Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

08 February, 2010

SK Nanga Menyebat, Lubok Antu cipta sejarah




Caption: UNGGUL...Kontinjen SK Nanga Menyebat bersama guru pengiring mereka bergambar kenangan setelah mencipta kejutan dalam kejohanan MSSR Zon Lubok Antu baru-baru ini.


oleh Macduff G



LUBOK ANTU, Isnin (8 Feb) – Kontinjen Sekolah Kebangsaan (SK) Nanga Menyebat buat pertama kalinya mencipta sejarah apabila menduduki tempat ketiga dalam Kejohanan Trek dan Padang MSSR Zon Lubok Antu yang berlangsung di Kompleks Sukan Lubok Antu baru-baru ini.



Sambil dibarisi sejumlah 12 orang atlit, SK Nanga Menyebat berjaya memperoleh memperolehi 8 pingat emas, 3 pingat perak dan 3 pingat gangsa menerusi acara Lontar Peluru, Lompat Jauh, acara Belapan dan Lompat Tinggi.



Walaupun berada di belakang pasukan juara iaitu SK Lubok Antu dan naib juara SK Ridan, SK Nanga Menyebat dianggap layak mendabik dada kerana berjaya menewaskan 10 lagi buah pasukan yang turut sama menyertai temasya berkenaan.



Ketua Kontinjen SK Nanga Menyebat, Ambun Upang berkata ia merupakan satu kejutan yang paling cemerlang dan manis buat sekolah yang berasal dari kawasan pendalaman daerah Lubok Antu terbabit.



“Kita sendiri berasa amat terkejut kerana berdasarkan rekod pencapaian tahun terdahulu pasukan SK Nanga Menyebat hanya berjaya membawa pulang 2 pingat perak dan 4 pingat gangsa.



“Ia membuktikan peningkatan mendadak prestasi kontinjen sekolah ini. Justeru tahniah diucapkan kepada semua pihak terutamanya para jurulatih sekolah yang telah bertungkus lumus melatih atlet sekolah bermula awal tahun ini,“ katanya.



Beliau juga berharap agar kejayaan ini dapat dijadikan contoh bagi menyuntik semangat para pelajar lain terutamanya dari kawasan pendalaman agar terus berusaha untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang sukan pada masa hadapan.



“Kita juga berasa gembira kerana 6 daripada 12 orang atlit sekolah kita dipilih untuk untuk mewakili kontigen MSSR Zon Lubok Antu ke Kejohanan Olahraga MSSB peringkat Bahagian Sri Aman yang akan diadakan di Kompleks Sukan Lubok Antu pada bulan Mac nanti,”katanya.



Terdahulu seramai 224 atlit menerusi 13 buah sekolah berentap dalam temasya ini antaranya ialah SK Lubok Antu, SK Ridan, SK Nanga Menyebat, SK Batang Ai, SK Malaban, SK Sebangki, SK Skarok, SK Nanga Delok, SK Nanga Kesit, SK Nanga Tibu, SK San Semanju, SK Ulu Lemanak dan SK Ulu Engkari.



Dalam pada itu pasukan SK Lubok Antu telah nobatkan sebagai Johan keseluruhan menerusi perolehan 11 pingat emas, 8 pingat perak dan 10 pingat gangsa manakala SK Ridan pula memperoleh Naib Johan dengan kutipan pingat 10 emas, 5 perak dan 4 gangsa.



SK Melaban dan SK Nanga Kesit telah menjadi tuan rumah kepada Kejohanan Trek dan Padang MSSR Zon Lubok Antu tahun ini dan ia akan dikelolakan bersama oleh SK Nanga Delok, SK Nanga Menyebat, SK Nanga Tibu, SK. Ulu Engkari dan SK. Ulu Lemanak bagi kejohanan yang sama tahun hadapan.




Tamat.

1 comment:

  1. bagus, bagus.. aku bangau versi 2009. blajar bebendar 4 upsr 2011. go,go menyebat !!!

    ReplyDelete