Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

03 February, 2010

66 Pelatih PDK Sri Aman terima sumbangan dari PPWS Sri Aman cawangan Simanggang


Caption: ALBUM KENANGAN....Sharifah (tengah), Lina (enam kiri), Tan (tujuh kiri), Susannah (empat kanan) serta kakitangan PDK dan ahli pertubuhan yang lain merakamkan gambar bersama-sama selepas berakhirnya majlis berkenaan.

SRI AMAN, Rabu (3 Feb) – Seramai 66 orang pelatih dari Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Sri Aman menerima sumbangan berupa hamper barangan makanan bersempena dengan Sambutan Tahun Baru Cina 2010 pada bulan Februari ini.

Kesemua 66 orang pelatih berkenaan telah menerima sumbangan daripada dari Persekutuan Perkumpulan Wanita Sarawak (PPWS) cawangan Pasar Simanggang menerusi majlis yang berlangsung di pusat pemulihan berkenaan pada jam 9 pagi hari ini.

Pengerusi cawangannya iaitu Tan Eng Siang telah menyerahkan sumbangan berkenaan kepada Pengerusi PDK Sri Aman, Lina Andom sambil disaksikan oleh Penolong Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Bahagian Sri Aman, Sharifah Rahimah Wan Hashim.

Terdahulu Tan ketika ditemui menjelaskan bahawa sumbangan ini merupakan sebahagian daripada aktiviti yang dilaksanakan oleh pihak persatuannya setiap kali menjelang sambutan Tahun Baru Cina pada setiap tahun.

Ia bertujuan untuk membolehkan semua lapisan masyarakat termasuk golongan Orang Kurang Upaya (OKU) sama-sama merasai kemeriahan suasana sambutan Perayaan Tahun Baru Cina pada tahun ini.

“Golongan OKU juga perlu diberi perhatian dan kasih sayang. Justeru pihak kita tampil pada hari ini untuk memberikan sumbangan berupa hamper barangan makanan kepada kesemua 66 orang pelatih dalam PDK berkenaan,” katanya.

Justeru beliau berharap agar sumbangan terbabit menceriakan lagi para pelatih dalam PDK Sri Aman menjelang sambutan Tahun Baru Cina pada 14 dan 15 Februari ini nanti.


Hadir ialah Penyelia Kanan Parlimen, Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), Susannah Abdul Raup, Pengerusi PDK Bahagian Sri Aman, Lina Andom, ibu bapa dan kakitangan PDK yang lain.

Tamat.


No comments:

Post a Comment