Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

17 February, 2010

Rangsang kemahuan akademik anak2 - Nyalau


Caption: TERIMA KASIH...Nyalau (kanan) menerima cenderamata daripada Haji Mohamad (kiri) sambil disaksikan oleh Rayong (tiga kanan) ketika berlangsungnya majlis terbabit.

ENGKILILI, Rabu (17 Feb) - Ibu bapa bertanggungjawab dalam merangsang dan memberikan motivasi kepada anak-anak untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik pada masa akan datang kata Ahli Parlimen Lubok Antu, William Nyalau anak Badak.

Kecemerlangan dalam bidang akademik menurut beliau secara tidak langsung akan memberi peluang masa depan hidup yang lebih kepada anak-anak itu sendiri selepas mereka tamat sekolah kelak.

“Tanpa rangsangan dan motivasi daripada ibubapa mereka sendiri selepas ini, anak-anak tidak akan mempunyai semangat untuk berjaya dalam bidang akademik masing-masing di sekolah.

“Justeru adalah amat penting untuk ibubapa menyedari hal ini. Mereka perlu meluangkan banyak masa untuk memantau perkembangan akademik anak-anak ketika berada di rumah disamping memberi motivasi terhadap mereka selepas ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Kejohanan Olahraga Belapan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Engkilili bertempat di padang sekolah itu baru-baru ini.

Sementara itu kata Nyalau, penguasaan anak-anak dalam bidang akademik adalah amat penting memandangkan mereka adalah aset serta individu professional untuk meneruskan kesinambungan proses pembangunan negeri.

Jelas beliau, golongan anak-anak juga bakal menjadi harapan untuk mengantikan para pemimpin negara bagi meneruskan usaha pembangunan dari segi politik, ekonomi dan sosial di masa akan datang.

"Maka saya berharap agar ibu bapa tidak meletakkan beban sepenuhnya kepada pihak sekolah untuk mendidik anak-anak mereka. Sebaliknya adalah amat penting wujudnya hubungan perpaduan di antara mereka bagi menjayakan usaha ini,” katanya.

Turut hadir dalam majlis itu ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Engkilili, Dr Johnnical Rayong anak Ngipa, Yang Dipertua PIBG SMK Engkilili, Andrew Bugek Ipang dan Pengetua SMK Engkilili, Haji Mohamad bin Obey.

Tamat....

No comments:

Post a Comment