Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

18 January, 2010

Zaimie 2010 juara Futsal Piala Rohani Karem



Caption:

1. KAMI JUARA...Pasukan juara iaitu Zaimie 2010 bergambar kenangan sebaik sahaja tamat kejohanan terbabit kelmarin.

2. HEBAT...Pasukan juara wanita iaitu AJAD merakamkan gambar kenangan bersama Datuk Rohani sebaik sahaja tamat kejohanan kelmarin.

- 18 Jan

Awang Syaifullah Awang Yaman muncul hero setelah berjaya membawa pasukan Zaimie 2010 untuk menjulang piala kejuaraan Kejohanan Futsal Piala YB Datuk Hajah Rohani Karim, Ahli Parlimen P.201 Batang Lupar.

Beliau yang turut dinobatkan sebagai pemain terbaik kejohanan berjaya menjaringkan satu gol pada minit ke-16 perlawanan dan seterusnya membolehkan kemenangan Zaimie 2010 terhadap pasukan Master Evolution menerusi perlawanan akhir kejohanan terbabit yang berlangsung di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Sri Aman malam tadi.

Menerusi kemenangan gol 1-0 ini, pasukan Zaimie 2010 telah berjaya membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM500, sebuah piala kejuaraan dan pingat untuk setiap seorang manakala Master Evolution pula membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM300, piala dan pingat untuk setiap seorang.

Manakala itu pasukan G.O FC muncul pemenang tempat ke-3 kejohanan terbabit setelah menundukkan saingan pasukan Warisan Pemuda Kampung Hulu menerusi jaringan gol 3-2.

Pasukan G.O FC membawa pulang hadiah berupa wang tunai bernilai RM200 beserta dengan piala dan pingat manakala pasukan tempat ke-4 iaitu Warisan Pemuda Kampung Hulu pula membawa pulang hadiah berupa wang tunai bernilai RM100.

Sementara itu kategori wanita bagi kejohanan ini menyaksikan pasukan A.J.A.D membenam kehebatan pasukan L.A.FA menerusi jaringan gol 2-0 pada perlawanan akhir yang berlangsung malam tadi.

Pasukan A.J.A.D menerusi kemenangan ini membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM300, piala kejuaraan dan pingat untuk setiap seorang manakala L.A.FA pula membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM200, piala dan pingat untuk setiap seorang.

Sebuah lagi pasukan wanita yang berentap dalam kejohanan ini iaitu 3.9 C turut membawa pulang hadiah wang saguhati bernilai RM100 setelah tewas dengan jaringan 2-0 ditangan AJAD dan tewas 2-1 ditangan pasukan LAFA.

Majlis penyampaian hadiah kepada para pasukan pemenang ini telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Hajah Rohani Haji Abdul Karim.

Terdahulu sejumlah 33 buah pasukan lelaki dan tiga buah pasukan wanita berentap menerusi kejohanan futsal terbabit bermula 15 Januari lalu.

Pasukan Warisan Pemuda Kampung Hulu, 95900, Pemuda PBB, Kementah, Zaimie 2010, Master Evolution, Twenty’s, Srijaya Team, Taqraw Team, JRASS, G.O FC, Assailant Utd, Landas, PJ Zone, Galaticos Team dan D.D mara ke pusingan ke-2 perlawanan sebelum hanya empat buah pasukan yang layak memasuki separuh akhir pertandingan terbabit malam tadi.

Tamat.

No comments:

Post a Comment