Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

14 January, 2010

Taib rasmi pecah tanah jambatan baru Pantu 19 Jan ini

SRI AMAN, Khamis (14 Jan) - Ketua Menteri Sarawak, Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud dijangka merasmikan Majlis Pecah Tanah Pembinaan Jambatan Strap Pantu, Sri Aman pada 19 Januari ini.

Kenyataan dari Pejabat Residen Bahagian Sri Aman hari ini memberitahu bahawa beliau (Taib) akan tiba dan seterusnya menyempurnakan majlis pecah tanah terbabit pada jam 10 pagi.

Menurut kenyataan itu lagi, turut dijangka akan menyampaikan ucapan pada majlis itu ialah Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Perhubungan Sarawak, Datuk Sri Micheal Manyin anak Jawong dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balai Ringin, Snowdan anak Donald Lawan.

“Justeru penduduk dari sekitar kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Balai Ringin dan dari lain-lain kawasan diminta untuk hadir bersama-sama bagi memeriahkan suasana majlis itu nanti,” menurut kenyataan terbabit.

Tamat...


No comments:

Post a Comment