Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

08 February, 2010

Rose Sali olahragawati MSSR Lubok Antu 2010


Caption: KENANGAN MANIS...Rose menunjukkan piala Olahragawati yang diperolehi beliau menerusi kejohanan sukan berkenaan baru-baru ini.


Oleh Macduff G


LUBOK ANTU, Isnin (8 Feb) - Rose anak Sali telah dinobatkan sebagai Olahragawati dalam Kejohanan Trek dan Padang temasya Sukan MSSR Zon Lubok Antu yang berlangsung di Kompleks Sukan Lubok Antu baru-baru ini.


Rose, murid tahun 6 dari SK Nanga Menyebat, Lubok Antu dinobatkan sebagai Olahragawati setelah memperolehi 3 pingat emas dan 1 pingat perak dalam acara Lompat Jauh, 100 meter, 200 meter dan lompat tinggi.


Beliau ketika ditemui menjelaskan bahawa ia merupakan kejayaan paling manis dalam hidupnya sepanjang menyertai sebarang kejohanan sukan yang dianjurkan di daerah Lubok Antu.


“Ia merupakan penyertaan kali kedua saya dalam temasya sukan ini. Dalam penyertaan yang pertama dahulu saya hanya memperoleh 2 pingat perak dan 2 pingat gangsa dalam acara yang sama.


“Saya rasa begitu bersyukur dan bergembira atas anugerah ini. Justeru ribuan terima kasih saya ucapkan kepada pihak jurulatih sekolah yang telah berusaha keras untuk melatih dan membimbing saya selama ini,” katanya.


Rose juga berharap agar kejayaan ini dapat menyuntik semangat para murid yang lain terutamanya yang berasal dari kawasan pendalaman agar terus berusaha untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang sukan di masa hadapan.


Beliau turut juga terpilih untuk bersama-sama mewakili kontigen MSSR Zon Lubok Antu ke Kejohanan Olahraga MSSB peringkat bahagian Sri Aman yang akan dikompleks Sukan Lubok Antu pada bulan Mac nanti.


Dalam pada itu, Dunstan Ambau dari SK Ridan juga telah dinobatkan sebagai Olahragawan setelah memperolehi 3 pingat emas menerusi Kejohanan Trek dan Padang temasya Sukan MSSR Zon Lubok Antu itu.


Seramai 224 atlit menerusi 13 buah sekolah berentap dalam temasya ini antaranya ialah SK Lubok Antu, SK Ridan, SK Nanga Menyebat, SK Batang Ai, SK Malaban, SK Sebangki, SK Skarok, SK Nanga Delok, SK Nanga Kesit, SK Nanga Tibu, SK San Semanju, SK Ulu Lemanak dan SK Ulu Engkari.


Tamat.


No comments:

Post a Comment