Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

11 February, 2010

Program Homestay dan Pembangunan Komuniti perlu selaras - Mong


Caption: TAHNIAH...Mong sedang menyampaikan hadiah insentif kepada Afifah Farha yang mendapat keputusan 8A bagi ujian PMR 2009 sambil disaksikan oleh Hosaini (kanan sekali) dan Rigi (dua kanan) pada majlis itu.

SRI AMAN, Khamis (11 Feb) – Perlaksanaan program Inap Desa (Homestay) di Sarawak perlu selaras dengan perlaksanaan Program Pembangunan Komuniti yang membabitkan para peserta program Homestay berkenaan selepas ini.

Menteri Muda Pelancongan (Penyelarasan dan Penyelidikan) Mong anak Dagang mengutarakan cadangan ini ketika ditemui pemberita pada Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang 2009 Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Melugu hari ini.

Menurut beliau perlaksanaan Program Pembangunan Komuniti untuk para peserta itu amat penting demi membolehkan mereka tidak hanya bergantung kepada hasil perlaksanaan Homestay di masa akan datang.

“Menerusi Program Pembangunan Komuniti para peserta Homestay terutamanya penghuni rumah panjang atau kampung memberi fokus terhadap lain-lain aktiviti ekonomi yang mencakupi pertanian moden, tenunan, latihan kebudayaan secara berterusan seperti Main Asal, Ngajat dan sebagainya.

“Dengan kata lain, Program Homestay dan Program Pembangunan Komuniti perlu dilaksana di bawah satu konsep untuk peserta terbabit. Faedahnya kelak bukan sahaja dinikmati menerusi Homestay malahan lain-lain hasil dari Program Pembangunan Komuniti itu sendiri di masa akan datang,” menurut beliau.

Mong yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Begunan turut menambah bahawa sehingga kini masih belum terdapat rumah panjang atau kampung di Bahagian Sri Aman yang berdaftar untuk Program Homestay di bawah Kementerian Pelancongan dan Warisan Sarawak.

“Bagaimanapun pihak kementerian kini masih sedang mengenalpasti mana-mana rumah panjang atau kampung di seluruh negeri Sarawak yang mempunyai potensi untuk diserapkan dalam Program Homestay,” katanya.

Terdahulu Mong telah mengumumkan peruntukan sebanyak RM5,000 kepada pihak SMK Melugu pada majlis berkenaan. Sejumlah 175 orang pelajar Tahun 1, 2 dan 4 SMK Melugu bagi tahun 2009 telah menerima sijil menerusi majlis yang berlangsung pada hari ini.

Hadir sama ialah wakil Pegawai Pelajaran Daerah Sri Aman, Limok Shem, Yang Dipertua PIBG SMK Melugu, Rigi Gu, Pengetua SMK Melugu, Haji Hossain Fauzi, Penolong Kanan 1, Horida Hosai dan Penolong Kanan HEM, Andin Simanggang.

Tamat.

No comments:

Post a Comment