Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

09 February, 2010

Ikan Empurau dan Semah di Kapit perlu dikaji - Mong


Caption: TELITI...Masing sedang melihat anak ikan sambil diiringi oleh Mong (kiri sekali) ketika lawatan kerja ke Stesen Kajian Perikanan di Tarat, Serian baru-baru ini.

SERIAN, Selasa (9 Feb) – Kerajaan perlu melaksanakan penyelidikan terhadap spesis Ikan Empurau dan Ikan Semah di Batang Rajang, Kapit untuk mengelakkan kepupusan kedua-dua spesis ikan berkenaan di masa akan datang.

Menteri Muda Pertanian, Mong anak Dagang mengutarakan cadangan terbabit ketika ditemui pemberita pada sesi lawatan kerja bersama dengan Menteri Kemajuan Tanah, Dato Sri Dr James Jemut Masing ke Stesen Kajian Perikanan di Tarat, Serian baru-baru ini.

Cadangan mengenai penyelidikan ini katanya membabitkan penternakan kedua-dua spesis ikan dari Batang Rajang, Kapit itu di Stesen Kajian Perikanan di Tarat, Serian selepas ini.

“Penyelidikan yang dilakukan terhadap spesis ikan berkenaan di Stesen Perikanan Kajian di Tarat ini nanti akan membolehkan kita mendapatkan benih anak ikan terbabit sebelum ia dilepaskan ke mana-mana di Sarawak pada masa akan datang.

“Stesen Perikanan Kajian di Tarat sebelum ini telah menerima spesis ikan yang sama hanya dari sungai di Limbang. Justeru saya nampak tidak salah sekiranya stesen terbabit mengambil spesis ikan yang sama dari Batang Rajang, Kapit bagi tujuan penyelidikan,” katanya.

Selain itu Mong juga tidak menafikan bahawa kadar populasi spesis Ikan Empurau dan Ikan Semah dalam negeri ini terutamanya dari kawasan Batang Rajang, Kapit mulai menurun.

Atas sebab terbabit beliau telah memberikan sokongan penuh terhadap Timbalan Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu anak Numpang yang mahu Kerajaan Pusat menyalurkan lebih banyak peruntukan untuk tujuan kajian dan penyelidikan spesis ikan terbabit di Sarawak selepas ini.

“Jika kajian secara menyeluruh tidak dimulai sekarang maka kemungkinan besar Ikan Empurau dan Semah di Sarawak akan menghadapi ancaman bahaya kepupusan pada masa akan datang,” katanya.

Tamat.

No comments:

Post a Comment