Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

09 February, 2010

JAIS anjur Bengkel Pengajian Al Quran


Caption: UNTUK ALBUM...Ismawi (atas tengah), Rapaie (atas tiga kanan) dan Mashore (atas kiri sekali) ketika merakamkan gambar kenangan bersama peserta Qari dan Qariah baru-baru ini.

SRI AMAN, Selasa (9 Feb) – Seramai 24 orang peserta Qari dan Qariah menyertai Bengkel Pengajian Al-Quran yang berlangsung di pusat Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) Bahagian Sri Aman baru-baru ini.

Bengkel Pengajian Al-Quran yang merupakan anjuran JAIS Sri Aman dan Persatuan Pengajian Al-Quran Masjid Bandar Sri Aman itu telah berlangsung selama dua hari bermula 4 hingga 5 Februari lalu.

Pengerusi Pengajian Al-Quran Masjid Bandar Sri Aman, Haji Suhaili Rapaie berkata bengkel ini bertujuan untuk meningkatkan lagi mutu bacaan dan teranum bagi peserta Qari dan Qariah yang menyertai bengkel terbabit.

“Malahan Bengkel Pengajian Al-Quran ini juga bertujuan untuk mengcungkil bakat-bakat muda terutamanya golongan belia serta beliawanis di bandar ini dalam pengetahuan terbabit,” katanya.

Justeru beliau berharap agar bengkel ini dapat mempertingkatkan teknik bacaan dan teranum Al-Quran dikalangan peserta Qari dan Qariah yang menyertai bengkel berkenaan selepas ini.

“Mereka yang berminat untuk mempelajari Al-Quran dari segi teranum selepas ini boleh menghubungi Setiausaha Kehormat Pengajian Al-Quran Masjid Bandar Sri Aman, Mas Mashore Haji Maslem menerusi talian 013-5798912.

“Selain itu mereka juga boleh datang sendiri ke Masjid Bandar Sri Aman pada malam hari Selasa, Rabu dan Khamis pada setiap minggu sekiranya mahu berbuat demikian (teranum Al-Quran),” katanya.

Bengkel Pengajian Al-Quran anjuran JAIS Sri Aman dan Persatuan Pengajian Al-Quran Masjid Bandar Sri Aman ini telah dikendalikan oleh Ustaz Haji Ismawi Duet dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Kuching.

Tamat.


No comments:

Post a Comment