Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

08 January, 2010

Tiga buah kawasan dalam Sri Aman dilanda banjir






















Caption: MEREDAH BANJIR...Seorang penduduk dari Pengkalan Pantu, Sri Aman sedang meredah banjir sambil mengangkut barangan keperluan peribadi apabila banjir melanda kawasan penempatan beliau semenjak Selasa lalu.

SRI AMAN, Sabtu (9 Jan) – Sejumlah tiga buah kawasan dalam Bahagian Sri Aman telah dilanda banjir semenjak bermulanya musim Tengkujuh semenjak bulan Disember tahun lepas.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Alam Sri Aman Residen Bahagian Sri Aman, Abang Shamshuddin bin Abang Seruji berkata di tiga kawasan yang dikenalpasti dilanda banjir ialah Ijok, Berangan dan Pantu.

“Kawasan Ijok dan Berangan dalam daerah kecil Engkilili dinaiki air pada tahap biasa berbanding dengan keadaan banjir daerah Pantu yang boleh dikatakan serius pada masa sekarang.

“Oleh sebab itu pihak kami telah mengambil langkah berwaspada dan berjaga-jaga dari masa ke semasa untuk memastikan penduduk dari kawasan yang dilanda banjir berada dalam keadaan selamat,” menurut beliau.

Selain itu kejadian banjir di kawasan Ijok dan Berangan sebelum ini menurut Shamshuddin dianggap tidak serius memandangkan air banjir cepat surut dan kembali normal seperti biasa.

“Kejadian banjir yang berlaku di Ijok dan Berangan tempoh hari adalah disebabkan oleh fenomena air pasang yang kebetulan berlaku di sungai dalam kawasan terbabit serentak dengan hujan lebat yang turun pada waktu itu,” katanya ketika dihubungi Utusan Sarawak hari ini.

Sementara itu kesemua 139 mangsa banjir dari kawasan Pengkalan Pantu, Sri Aman masih lagi ditempatkan di Pusat Pemindahan banjir di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Chung Hua Pantu buat masa sekarang.

Menurut beliau kesemua 139 mangsa banjir ini akan dibenarkan pulang ke rumah masing-masing sekiranya banjir didapati mulai pulih di kawasan Pengkalan Pantu selepas ini.

“Berita baiknya sekarang ini ialah air banjir di kawasan Pengkalan Pantu kini dilaporkan sudah mulai surut hingga ke paras satu kaki menurut laporan yang kita terima pada hari ini.

“Sekiranya tiada hujan turun pada malam ini (Sabtu) maka keadaan dijangka akan menjadi pulih dan semua mangsa dibenarkan pulang ke rumah masing-masing selepas itu,” katanya.

Bagaimanapun Shamshuddin menasihatkan penduduk di Sri Aman agar sentiasa berjaga-jaga dari semasa ke semasa bagi menghadapi perkara yang tidak dingini ketika berlangsungnya musim terkujuh pada masa sekarang.

Tamat....








No comments:

Post a Comment