Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

06 February, 2010

CIDB anjur kursus kontraktor


Caption: UNTUK ALBUM...Para peserta bergambar kenangan sebaik sahaja selesai kursus terbabit di Dewan Jubli, Betong baru-baru ini.

BETONG, Sabtu (6 Feb) – Seramai 30 orang kontraktor dan bakal usahawan menghadiri Kursus Pengurusan Bisnes Kontraktor CIDB Siri Ke-24 bertempat di Dewan Jubli, Betong bermula 1 hingga 4 Februari lalu.

Jurucakap penganjur, Mashan Haji Ahmad Rais memberitahu kursus ini membolehkan kontraktor sedia ada untuk memperolehi Contractor's Continuous Development (CCD) Points yang akan digunakan bagi memperbaharui pendaftaran dengan CIDB selepas ini.

“Kursus ini telah memberi sebanyak 25 mata untuk para peserta. Bagi bakal kontraktor, sijil ini boleh digunakan untuk berdaftar semula dengan CIDB selain daripada sijil-sijil teknikal atau pengalaman dalam bidang pembinaan,” katanya.

Selain itu kursus terbabit menurut Mashan dapat mempertingkatkan kompetensi setiapkontraktor dalam hal pengurusan bisnes dan aspek teknikal supaya mereka sentiasa berdaya saing dan maju selepas ini.

Bagi memantapkan pengetahuan dalam diri setiap peserta katanya sejumlah lima buah topik telah disampaikan menerusi kursus ini antaranya ialah Jaringan Perniagaan, Pengurusan Sumber Manusia, Sumber Dana dan Pembiayaan Projek, Perakaunan Projek serta Peruntukan Perundangan.

”Di bawah Akta "Occupational Safety and Health Act" (OSHA) semua kontraktor dikehendaki mengikuti kursus Induksi Keselamatan dan Kesihatan Untuk Pekeja Binaan atau kursus Kad Hijau selama SATU hari.

“Semua kontraktor dan usahawan dinasihatkan untuk mengikuti kursus-kursus yang dianjur dan diiktiraf oleh kerajaan sahaja,”katanya sambil menambah bahawa penceramah juga adalah penyedia kursus Kad Hijau yang ditauliahkan oleh pihak CIDB.

Justeru Mashan berharap kesemua peserta Kursus Pengurusan Bisnes Kontraktor CIDB Siri Ke-24 dapat memanfaatkan sepenuhnya segala ilmu pengetahuan yang mereka perolehi demi meningkatkan kerjaya kontraktor masing-masing selepas ini.

Tamat.

No comments:

Post a Comment