Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

06 February, 2010

SM Vokasional anjur Minggu Jalinan Mesra


Caption: ALBUM KENANGAN...Jawatankuasa Pengurusan SM Vokasional Betong brgambar bersama dengan Hamilton (duduk kanan) dan Layam (duduk kiri) ketika berlangsungnya majlis itu.


BETONG, Sabtu (6 Feb) - Unit Bimbingan dan Kaunseling VOKBET, Sekolah Menengah (SM) Vokasional Betong telah menganjurkan Minggu Jalinan Mesra SM Vokasional Betong bertempat di dewan sekolah berkenaan baru-baru ini.


Minggu Jalinan Mesra (MJM) ini menyaksikan persembahan aspirasi seni yang menjadi manifestasi kepada Semangat 1Malaysia sepertimana yang telah diilhamkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebelumnya.


MJM tahun ini berjaya menghimpunkan pelajar daripada serata pelusuk negeri Sarawak yang menjadikan Pendidikan Vokasional dan Kemahiran sebagai pilihan utama bagi halatuju masa depan hidup mereka.


Pengetua SM Vokasional Betong, Ng Fook Yin berkata aktiviti ini bertujuan untuk menyemai semangat kekitaan dalam diri para pelajar di samping melahirkan semangat kecintaan terhadap sekolah.


“Untuk maju, semua pelajar sekolah ini diingatkan mengamalkan konsep hidup bersama di antara satu sama yang lain seiring dengan perlaksanaan konsep 1Malaysia,” katanya pada majlis itu.


Beliau turut menambah bahawa Kaunselor Pelajar iaitu Sangin Juat menyatakan bahawa pihak jawatankuasa pengelola sengaja memilih 1Malaysia sebagai tema Malam Kemuncak MJM demi seruan pimpinan Perdana Menteri.


Justeru Ng berharap agar MJM SM Vokasional Betong ini dapat mewujudkan semangat perpaduan yang lebuh utuh dikalangan pelajar berbilang kaum di bawah perlaksanaan konsep 1Malaysia.


Terdahulu MJM anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling VOKBET telah melabuhkan tirai dengan menobatkan Hamilton sebagai King Freshie dan Layam sebagai Queen Freshie pada majlis itu.


Tamat.

No comments:

Post a Comment