Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

09 February, 2010

SK Nanga Menyebat juara pertandingan bercerita


Caption: KENANGAN MANIS...Jessica (kiri) dan Azira (kanan) merakamkan gambar kenangan bersama Macduff sebaik sahaja tamat pertandingan tersebut.

oleh Macduff .G


Lubok Antu, Selasa (9 Feb) - Sekolah Kebangsaan (SK) Nanga Menyebat, Lubok Antu muncul juara Pertandingan Bercerita Bersifat Akademik bagi Tahap 1 dan naib johan bagi Tahap 2 bersempena dengan Karnival Kokurikulum MSSR Zon Lubok Antu 2010 baru-baru ini.


Pertandingan yang dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batang Ai, Malcom Mussen Lamoh yang berlangsung di Dewan Dublin Unting, SK Melaban, Lubok Antu itu menyaksikan murid SK Nanga Menyebat, Jessice Mary Bugie, 9, muncul juara bagi Tahap 1 menerusi persembahan cerita bertajuk Si Comel Bertudung Merah.


Kemenangan beliau ini sekaligus menewaskan peserta daripada 12 buah sekolah rendah yang turut serta mengambil bahagian dalam Pertandingan Bercerita Bersifat Akademik bersempena dengan Karnival Kokurikulum MSSR Zon Lubok Antu 2010 terbabit.


Jessica, yang julungkali mewakili sekolah beliau dalam pertandingan ini juga turut terpilih untuk mewakili Zon Lubok Antu ke Pertandingan Bercerita Tahap 1 bagi peringkat MSSB Sri Aman yang akan diadakan pada bulan Mac nanti.


Manakala itu murid dari sekolah yang sama iaitu Azira anak Ali pula muncul naib juara bagi Tahap 2 menerusi persembahan ceritanya yang bertajuk “Pak Pandir dengan Garam”.


Ketua Jurulatih Bercerita dari SK Nanga Menyebat untuk pertandingan ini iaitu Pati Alap berkata pertandingan ini sekaligus dapat mengasah bakat serta menarik minat murid dalam bercerita serta membaca buku.


“Kesemuanya merupakan berkat dari usaha gigih daripada semua pihak SK Nanga Menyebat yang melibatkan diri dalam pertandingan ini. Moga-moga kita akan mengulangi kejayaan yang sama pada pertandingan akan datang,” menurut beliau.


Sementara itu seorang lagi Jurulatih Bercerita dari sekolah terbabit iaitu Macduff Goyang pihaknya telah melatih kesemua peserta wakil sekolah mereka dengan mempertingkatkan daya penghafalan, penghayatan cerita, intonasi suara, teknik serta pengayaan penyampaian cerita.


“Oleh itu menerusi kejayaan ini pihak SK Nanga Menyebat telah berjanji untuk memberikan yang terbaik semasa pertandingan peringkat MSSB Sri Aman nanti,” menurut beliau.


Para peserta SK Nanga Menyebat yang menyertai Pertandingan Bercerita Bersifat Akademik bagi Tahap 1 dan Tahap 2 ini adalah anak didik kepada.Macduff Goyang dan Pati Alap.


Tamat.


No comments:

Post a Comment