Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

04 February, 2010

Peniaga pasar basah Simunjan rayu luaskan ruang niaga


Caption: MINTA PERHATIAN...Abang Latip sedang menjual sayur di Market Sayur dan Ikan Simunjan ketika ditemui Utusan Sarawak kelmarin.


Oleh Abang Naim Abang Fauzi


SIMUNJAN, Khamis (4 Feb) – Para peniaga dari Market Sayur dan Ikan dalam Pekan Simunjan merayu kepada Majlis Daerah Simunjan (MDS) agar menambah ruang niaga dan meja jualan di situ selepas ini.

Seorang peniaga iaitu Abang Latip Abang Cee memberitahu kekurangan ruang niaga dan meja jualan di Market Sayur dan Ikan Simunjan telah mewujudkan keadaan sesak dikalangan peniaga kecil di situ sebelum ini.

“Lagipun jumlah peniaga kecil di Market Sayur dan Ikan Simunjan kini kian bertambah iaitu melebihi 50 orang sehari sehingga menyebabkan ruang niaga yang sempit serta kian sesak.

“Justeru saya meminta jasa baik MDS untuk memperbesarkan Market Sayur dan Ikan dengan membina kawasan berbumbung berhampiran market ini disamping menambah jumlah meja niaga yang sedia ada sekarang,”katanya ketika ditemui Utusan Sarawak.

Seorang lagi peniaga iaitu Haji Poli bin Ali mencadangkan pihak MDS agar membahagikan tempat berniaga mengikut kategori barangan jualan dikalangan peniaga di Market Sayur dan Ikan Simunjan.

Beliau menambah bahawa MDS perlu mewujudkan lokasi khas untuk peniaga kuih-muih, sayur-sayuran, daging dan kraftangan untuk para peniaga yang menjual barangan terbabit di situ.

“Dengan adanya pembahagian tapak jualan ini, keadaan Market Sayur dan Ikan Simunjan akan menjadi lebih selesa dengan adanya tapak khas jualan yang disediakan oleh pihak MDS selepas ini.

“Justeru saya berharap agar pihak MDS bertindak secepat mungkin untuk menangani ‘krisis’ ini demi kebaikan semua peniaga Market Sayur dan Ikan Simunjan pada masa akan datang,” katanya.

Tamat.


No comments:

Post a Comment