Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

04 February, 2010

Bantu golongan memerlukan - Kapitan Kuek


Caption: IKHLAS...Harden (tengah) menyampaikan sumbangan kepada seorang penerima ketika berlangsungnya majlis itu baru-baru ini.

SRI AMAN, Khamis (4 Feb) – Persatuan Persatuan Che Chuan Khor Simanggang menggesa semua persatuan atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam daerah ini untuk tampil membantu golongan rakyat yang kurang berkeupayaan.

Pengerusinya, Kapitan Kueh Aik Seng berkata bantuan daripada pihak kerajaan sahaja tidak memadai untuk membantu semua golongan keluarga miskin dalam daerah ini melainkan jika adanya campurtangan daripada pihak NGO bagi tujuan itu.

“Gesaan ini dibuat demi membuka satu sinar harapan kepada golongan keluarga miskin dalam daerah ini yang sememangnya memerlukan perhatian serius daripada semua pihak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyampaian Sumbangan Kepada Golongan Istimewa sempena Sambutan Tahun Baru Cina 2010 anjuran Persatuan Persatuan Che Chuan Khor Simanggang di sini baru-baru ini.

Selain itu beliau juga menasihatkan semua pihak NGO dalam bandar Sri Aman agar tidak pilih kasih sekiranya ingin menghulurkan bantuan tertentu kepada mana-mana golongan yang memerlukan.

Tindakan ‘pilih kasih’ seumpama itu kata Kueh hanya akan mewujudkan jurang di antara kaum dan sekaligus mendatangkan kesan terhadap keutuhan perpaduan dikalangan rakyat berbilang kaum dalam daerah ini.

“Kemiskinan tidak mengenal latar belakang kaum sesebuah keluarga. Justeru atas sebab ini semua pihak NGO perlu sedar bahawa pertolongan mereka haruslah tidak berlandaskan kepada faktor latar belakang kaum,” katanya.

Terdahulu Menteri Muda Kemajuan Tanah, Datuk Francis Harden anak Hollis telah menyempurnakan majlis penyerahan sumbangan berupa Angpow dan barangan makanan kepada 40 orang penduduk dalam bandar ini.

Dua orang murid sekolah juga turut menerima basikal hasil sumbangan persatuan terbabit pada majlis itu.Hadir sama ialah Temenggong Tan Chong Meng, Pemanca Sii Toh Peng dan ahli Persatuan Che Chuan Khor Simanggang yang lain.

Tamat.





No comments:

Post a Comment