Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

16 February, 2010

Program Peningkatan Kebolehan Pelajar dilaksana di Betong - Jabu


Caption: SERIUS...Jabu (dua kanan) bersama Uggah (dua kiri), Lawson (kiri sekali) dan Pemanca Kueh (kanan sekali) ketika menghadiri majlis berkenaan malam tadi.

BETONG, Selasa (16 Feb) – Sejumlah tiga buah sekolah rendah dalam Bahagian Betong telah dipilih untuk menjayakan projek perintis Program Peningkatan Kebolehan Pelajar di kawasan Parlimen Betong dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Layar selepas ini.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu anak Numpang berkata tiga buah sekolah berkenaan adalah Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Chung Hua Betong, Sekolah Kebangsaan (SK) Abang Abdul Kadir dan SK Saint Augustine, Betong.

“Projek perintis ini dilancar setelah mengambilkira kepentingan pembangunan pendidikan untuk masa depan negara yang kini diletak sebagai salah satu daripada enam Bidang Keberhasilan Utama Negara atau NKRA.

“Justeru saya bersama Dato Sri Douglas Uggah Embas selaku Ahli Parlimen Betong telah mengambil inisiatif sendiri untuk memulakan projek perintis Program Peningkatan Kebolehan Pelajar di sini (Betong),” katanya.

Jabu yang Menteri Permodenan Pertanian berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Ramah Mesra 1Malaysia bersempena dengan sambutan Tahun Baru Cina 2010 anjuran Persatuan Chung Hua di SJK Chung Hua, Betong malam tadi.

Selain itu katanya program itu nanti bakal melibatkan keperluan pakar pendidikan dalam meningkatkan kebolehan pelajar bagi beberapa jenis matapelajaran penting seperti Sains, Matematik, Bahasa Inggeris serta Bahasa Malaysia.

Justeru beliau bersama Uggah telah berjanji untuk mendapatkan dana berjumlah RM30,000 untuk membiayai Program Peningkatan Kebolehan Pelajar bagi bagi ketiga-tiga buah sekolah rendah yang telah terpilih untuk tujuan itu.

“Saya berharap agar Program Peningkatan Kebolehan Pelajar itu nanti akan mendapat sokongan dan kerjasama penuh daripada para guru, pelajar, pejabat pelajaran dan juga ibu bapa murid bagi sekolah yang terlibat.

“Sekiranya Program Peningkatan Kebolehan Pelajar ini berjaya maka ia secara tidak langsung akan diperluaskan ke lain-lain sekolah lain terutamanya bagi sekolah yang berprestasi rendah,” katanya.

Menteri Sumber Asli, Datuk Seri Douglas Uggah anak Embas, ADUN Bukit Saban, Robert Lawson Chuat dan Pengerusi Chung Hua Betong, Pemanca Kueh Tu Teck turut hadir sama bagi memeriahkan suasana sambutan Majlis Ramah Mesra 1Malaysia bersempena dengan sambutan Tahun Baru Cina 2010 anjuran Persatuan Chung Hua di Betong malam tadi.

Tamat.


No comments:

Post a Comment