Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

15 February, 2010

SEDC sedia pertimbang bantuan pengusaha Burung Walit

PUSA, Sabtu (16 Feb) - Perbadanan Kemajuan Ekonomi Sarawak atau SEDC mungkin akan mempertimbangkan hasrat untuk memberi bantuan kewangan kepada pihak yang berminat dalam perlaksanaan industri ternakan Burung Walet selepas ini.

Menteri Muda Pelancongan dan Warisan Sarawak, Datuk Haji Talib Zulpilip berkata ia bergantung pada maklumbalas serta minat para pengusaha ternakan burung walet di negeri ini.

“Setakat ini pihak SEDC hanya menyediakan bantuan secara teknikal terutamanya dari segi penyediaan latihan kepada orang ramai yang berminat untuk menceburi industri penternakan Burung Walet ini.

“Latihan tersebut telah pun dimulakan sejak dua tahun lepas. Justeru jika ramai individu terutamanya di kalangan penduduk Bumiputera yang benar-benar beminat untuk menceburi industri itu maka SEDC akan sentiasa bersedia untuk membantu mereka,” katanya.

Beliau yang juga Pengerusi SEDC berkata demikian ketika ditemui pemberita sebaik sahaja tamat Majlis Perasmian Kursus Pemikatan Burung Walet di Pusa, Betong kelmarin.

Selain itu kata Talib, pihak SEDC juga telah diberi kelulusan untuk membangunkan industri ternakan Burung Walet di Bahagian Mukah dengan kerjasama pihak swasta.

Sambil berharap agar projek ini membuahkan kejayaan, beliau melihat industri ternakan Burung Walet berkenaan mempunyai potensi yang cukup besar untuk dimajukan selepas ini berdasarkan kepada pemintaan tinggi terhadap sarang burung terbabit pada masa sekarang.

“Lagipun negeri Sarawak juga mempunyai tanah pertanian yang cukup luas terutama dalam kawasan luar bandar bagi tujuan projek perlaksanaan penternakan Burung Walet tersebut,” katanya.

Terdahulu kira-kira 400 orang peserta dari kawasan Betong, Pusa dan Saratok menghadiri kursus Kursus Pemikatan Burung Walet yang berlangsung selama sehari hasil anjuran SEDC.

Tamat.

No comments:

Post a Comment