Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

10 February, 2010

Program senaman 1Malaysia pada 21 Feb - Felicia

SRI AMAN, Rabu - MAKSAK Bahagian Sri Aman dengan kerjasama Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri Sarawak dan Simanggang Soon Heng Society akan menganjurkan Program Kecergasan: Senaman 1 Malaysia Bahagian Sri Aman 2010 pada 21 Februari ini.

Timbalan Residen Bahagian Sri Aman (Pembangunan Sosial) Felicia Tan Ya Hua menerusi kenyataan medianya memberitahu program terbabit akan diadakan di Taman Tebingan Sungai Batang Lupar, Sri Aman.

“Program Kecergasan: Senaman 1 Malaysia Bahagian Sri Aman 2010 ini diadakan untuk memeriahkan suasana sambutan perayaan Pesta Cap Goh Mei Bahagian Sri Aman 2010 ini,” menurut beliau.

Selain itu kata Tan Program Kecergasan: Senaman 1 Malaysia Bahagian Sri Aman 2010 yang julungkali diadakan bersempena dengan sambutan Pesta Cap Goh Mei ini nanti akan bermula seawal jam 7 pagi. Program terbabit menurut beliau akan melibatkan para wakil rakyat, kakitangan dari semua agensi kerajaan dan seluruh lapisan masyarakat dari kawasan daerah Sri Aman.

"Kita percaya bahawa konsep Gagasan 1Malaysia akan mampu diutuhkan lagi dengan adanya Program Kecergasan: Senaman 1 Malaysia Bahagian Sri Aman 2010 pada 21 Februari kelak.

“Justeru diharapkan agar hubungan perpaduan antara masyarakat berbilang kaum dalam daerah Sri Aman dapat diperkukuhkan lagi dengan adanya penganjuran program senaman 1Malaysia ini nanti,” katanya.

Tan turut menambah bahawa orang ramai dalam Bandar Sri Aman dijemput untuk hadir bersama-sama bagi memeriahkan suasana penganjuran Program Kecergasan: Senaman 1 Malaysia Bahagian Sri Aman 2010 itu kelak.

Tamat....

No comments:

Post a Comment