Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

06 February, 2010

500 hadiri Program TBC RTM Sri Aman




Caption:

1. BERTENAGA...Seorang penyanyi tempatan sedang beraksi ketika mempersembahkan lagu pada majlis berkenaan.

2. MENARIK...Murid SJK Chung Hua Simanggang sedang mempersembahkan tarian pada majlis berkenaan.

SRI AMAN, Sabtu (6 Feb) – Mini Stadium Sri Aman dibanjiri lebih 500 orang penduduk yang ingin menyaksikan Program Pentas Tahun Baru Cina Radio Televisyen Malaysia (RTM) Sri Aman 2010 di situ malam tadi.

Rata-rata penduduk mula membanjiri kawasan Mini Stadium Sri Aman seawal jam 7 malam sebelum program terbabit bermula setengah jam kemudian sebaik sahaja Menteri Muda Kemajuan Tanah, Datuk Francis Harden Hollis tiba untuk merasmikan program berkenaan.

Wakil Pengurus RTM Sri Aman, Ruth Apong telah memulakan ucapannya pada program itu sebelum Harden merasmikan Program Pentas Tahun Baru Cina RTM Sri Aman 2010 menerusi ucapannya pada majlis terbabit.

Sebaik sahaja selesai program berkenaan dimulai dengan persembahan nyanyian dua buah lagu daripada Liew Chaw Phee dari RaSA FM (RTM Sri Aman) dan Tiong Mee Hung dari Sibu FM selaku pengacara bagi program berkenaan.

Acara diteruskan lagi dengan sesi cabutan tiket bertuah untuk para hadirin dan juga persembahan tarian daripada murid Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chung Hua Simanggang.

Untuk menyemarakkan lagi suasana penganjuran program, tiga penyanyi tempatan Cina dari kawasan Sri Aman telah diundang untuk mempersembahkan lagu pada malam tadi iaitu Liu Gu Li, Lai Ying Ying dan Zhang Yong Chun.

Turut mengadakan persembahan ketika berlangsungnya Program Pentas Tahun Baru Cina RTM Sri Aman 2010 ini ialah Kumpulan Koir dari SJKC Chung Hua Simanggang dan Kumpulan Wusyu dari daerah kecil Engkilili.

Program Pentas Tahun Baru Cina RTM Sri Aman 2010 tamat sepenuhnya menjelang jam 9.40 malam tadi apabila kakitangan Bahagian Perkhidmatan Cina RTM Sri Aman mengadakan persembahan penutupan pada majlis itu.

Terdahulu Program Pentas Tahun Baru Cina RTM Sri Aman 2010 ini akan disiarkan kepada para pendengar bermula jam 5 hingga 6 petang menerusi frekuensi 89.5 Mghtz segmen Bahagian Cina RaSA FM ketika berlangsungnya sambutan Tahun Baru Cina pada 14 Februari ini.

Hadir sama ialah Timbalan Residen Sri Aman, Felicia Tan dan Desmond Douglas Jerukan, wakil Pengurus RTM Sri Aman, Ruth Apong, para ketua kaum dan penduduk dalam bandar ini.


Tamat.

No comments:

Post a Comment