Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

07 February, 2010

Pusat pengumpulan hasil tani akan dibina di Layar - Jabu


Caption: SEDIA BERKHIDMAT...Friday (kiri) sedang menurunkan tandatangan di surat perlantikan di hadapan Jabu ketika berlangsungnya majlis itu sambil disaksikan oleh Setiausaha MDB Anthony Luta (tengah).

BETONG, Ahad (7 Feb) - Kerajaan bercadang untuk menubuhkan pusat pengumpulan hasil tani di Pusat Pertumbuhan Desa Layar, Betong selepas ini demikian menurut Timbalan Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu anak Numpang

Penubuhan pusat pengumpulan hasil tani ini menurut beliau bertujuan untuk membantu golongan petani menjual hasil tani masing-masing yang berpusat di Layar, Betong pada masa akan datang.

“Pusat pengumpulan yang bakal ditubuhkan itu kelak akan dikendalikan oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA). Penubuhan pusat ini sekaligus dapat membantu para petani yang gagal menjual hasil tani masing-masing seperti buah, sayur-sayuran dan sebagainya sebelum ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Upacara Angkat Sumpah Perlantikan Ahli-Ahli Majlis Daerah Betong (MDB) bagi penggal 2010-2011 bertempat di Bilik Mesyuarat, Pejabat Majlis Daerah Betong hari ini.

Selain itu kata Jabu pusat ini nanti akan membantu golongan tani untuk mengred,memproses, membungkus, memberi jenama dan seterusnya menjual bahan makanan tersebut,

“Ada segelintir golongan petani yang enggan menanam pelbagai jenis buah-buhan dan sayur-sayuran selama ini kerana tidak tahu di mana hendak menjualnya apabila sudah terlalu banyak.

“Saya sedar ada segelintir golongan tani tidak berani berkecimpung dalam bidang ini kerana masalah pemasaran. Justeru pusat pengumpulan ini nanti dijangka mampu menyelesaikan masalah terbabit di masa akan datang,” kata beliau.

Jabu juga menambah bahawa pemilihan Pusat Pertumbuhan Desa Layar dianggap amat sesuai kerana pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan dibina berdekatan dengan pusat itu selepas ini.

Sementara itu seramai 24 ahli Majlis Daerah Betong yang diketuai pengerusinya Friday Belik telah mengangkat sumpah di hadapan Jabu pada majlis terbabit.

Hadir sama ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Beting Maro, Haji Bolhassan bin Haji Di, ADUN Bukit Begunan, Robert Lawson Chuat dan ADUN Engkilili Dr Johnnical Rayong Ngipa, para jabatan dan ketua kaum di sini.

Tamat…

No comments:

Post a Comment