Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

10 February, 2010

Do you see this person?




Pix Mugshot:

1. MOHD MUSA SAPALI
2. wajah saspek wanita (tiada nama diberikan)

SRI AMAN, Rabu (10 Feb) – Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Betong masih meneruskan usahanya untuk menjejaki dua orang saspek berhubung kes pecah rumah yang berlaku di Betong pada tahun lepas.

Menurut satu kenyataan dari Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Betong, saspek pertama yang dikehendaki polis itu ialah Musa bin Sapali, 36, pemegang kad pengenalan 740702-13-6097 yang beralamat di Lot 100, Pujut 1, Biri–Biri 4, Miri.

Manakala itu saspek kedua pula tanpa dinyatakan namanya dalam kenyataan terbabit dipercayai adalah merupakan isteri kepada saspek yang beralamat di Lot 100, Pujut 1, Biri–Biri 4, Miri.

“Saspek iaitu Musa adalah berketurunan Melayu dengan ketinggian mencapai ukuran 5 kaki 5 inci manakala saspek wanita yang dipercayai isteri kepada mangsa berada dalam lingkungan umur 34 tahun.

“Justeru kami memohon bantuan daripada orang ramai untuk menghubungi pihak polis IPD Betong sekiranya mereka ternampak kedua-dua saspek berkenaan selepas ini,” menurut kenyataan itu.

Orang ramai yang mempunyai maklumat tentang kedudukan terkini kedua-dua saspek itu diminta menghubungi Ketua Polis Daerah Betong menerusi talian 012-8869515 atau Sarjan Chimbie anak Jeritan menerusi talian 083-471776 atau menerusi talian 014-8982669

Tamat.




No comments:

Post a Comment