penghuni yang hanya dikenali sebagai Lusia, 50, memberitahu bahawa masalah banjir sering melanda kawasan penempatan penduduk di Taman Tiara acapkali berlaku hujan lebat untuk tempoh dua jam atau lebih di kawasan mereka sebelum ini.

“Air banjir memasuki kawasan dapur dan ruang hadapan rumah saya ketika hujan turun dengan lebat bermula dari jam 4 petang hingga 6 petang di kawasan Taman Tiara pada hari Ahad dan Isnin lalu.

“Masalah ini amat merungsingkan kerana ia kerapkali berlaku ketika hujan turun dengan lebat sehingga memaksa penghuni Taman Tiara termasuk saya untuk melakukan kerja pembersihan rumah selepas air bah surut,” katanya.

Seorang lagi penghuni iaitu Nursyuhada Abdullah, 28, mendakwa masalah peparitan di kawasan Taman Tiara telah menyumbang kepada berlakunya masalah banjir di kawasan penempatan berkenaan selama ini.

Beliau mendakwa tanah telah mendap di dasar parit berkenaan sehingga menyebabkan paras dalam parti tersebut menjadi kecil dan tidak mampu menampung jumlah takungan air ketika hujan lebat turun.

“Saya yakin masalah banjir di Taman Tiara dapat dikurangkan sekiranya tanah mendap di dalam parit berkenaan dapat digali keluar selepas ini.

“Justeru saya berharap agar pihak berkuasa tempatan dapat mengambil tindakan secepat mungkin untuk menyelesaikan masalah tersebut dengan mengali keluar tanah yang terdapat di dalam parit terbabit selepas ini,” katanya.

Tamat.

Penduduk harus matang dan rasional - Lawson


Caption: TANDA INGATAN...Robert Lawson Chuat (kiri) menerima cenderahati daripada Frida (kanan) ketika berlangsungnya program terbabit kelmarin.

News source --> http://www.sarawakupdate.com

BETONG, Rabu (24 Mac)– Penduduk harus berfikiran matang dan rasional dalam menghadapi arus gelombang kedua politik pembangunan di Sarawak selepas ini demikian menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Saban, Robert Lawson Chuat.

Katanya perubahan iklim pembangunan masa kini menganjakkan satu perubahan transformasi minda dan idea yang menjurus kepada pencapaian kemajuan masa depan enduduk.

"Kita perlu melangkah maju ke hadapan dan lebih berani untuk meneruskan perubahan dalam usaha membentuk jati diri dan kematangan fikiran masing-masing sejajar dengan arus gelombang kedua politik pembangunan di Sarawak," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Mesra Rakyat anjuran Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Bahagian Betong bertempat di Rumah Agam, Inar, Betong kelmarin.

Katanya, sekarang adalah masanya untuk rakyat menumpukan perhatian kepada konsep pencapaian diri dan pembangunan kawasan disamping mengubah paradigma ke arah yang lebih matang dan rasional.

“Kerajaan pada dasarnya telah banyak menyalurkan pelbagai projek pembangunan untuk rakyat bukan sahaja di kawasan bandar malah terhadap rakyat di kawasan luar bandar selama ini.

“Adalah cukup rugi sekiranya rakyat tidak mengambil kesempatan dari arus pembangunan tersebut yang akhirnya boleh membantut kemajuan hidup rakyat itu sendiri,” katanya.

Terdahulu, Lawson telah menyampaikan peruntukan berupa cek kepada beberapa buah jawatankuasa Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) serta rumah panjang sekitar kawasan Rimbas Ulu, Betong.

Hadir sama dalam majlis itu ialah Pegawai KEMAS Daerah Betong, Frida Suntik, Setiausaha Politik Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Dr Ricard Rapu, Penyelia-penyelia KEMAS Betong, para ketua jabatan kerajaan dan ketua kaum di kawasan Rimbas Ulu.

Tamat.