Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

06 February, 2010

35 kes Denggi dan Chikungunya di Lubok Antu - Lolita


Caption: BUNUH AEDES...Nyalau (tiga kanan) bersama Lolita (empat kanan) dan para ketua jabatan yang lain sedang menyembur racun serangga ke atas replika Nyamuk Aedes sebagai simbolik perasmian majlis kelmarin.

LUBOK ANTU, Sabtu (6 Feb) – Sejumlah 35 buah kes penyakit yang diakibatkan oleh serangan nyamuk Aedes dilapotkan berlaku dalam daerah Lubok Antu bagi sepanjang tahun lepas demikian menurut Setiausaha Majlis Daerah Lubok Antu (MDLA), Lolita Jaime Nicholas.

Katanya, 18 daripada jumlah keseluruhan serangan penyakit yang diakibatkan oleh nyamuk Aedes itu adalah merupakan wabak penyakit Demam Denggi manakala selebihnya lagi iaitu 17 buah kes adalah merupakan wabak penyakit Chikungunya.

“Menerusi laporan ini kesemua 18 buah kes serangan penyakit Demam Denggi terbabit melibatkan penduduk dari kawasan Merindun, Bua, Kelampo, Kampung Kutei, Sungai Keroh dan Skarok dalam daerah.

“Manakala 17 buah kes serangan Chikungunya pula dilaporkan berlaku di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lubok Antu, Selindong Ulu, Merio Nanga dan Merebong,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Program Gotong-Royong Perdana Dan Kempen Anti Denggi Chikungunya MDLA bertempat di Dataran Rakyat Pekan Lubok Antu kelmarin.

Justeru bagi mempertingkatkan kesedaran penduduk berhubung isu ini pihak MDLA menurut Lolita telah mengadakan kempen berkenaan bagi mempertingkatkan kesedaran penduduk tentang betapa bahayanya serangan wabak penyakit tersebut.

“Menerusi kempen ini penduduk didedahkan tentang langkah membasmi tempat pembiakan Nyamuk Aedes disamping pendedahan mengenai beberapa langkah lain bagi menyekat penularan kedua-dua wabak penyakit tersebut,” katanya.

Terdahulu Ahli Parlimen Lubok Antu, William Nyalau anak Badak telah menyempurnakan Majlis Pelancaran Program Gotong-Royong Perdana Dan Kempen Anti Denggi Chikungunya MDLA berkenaan.

Hadir sama ialah Pegawai Jabatan Kesihatan Sri Aman Dr Murniharyati binti Ali, Pegawai Tabdir Pejabat Daerah Lubok Antu, Lim Hock Meng, para ketua jabatan, ketua kaum dan penduduk dari daerah Lubok Antu.

Tamat.


No comments:

Post a Comment