Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

17 February, 2010

Dua jawatan penting IPD Sri Aman bertukar tangan


Caption: SERAH...Asari (kiri) menyampaikan dokumen serahtugas kepada Shahrul (kanan) sambil disaksikan oleh Mat Jusoh (tengah), SI Ajin (dua kanan) dan para pegawai kanan yang lain.

SRI AMAN, Rabu (17 Feb) – Inspektor Mohd Shahrul Nizam Abdul Wahab dan Sub Inspektor Ajin Bancol secara rasminya telah memangku dua jawatan penting dalam Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Sri Aman berkuatkuasa mulai hari ini.

Shahrul, 26, yang menamatkan latihan di Pusat Latihan Polis (PULAPOR), Bukit Aman, Kuala Lumpur sebelum ini telah memangku jawatan Ketua Bahagian Logistik Daerah IPD Sri Aman daripada Insepktor Mohd Asari Sepiee yang akan berpindah tugas ke IPD Kuala Lipis pada 1 Mac ini.

Asari yang sebelum ini pernah bertugas di IPD Betong sebelum berpindah ke IPD Sri Aman pada bulan Julai tahun lepas untuk memangku jawatan Ketua Bahagian Logistik Daerah akan memegang jawatan Ketua Polis Balai Merapoh, IPD Kuala Lipis bermula pada tarikh yang telah dinyatakan.

Sementara itu Ajin pula telah memangku jawatan Ketua Bahagian Ketenteraman Awam / Ketua Trafik Daerah IPD Sri Aman juga daripada Inspektor Mohd Asari atas sebab yang sama berkuatkuasa mulai hari ini.

Upacara serahtugas bagi kedua-dua jawatan terbabit telah berlangsung di Bilik Gerakan, IPD Sri Aman pada jam 9 pagi hari ini sambil disaksikan oleh Ketua Polis Daerah Sri Aman, DSP Mat Jusoh Muhammad, para pegawai kanan, anggota pangkat rendah dan kakitangan awam yang lain.

Terdahulu Jusoh menerusi ucapannya pada berharap agar kedua-dua pegawai yang memangku tugas berkenaan menunjukkan komitmen ketika melaksana pelbagai tugasan di jabatan masing-masing.

Malah beliau juga mahu para pegawai dan anggotanya memanfaatkan segala pengetahuan dan pengalaman ketika mereka diberikan amanah untuk memangku sesebuah jawatana dalam IPD selepas ini.

“Justeru diharap agar kedua-dua pegawai ini (Shahrul dan Ajin) menunjukkan prestasi kerja masing-masing yang terbaik sebaik sahaja memangku jawatan berkenaan,” menurut beliau.

Tamat.

No comments:

Post a Comment