Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

05 February, 2010

Guru dan ibubapa perlu tingkatkan akademik anak - Simoi


Caption: SELAMAT DATANG...Simoi sedang disambut oleh murid SK Meludam sebaik sahaja tiba untuk merasmikan majlis itu baru-baru ini.

MELUDAM, Jumaat (5 Feb) – Kecemerlangan pendidikan anak-anak memerlukan gabungan yang amat rapat di antara pihak ibubapa dan guru khususnya menerusi Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) di sekolah masing-masing.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Hajah Simoi Haji Peri berkata tanggunjawab pendidikan anak-anak tidak harus diserahkan kepada para guru atau kakitangan sekolah semata-mata tetapi haruslah dilaksanakan secara kerjasama dengan pihak ibubapa itu sendiri.

“Sekiranya pihak ibubapa menyerahkan sepenuhnya tanggungjawab mendidik anak-anak terhadap tangan para guru maka mereka (anak-anak) tidak akan memberikan fokus pendidikan yang sepenuhnya ketika berada di rumah,” katanya.


Beliau berkata demikian ketika berucap semasa merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Ibu Bapa dan Guru, Sekolah Kebangsaan (SK) Maludam, Betong bertempat di Dewan Sri Budiman baru-baru ini.

Selain itu katanya, pihak ibubapa dan guru menerusi PIBG haruslah sentiasa mengadakan perbincangan untuk mencari langkah dan sekaligus mempertingkatkan tahap pendidikan anak-anak.

“Untuk melahirkan lebih ramai golongan modal insan, tahap kerjasama di antara pihak ibubapa dan guru menjadi satu kunci utama demi memastikan hasrat terbabit dapat direalisasikan sepenuhnya di masa akan datang.

Justeru beliau menasihatkan pihak ibubapa dan guru untuk terus mengukuhkan hubungan kerjasama di antara kedua-dua pihak demi memastikan agenda pembangunan negara tercapai dari segi kemajuan ekonomi, politik dan sosial.


Hadir sama ialah Guru Besar Sekolah, Mustapha Jol, Yang Dipertua PIBG, Aron Jop, Timbalan Pengerusi PBB N.23 Lingga, Bakthiar Mathan, Ketua Wanita Parti Pesaka Bumiputera (PBB) N.23 Lingga, Baklis Abdul Wahid dan Kaunselor Mas Shamsiah Haji Maslem.


Simoi menerusi majlis itu telah menyampaikan wang insentif pelajar cemerlang kepada pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam Peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) 2009.


Beliau juga turut mengumumkan peruntukan bernilai RM5,000 dan RM3,000 masing-masing kepada PIBG SK Maludam serta Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Chung Hua Maludam.


Simoi turut memperuntukan sejumlah RM1,000 untuk setiap lima buah Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di kawasan Maludam.

Tamat.

No comments:

Post a Comment