Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

16 February, 2010

Pesta Cap Goh Mei peringkat Bahagian Sri Aman 21 hingga 28 Februari ini

SRI AMAN, Selasa (16 Feb) – Buat julungkalinya sambutan Pesta Perayaan Cap Goh Mei yang sering dianjurkan oleh Persatuan Soon Heng Simanggang semenjak satu dekad lalu diangkat sebagai sebuah program peringkat Bahagian Sri Aman bermula 21 hingga 28 Februari ini.

Pengerusi Persatuan Soon Heng Simanggang, Tan Chong Meng memberitahu Pesta Cap Goh Mei ini yang diangkat sebagai program peringkat bahagian oleh pejabat Residen Sri Aman akan turut disertai oleh sektor kerajaan, swasta dan juga pertubuhan bukan kerajaan (NGOs) dari sekitar Bahagian Sri Aman ini.

Untuk itu katanya rerdapat sejumlah 12 buah acara atau program yang bakal diadakan bermula 21 hingga 28 Februari ini bersempena dengan sambutan Pesta Perayaan Cap Goh Mei peringkat Bahagian Sri Aman.

“Ia adalah Program Kecergasan Senam Seni 1 Malaysia, Malam Kebudayaan dan Kesenian 1 Malaysia, Perarakan Cap Goh Mei, Pertandingan Nyanyian Karaoke Warga Emas Bahagian Sri Aman dan Pertandingan Nyanyian Karaoke Lagu Hokkien Bahagian Sri Aman / Betong.

“Enam lagi program yang lain adalah Pertandingan Nyanyian Karaoke Terbuka Bahagian Sri Aman, Upacara Menukar Pakaian Dewa-Dewi, Persembahan Pentas Muzikal oleh Kumpulan Forever, Persembahan Pentas oleh Persatuan Buddha Sri Aman Upacara Keagamaan Kuil Ciyun, Persembahan Pentas Persatuan Bahasa Cina SMK Simanggang dan Pertunjukkan Hair Cut Show,” katanya pada sidang media di Kuil Ciyun, Sri Aman kelmarin.

Pesta Perayaan Cap Goh Mei peringkat Bahagian Sri Aman ini kata Tan akan dimulakan dengan Program Kecergasan Senam Seni 1 Malaysia (7 pagi) serta Malam Kebudayaan dan Kesenian 1 Malaysia (7.30 malam) pada 21 Februari di Taman Tebingan Sungai Sri Aman

Manakala itu Pertandingan Nyanyian Karaoke Warga Emas Bahagian Sri Aman akan diadakan pada malam 22 Februari dan Pertandingan Nyanyian Lagu Hokkien Bahagian Sri Aman-Betong pula akan bermula jam 7.30 malam pada 23 Februari ini.

“Pada malam 24 Februari pula akan dianjurkan Pertandingan Nyanyian Karaoke Terbuka Bahagian Sri Aman manakala pada 25 Februari pula akan berlangsung Upacara Menukar Pakaian Dewa-Dewi, Persembahan pentas kumpulan Forever dan Persembahan pentas Persatuan Buddha Sri Aman di Kuil Ciyun,” katanya.

Selain itu menurut beliau upacara keagamaan di kuil dan persembahan pentas oleh Persatuan Bahasa Cina SMK Simanggang serta Pertunjukkan Hair Cut Show akan diadakan pada malam 26 Februari bermula jam 7.30 malam.

"Pada malam 27 Februari pula bermula jam 7.30 malam akan diadakan upacara keagamaan di kuil serta persembahan pentas oleh kumpulan muzikal jemputan dari Semenanjung Malaysia dan pada malam yang sama juga akan diadakan Pra Perarakan Cap Goh Mei," katanya.

Kemuncak pesta iaitu Perarakan Cap Goh Mei yang diadakan pada malam 28 Februari yang mana sekurang-kurangnya tiga buah kereta berhias yang diwakili oleh jabatan persekutuan, negeri dan badan berkanun akan turut serta dalam perarakan tersebut.

“Selain itu rombongan gendang, pancaragam, tarian singa, bendera / sepanduk, tandu dewa-dewi daripada pertubuhan-pertubuhan Cina sekitar Sri Aman, Engkilili, Luok Antu, Betong dan Kuching akan turut serta mengambil bahagian pada perarakan terbabit termasuk Pasukan pancaragam 13 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) Kem Pakit.

“Justeru tahniah dan penghargaan diucapkan kepada Residen Sri Aman, Abang Shamshuddin Abang Seruji kerana mengiktiraf usaha Persatuan Soon Heng Simanggang dengan menjadikan pesta ini sebagai program rasmi bagi Bahagian Sri Aman,” katanya.

Tamat.

No comments:

Post a Comment