Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

03 February, 2010

PERKEP Betong adakan mesyuarat agong


Caption: UNTUK ALBUM...Bukhori (duduk tengah) merakamkan gambar kenangan bersama ahli PERKEP dan anggota IPD Betong sebaik sahaja selesai majlis itu.

BETONG, Rabu (3 Feb) – Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Betong telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan bertempat di Bilik Mesyuarat Gerakan, Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Betong di sini pada 1 Februari lalu.


Mesyuarat Keluarga Polis bagi Peringkat Daerah Betong bagi sesi 2010 / 2011 itu bertujuan untuk merancang segala aktiviti yang bakal dilaksana bersempena dengan sambutan Peringatan Hari Polis Ke-203 pada tahun ini.


“Ia juga bertujuan untuk membolehkan pihak PERKEP Betong merangka pelbagai aktiviti bagi sepanjang tahun ini disamping merancang aktiviti kita pada sambutan Peringatan Hari Polis Ke-203 kelak.


“Dengan adanya mesyuarat ini segala aktiviti akan dapat dirangka dengan penuh teliti dan teratur oleh pihak PERKEP Betong bagi sepanjang tahun 2010,” kata jurucakapnya ketika ditemui pada majlis itu.


Justeru beliau berharap agar mesyuarat terbabit secara tidak langsung dapat merapatkan lagi hubungan kerjasama di antara ahli keluarga anggota polis dari IPD Betong selepas ini.


Hadir sama ialah Ketua Polis daerah Betong DSP Bukhori Saffai, Ketua Cawangan Khas, ASP Hendry Nyuhai, Penolong Ketua Siasatan jenayah Inspektor Mohd Jumazan, Ketua Cawangan Narkotik, Inspektor Mohd Hadi dan Pengerusi PERKEP IPD BETONG, Asiah Hassan.


Mesyuarat terbabit turut diserikan dengan penganjuran majlis makan malam yang diadakan bersempena dengan Mesyuarat Agung Tahunan PERKEP bagi Peringkat Daerah Betong bagi sesi 2010 / 2011 ini.


Majlis itu telah diserikan dengan aktiviti nyanyian lagu karaoke dan lain-lain aktiviti hiburan bagi menghiburkan semua anggota dan ahli keluarga polis yang terlibat dalam majlis itu.


Turut menyumbangkan lagu pada malam tersebut ialah DSP Bukhori Saffai berduaet dengan Pengerusi PERKEP IPD BETONG, Asiah Hassan dengan mendendangkan lagu asli.


Tamat.


No comments:

Post a Comment