Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

04 February, 2010

Tingkatkan imej makanan di Sri Aman - Harden


Caption: SELAMAT TAHUN BARU...Harden (tengah) menerima cenderamata kenang-kenangan daripada ahli persatuan terbabit ketika berlangsungnya majlis itu.


SRI AMAN, Khamis (4 Feb) – Persatuan bercorak minuman dan makanan berperanan penting dalam mengangkat prestij Bandar Sri Aman selaku bandar yang menawarkan produk makanan berkualiti dalam negeri ini.


Menteri Muda Kemajuan Tanah, Datuk Francis Harden anak Hollis berkata menerusi persatuan, para peniaga terbabit boleh bekerjasama untuk merancang mewujudkan aspek pengurusan makanan dengan lebih teliti dan cekap dari masa ke semasa.


“Penubuhan Persatuan Peniaga Kopi dan Restoren Bahagian Sri Aman misalannya membolehkan para peniaga berbincang untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk para pengguna disamping menghasilkan produk makanan serta minuman yang berkualiti untuk mereka.


“Kelebihannya bukan sahaja dinikmati oleh pengguna dalam bandar ini malahan kepada pengunjung yang datang dari luar Bandar Sri Aman. Justeru saya menasihatkan para peniaga yang berkaitan dengan bidang untuk lebih aktif dalam persatuan seumpama ini di masa akan datang,” menurut beliau.


Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Makan Malam Tahun Baru Cina 2010 anjuran Persatuan Peniaga Kopi dan Restoren Bahagian Sri Aman bertempat di salah sebuah restoren terkemuka dalam bandar ini baru-baru ini.


Selain itu Harden juga menasihatkan semua persatuan dalam bandar ini untuk mengamalkan sikap bekerjasama, berpandangan jauh dan ingin maju bagi memantapkan lagi organisasi persatuan selepas ini.


"Oleh yang demikian, saya ingin menegur semua organisasi yang wujud dalam negeri ini untuk mengamalkan ciri-ciri terbabit demi meningkatkan lagi imej organisasi masing-masing di masa akan datang," menurut beliau.


Hadir sama pada majlis berkenaan ialah Temenggong Tan Chong Meng, Pemanca Sii Toh Peng, Penghulu Lee Siang Hua serta ahli-ahli persatuan berkenaan.


Majlis dimeriahkan lagi dengan acara memotong kek Tahun Baru Cina dan majlis angkat sumpah bagi ajk baru persatuan berkenaan.

Tamat.


No comments:

Post a Comment